Khutbah - Batman VS Superman

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Berpeluang untuk pertama kalinya menunaikan solat jumaat di salah sebuah anak syarikat IIUM Holdings, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Dan yang menarik sebenarnya ialah topik dan penyampaian khutbahnya.




Tajuk khutbahnya ialah bagaimana kita jadikan setiap apa yang terjadi di sekeliling kita berguna dan bermanfaat untuk kita di dunia dan di akhirat.

Dan yang menariknya ialah contoh yang beliau pilih yakni 3 pengajaran yang beliau perolehi dari tayangan Batman VS Superman yang beliau tontoni bersama anak-anaknya. Kata beliau, seusai menonton, terus beliau berdiskusi bersama anak-anaknya akan apa intipati yang boleh diperolehi hasil dari tayangan tersebut yang boleh diambil manfaat untuk akhirat. Dan isi-isinya ialah:

1. Although Superman is very powerful, he always has a weakness. Kryptonite. Once he approaching that stone, he will lose power and becomes like ordinary man.The point is to stay in power, he has to stay away from his weakness.

Khatib memberi perumpamaan seperti kisah Nabi Allah Adam AS yang diperintahkan untuk tidak memetik sejenis buah di dalam syurga. Di dalam kisah B vs S, Lex Luthor akan berusaha meletakkan kryptonite berdekatan dengan Superman untuk melemahkannya. Begitu juga syaitan, syaitan akan memujuk dan membisik ke telinga Nabi Allah Adam AS untuk mendekati pohon buah terlarang tersebut dan sampai ketika akhirnya Nabi Adam telah memetik buah tersebut dan menyebabkan baginda dicampakkan ke bumi.

Lesson : To stay in power, we have to stay away from our weakness.

2. One way hatred of Batman against Superman. Eventually they become best friend and fought side by side against evil. Worst enemy can becomes our bestfriend.

Khatib mengaitkan scene tersebut dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab yang sangat membenci Rasulullah SAW sebelum beliau memeluk Islam. Dan bila mana beliau memeluk ISLAM, Rasulullah adalah orang yang sangat beliau cintai dan berjuang bersama-sama menentang musuh Allah.

Lesson : We should not hate anyone because worst enemy can becomes our bestfriend.

3. Character of Wonder Woman. She is hiding since Word War II. She lose hope in mankind after all the destruction and killing happened. But finallly comes out and help Batman and Superman to fight against evil because her hope has been restored.

Lesson : Never lose hope. Lose hope in mankind means lose hope in Allah. La Tahzan Allahu ma'ana.

Menarik sebenarnya kalau penyampaian khatib tak terlalu formal. Tambahan pula jika isinya dikaitkan dengan cerita semasa yang menjadi tarikan orang ramai sekarang.

Dah dua tahun tinggalkan UIAM baru jejakkan kaki di sini. Al-maklum, kampus ini hanya untuk student master dan phd dalam bidang Islamic Thought and Civilization sahaja.

Wallahualam.

Comments