Kemunculan Hanani dalam kehidupan Azam

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Salam pertama dariku, Nur Hanani binti Nik Mohd Hasyudeen, seorang insan yang baru muncul dalam kehidupan seorang jejaka bernama Nazrul Azam bin Aliasaa. Haha. Disebabkan blog ini kelihatan seperti tidak terusik semenjak beberapa bulan yang lalu, maka aku telah secara sukarelanya meminta izin untuk mencoret sepatah dua kata di laman blog ini. Lagipun bak kata suami, tujuan dia menulis di sini adalah untuk bacaannya nanti pada masa akan datang. Sekadar mencoret warna warni perjalanan kehidupan selagi nyawa masih dikandung badan. Inshaallah.

Maka baiklah aku memperkenalkan diri aku. Haha. Nama diberi, Nur Hanani, anak ketiga kepada kedua orang tuaku, Nik Mohd Hasyudeen dan Sabanoon Mohamed. Aku dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 12 Februari 1991. Aku dilahirkan di rumah kampung, disambut juga oleh bidan kampung. Maklumlah zaman dulu-dulu. Alhamdulillah, melalui kedua orang tuaku, aku diizin Allah untuk menjalani sebuah kehidupan pembelajaran yang pada aku, hari hari perlu aku syukuri. Abah seorang akauntan, manakala umi aku seorang suri rumah sepenuh masa. Aku mempunyai enam adik beradik, dan aku anak ketiga. Okay, setakat itu dahulu pengenalan tentang aku,

Sekarang mari bercerita bagaimana aku boleh muncul dalam kehidupan Azam. Haha. Ada beberapa sanak saudra dan kenalan yang bertanya tentang ini, namun lebih banyak senyuman dari jawapan yang diberi. Walaupun aku dan Azam sama-sama melanjutkan pelajaran kami di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, namun kami bukan bertemu di sana. Jadi di mana kami bertemu? Jeng jeng jeng.

Alhamdulillah setakat hari ini, genap empat bulan kami berkongsi kehidupan bersama. Umur rumah tangga yang masih sangat mentah, sudah pasti terlalu banyak lagi perkara perkara yang akan kami lalui bersama selagi Allah izinkan inshaallah. Ingatkan nak tulis pasal walimah, tapi tak apalah, kita simpan itu untuk post yang akan datang inshaallah. Maka kepada pembaca blog ini (bajet bajet ada pembaca), aku mengucapkan selamat datang kepadaku, dalam kehidupan seorang Azam. Hehe. Sekian.

Wassalam.

Nur Hanani Datuk Nik Mohd Hasyudeen
Bandar Botanik,
6.22 pm
18 Ramadhan 1442 Hijrah

Comments