Saturday, 2 April 2016

Tips Plan Itinerary

# Tips Mengembara 02

Assalamualaikum.

Untuk seorang yang suka mengembara atau travelling, itinerary ni benda yang paling penting kene sediakan. Sebab traveller ini ada macam-macam jenis. Antaranya ada yang suka target flight murah dan redah je jalan kat sana tanpa ada planning, ada yang target negara pilihan dan research pasal sejarah negara tersebut untuk dijadikan destinasi lawatan dan pengisian sepanjang travel kat negara tersebut, ada yang suka target negara yang banyak tempat-tempat attraction tip top, ada yang saja suka travel nak merasa suasana empat musim dan dll.

Pada aku, aku lebih kepada ingin mengikuti perbezaan budaya dan sejarah sesebuah negara itu dan sebelum aku pergi sesebuah negara, aku akan pastikan apa perbezaan budaya negara tersebut berbanding dengan Malaysia dan apa tempat-tempat sejarah yang menarik kat sana. Tempat-tempat tu aku akan susun dalam itinerary mengikut jarak dari paling dekat hingga paling jauh dari tempat penginapan aku. Selain tempat lawatan, kos tempat lawatan, kos pengangkutan, berapa lama nak habiskan masa di setiap tempat lawatan, tempat tumpuan untuk makan tengahari dan malam, dan banyak lagi perlu dimasukkan sekali dalam itinerary.

Berikut adalah perkongsian dari seorang traveller tegar di blog beliau, KAKIKUJALANJALAN sekadar untuk simpanan sendiri dan juga tatapan pembaca.

**********

1. START WITH: CATIT..CATIT DAN CATITTTT!

Nak plan ke, nak draft ke.... kena la catit! Bukan main ingat dalam kepala je, tak ke mana nanti. Lainla kalau korang ni cam Eistein, semua bleh ingat. So sila draft planning or budget or apa-apa je atas kertas or tulis dalam smartphone, so korang takkan tetinggal apa-apa.


2. DATE & TIME

Ok..ni most important. Selalunya saya semak dulu date yang saya plan nak ke sana. Kena check ada apa lagi pada tarikh tu, like....kejer opis dah settle ke, ada kenduri kawin sedara ke, kids punya school camner, if nak cuti time tu...boss bleh approve ke apa..


Avoid Date! - Kalau boleh, sila elak dari travel during cuti sekolah!! Why? Sebab semua benda jadik mahal masa ni, dari flight tickets sampaila ke hotel-hotel. Kena check and kalau boleh avoid date yang ada kena mengena dengan cuti-cuti besar, tak kira samada cuti tu di Malaysia or kat luar negara. Cuti-cuti besar camni gak lah yang bleh membuatkan kawasan korang plan nak jalan-jalan tu jadi packed dengan crowded! Nak bergambar pun payah nanti...hahhaa

Jangan lupa pasal time yang berbeza-beza. Contohnya kalau nak ke Europe. Maksud saya, kalau fly dari Malaysia 1hb jam 12malam, meaning sampai ke London pun akan pada 1hb pagi...bukannya sampai 2hb! Mean kena careful pasal time kita ngan time negara yg korang plan nak pergi. Jgn tersilap book hotel..kang terpaksa tido kat airport plak...huhuhu

3. SUHU OR MUSIM

Ni pun amatlaaa penting. Kena check musim apa semasa korang plan nak ke sana. Benda ni penting untuk memudahkan korang plan nak pakai baju apa, bawak kasut jenis apa. Takkan nak pakai singlet je time musim sejuk...mau kena gigitan frost  (frost bite) sampai putus telinga..hahhaa.. Or takkan nak pakai baju tebal masa musim panas...kan kan kannn..mau berpeluh ketiak tu menangis sbb meleleh basah peluhhh...hahahha...


Kalau nak gi main snow, make sure plan date yang memang kat sana ada salji. Kang xderlah sampai sana, salji pun dah kering kontang... nanti korang jugak yang hantuk kepala kat pokok sebab frustated!

Check betol-betol ada apa kat lokasi yang korang nak tuju tu pada date yg korang plan. Contohnya, adalah tu musim panas, musim sejuk? Jangan tersalah pilih, kena dengan musim hujan or musim typoon..tak pasal-pasal semua plan tersangkut kat sana! Flight pun xleh nak terbang sbb bahaya...

Mana nak check temperature?? Tanya encek Google okesssss...

4. FLIGHT TICKET

Ni problem no.2. Kalau korang plan nak travel abroad during cuti sekolah..maka bersedialah untuk keluarkan fulus yang banyak. Tapi ni bley avoid kalau korang plan at least 6 bulan awal. Korang kena betol2 check date dan time flight. Meaning, kena tahu braper lama jarak penerbangan, braper jauh...so korang bleh plan apa nak buat sesampainya korang kat airport sana nanti.


Jangan lupa check kiranya flight korang ada singgah memana in between (transit). Takkan nak terbeli tiket yang kena transit sampai berjam-jam kot. Wat rugi masa jerkkk... mau pengsan kat airport! Jangan lupa juga what time korang dijangka sampai kat negara tu. Senang nak arrange transport bagai. Kot la sampai tengah malam, train dah takder. Taxi plak double charge (midnight charge). So time sampai ke destinasi amatlaaaa penting...

Pls compare tiket price with different flight provider...lau bleh jimat, jimatla kannn. Try guna SkyScanner untuk compare harga flight tickets...

5. LANDING TIME

Ni pun selalunya masa yang amat kritikal. Especially bila korang landed kat airport yang korang first time sampai, or negara yang korang first time jejakkan kaki. Why kritikal? Sebab masa ni la korang akan jalan terpinga-pinga dengan bag-bag yang besar gajah, especially yang bawak satu family siap ada anak-anak yang masih kecik. Mana nak tarik bag lagi, mana nak suap puting kat mulut anak lagi sbb anak melalak, mana nak bergambar lagi sebab tak nyempat-nyempat like no day tomorrow, mana nak carik tiket train lagik...cab or bus...semua ni akan buat korang penat. So sebelum fly, plannnn mana korang nak tuju sebaik landed kat sesebuah airport. Make sure kat tingkat mana bleh naik train, naik train kat line mana, nak tuju ke mana...mana nak beli tiket etc etc.


Selalunya aku akan hafal semua step berdasarkan carian dari encik Google. So landed je, takyah nak panik sebab semua benda dah hafal, dah tahu train kat level braper, harga tiket berapa,nak naik train mana dan nak tuju ke mana.

Elakkan landing selepas tengah malam sebab semua pengangkutan jadik mahal kecuali train. Problemnya train ni ada had limit beroperasi. Kalau kat europe, jam 12.30am dah stop. Kalau kat Japan, maybe ada train yang operate sampai jam 1 pagi, tu pun hanya ke sesetengah destinasi sahaja.

6. TEMPAT TINGGAL

Ni kira macam POINT A masa korang dah sampai ke sana nanti. Mean kalau nak gi memana, just plan je nak naik apa dari Point A ke mana-mana point. This is basic point yang korang kena ada dan plan.

Kalau boleh jangan terlampau jauh dengan kawasan-kawasan yang korang target nak pi lawat. And tak terlampau jauh dengan airport untuk memudahkan korang masa nak fly balik nanti. Selalunya saya akan pilih hotel yang in between. Tak jauh dan tak terlampau dekat.


Yang penting kena plan mana kawasan mana korang nak lawat nanti semasa kat sana. Di cadangkan agar korang stay je dekat dengan kawasan senang dapat public transport. So senang korang nak jalan-jalan. Takkan nak menapak jauhhhh kot, mau patah tumit kaki...kikiki..

Nak carik tempat tinggal pun kena hati-hati. Rajin-rajinla dulu baca review orang lain pasal tempat yg korang nak stay tu. Bukan apa, kadang-kadang dalam web semua gambar cantekkkk, tapi bila sampai...bilik cam haram jadahhhh! Korang jugak yang nak meraung nanti! So sila baca dulu review or pengalaman pelancong lain pasal tempat/bilik/hotel yang korang nak stay tu dulu. Malas baca kalu, sendiri yang menonggeng!

7. TARGET KAWASAN YANG NAK KORANG PERGI

Plan siap-siap mana kawasan yg korang nk melawat semasa berada di sana. Carik best tourist spot. Gunakan encik Google. Jangan malas-malas! Contohnya kalau nak ke Paris - tulis je siap-siap dulu mana tempat best like Eiffel Tower, Notre Dame, Musee de Louvre, Arc de Triomphe ke etc etc.

Kalau Tokyo plak, maybe korang plan nak visit Akihabara, Tokyo Skytree, Shibuya, Harujuku etc etc.. Apa pun yang terlintas, just tulis je dulu siap-siap atas kertas.


Why tulis atas kertas?? ,Sebab later senang korang nak plan camner plak nak gi sana, nak naik train ke nak naik cab ke or just jalan kaki. So sila bulatkan siap-siap kawasan yang korang nak lawat...

Kena jugak amik tahu berapa cost pengangkutan (train ke, cab ke, bus ke) or tiket masuk or any cost yang related. Jangan plak biler dah sampai, baru tahu tiket masuk dekat RM400! Dahla naik train tukar banyak station, dah sampai baru tahu tiket mahalll.... pastu x masuk plak tu sbb mahal, kan dah rugi masa!

Why kena plan elok2 mana korang nak lawat? Sebab korang bley refer kawasan ni later kat train route or bus route.  Better habiskan kawasan-kawasan yg korang plan tu sekaligus  ikot aturan melalui train route yang sama...meaning takyah la tukar-tukar line train. Camner nak check route? Sila google okessss...

8. DUWIT...DUWIT DAN DUWITTTT

Kena ingat, semua planning korang tu melibatkan soal maruah...ehh silap...melibatkan soal duit. So as per mention above, plan yang baik adalah plan yang kurang melibatkan cost. Camner nak kurangkan cost? Senang je...plan route bebaik...jangan lalu at same route sampai dua tiga kali. Check apa lagi kawasan best yang ada sepanjang route train korang tu...Selalunya saya akan refer Google Maps la...senang.

Kalau kawasan yg korang nak lawat tu dalam 2-5KM dalam radius korang je, baik jalan kaki..so bleh jimat cost  pengangkutan,sambil-sambil tu bleh tengok kawasan/budaya persekitaran semasa korang berjalan tu.

Duwit tu bawak la lebeh sket or backup ngan creditcard, kot kot la ada emergency ke apa ke...kan kannnnn...


9. START TAIP DAN PRINT

So korang dah dapat tiket flight? Dah settel hal tempat penginapan? Dah tahu mana korang nak lawat masa korang kat sana nanti? Dah cukup budget duit untuk korang habiskan kat sana?? Hehehe..

So next step adalah...TAIP, TAIP dan TAIP! Tak kiralah camner or kat mana korang nak taip itinerary korang tu BUT korang kena make sure bila dah sampai sana nanti, senang korang nak refer kat itenerary yang korang dah siap taip tu.

Selalunya aku akan taip dan print atas separuh kertas A4, senang nak lipat dan taruk dalam poket seluar or poket bagpack kecik masa travel nanti, dan senang dan bukak balik dan refer biler perlu. Aku jugak save itenerary tu dalam smartphone. Ingat, smartphone korang tu bukan untuk berselfie je okeyy or berfacebook or bertwitter bagai...hehehe

Nah contoh camner i did my Itenerary masa last visit ke Tokyo last month:





10. TUNGGU TARIKH FLY!

Yeahhh...date travel dah sampai?  Perut pun asyik senak nak terberak sebab panic and excited  at the same time sebab dah nak keluar fly dan travel kan..kan.......ITINERARY pun dah siap kan?...So takyahla risau, korang akan jadik Genius Traveller nanti biler dah landed kat sana sebab semua dah well prepared!!!

Ehh...jangan lupa sewa siap-siap POCKET WIFI kat Malaysia sebelum korang flyyyy...sangat jimat, bleh share2 wifi signal dengan kawan2...Sewa kat Malaysia, amik kat Malaysia, sampai je kat destinasi yg korang nak gi tu, terus ON dan bleh gunaaaa...yeahaaaa!!

So...enjoy your day kat destinasi impian korang! Muahhh letup-letup...kekekeke...

Sumber :
Wan Farhan
Blog - KAKIKUJALANJALAN

**********

Ok. Dah boleh slow-slow untuk setup my next trip. Haha. Jom kita cuba try test!

Wallahualam.

Friday, 1 April 2016

My First G7 - Yong Belar

Assalamualaikum.

[Post tertunda]

Dahulunya aku seorang atlit dan kini memilih untuk melintang arus. Cuba untuk memilih jalan yang lain. Untuk berjinak-jinak dengan hobi yang baru. Hiking dan travelling menjadi pilihan. Setelah 10 tahun melaburkan masa dan hidup dalam dunia atlit dan kini baru berpeluang keluar dari hidup bermatlamatkan pingat itu.

12 Mac 2016 - Alhamdulillah. Penyertaan untuk pertama kalinya bersama orang baru. Kenalan pada kenalan yang baru. Koyak Outdoor Team. Kenalan hiking kepada colleague ku di APM, Adzuan. Pendakian pertama tahun 2016, Gunung Yong Belar. Gunung ketiga tertinggi di semenanjung. Dan di sini lah aku baru kenali apa itu G7, macam mana nak susun atur peralatan dalam backpack, macam mana cara pemakaian backpack yang betul dan sebagainya. Menarik buatku selaku orang yang masih baru dalam dunia hiking. Bila lepak bersama mereka yang dah bertahun hiking ini tak lari dari berdiskusi tentang topik berkaitan gunung dan kisah pendakian mereka sebelum-sebelum ini. Sangat kagum. Walau ada yang sudah pun berusia tapi masih kuat untuk mendaki. Ada tu yang sibuk berniaga pun masih punyai ruang dan peluang untuk bermalam di atas gunung. Pada mereka di situ terletaknya keseronokan dan kebahagiaan. Bila mana dapat tawan puncak dan menghabiskan masa bersama sahabat sependakian di atas sana sambil pekena nescafe panas dan maggi panas.

Untuk pendakian kali ini terdiri dari 15 orang keseluruhannya. Senarainya seperti di bawah.



Tiba di tempat berkumpul sekitar jam 630 pagi di SK Kampung Raja. Menumpang surau sekolah untuk solat Subuh dan bersiap-siap sebelum bergerak ke pekan berhampiran untuk bersarapan. Sekitar 930 pagi kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda 4x4 menuju ke checkpoint pertama untuk mulakan pendakian. Mula mendaki sekitar jam 1030 pagi. Dimulakan dengan strecthing dan bacaan doa. 

Antara trek yang kami lalui :
Tangga curam - pipe licin - sungai - kebun sayur - laluan 4x4 - hutan - kem tudung periuk - hutan - kem kasut - puncak

Paling mencabar dan mental ialah di trek pipe yang sangat licin dan berlecak. Lets the pictures describe our journey. Susunan gambar memang ikut turutan trek yang kami lalui.




- tiba di check point pertama sebelum memulakan pendakian -



- trek tangga curam dan anak tangga yang agak tinggi -




- trek pipe yang sangat licin dan berlecak -




- trek meredahi sungai paras lutut -


- trek melalui kebun yang empunyanya yang sangat kedekut! -




- trek hutan bermula -








- tiba di kem tudung periuk -


- tiba di puncak gunung yong belar -











- singgah di kem kasut masa on the way turun -







Tiba di kem tudung periuk sekitar 4 ptg dan bermalam di sana. Tepat jam 1 pagi kami bertolak menuju ke puncak. Kami bertujuh (group yang di depan) singgah di kem kasut sekitar 430 pagi dan lelapkan diri seketika selama sejam sementara tunggu yang lain tiba. Tepat jam 530 pagi masih tidak kelihatan 8 orang yang lain, terus kami putuskan untuk naik ke puncak. Jam 650 pagi kami berjaya tiba di puncak. Alhamdulillah. Sempat menunaikan solat subuh di puncak. Kebetulan ada orang bercamping di atas sana terus dipinjamnya alas khemah untuk dijadikan alas solat.

Meluangkan masa di atas sehingga jam 830 pagi. Bergambar dan bersembang santai bersama kenalan dari group yang lain di atas sana dan terus bergerak turun ke kem kasut. Dan seterusnya sampai ke kem tudung periuk dan kelihatan 8 orang yang lainnya sudah ada di kem. Rupanya dalam perjalanan mereka mendaki semalam, seorang alami sesak nafas dan lagi seorang injurd kaki. Mereka mengambil keputusan membatalkan hasrat pendakian dan bermalam di tempat tersebut sebelum bergerak pulang ke kem tudung periuk balik sebelah paginya. Meluangkan masa kemas barang, lunch dan solat. Terus bergerak turun dan berkumpul di check point berhampiran kebun sebelum bergerak masuk ke hutan yang penuh dengan laluan berpipe. Mental!

Ikutkan perancangan awal, perjalanan kami menuruni gunung ini berakhir di kawasan kebun. Kami akan trek melalui laluan 4x4 sehingga pagar masuknya. Namun atas sikap kedekut dan bakhil si empunya kebun yang mengenakan RM50 satu kepala untuk melalui kebun beliau, kami mengambil keputusan untuk meredahi laluan berpipe. Dan pada ketika itu hari sudah pun gelap. Kami berhenti seketika di awal laluan berpipe sehingga azan maghrib selesai. Dan kami teruskan perjalanan meredahi laluan berpipe yang agak mental. Kali ini laluannya agak mencabar. Berbeza sikit dengan laluan pada awal bertolak tadi. Lecaknya agak dalam hingga paras paha. Ada satu laluan yang memerlukan kami untuk bergerak dengan sangat berhati-hati kalau tak nak ditenggelami lecak yang agak dalam. Suspen dan fokusnya dah macam apa. Alhamdulillah setelah selesai meredah satu laluan tu, kelihatan trek tangga curam menanti kami menunjukkan jalan keluar semakin hampir. Lebih kurang jam 1030 malam kami berjaya keluar dengan selamat dari hutan berkumpul di check point pertama dalam keadaan gelap gelita menunggu kedatangan 4x4 untuk mengambil kami.

Jam 1130 malam kami tiba di SK Kampung Raja, terus berkemas dan bergerak menuju ke restoran di area Simpang Pulai untuk pekena makan malam. Jam 130 pagi kami bergerak pulang ke KL. Aku pula sampai ke Shah Alam jam 630 pagi dan terus bersiap untuk ke kerja jam 7 pagi. Habis seharian aku amai-amai masa kat office. HAHA.

Apepun pengalaman yang sangat best dan menarik sebagai permulaan. Alhamdulillah. Our next trip will be Gunung Kinabalu, Sabah on 8th April 2016. Wish us luck! Tak sabar nak tawan gunung tertinggi di Asia Tenggara tu.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...