Friday, 1 April 2016

My First G7 - Yong Belar

Assalamualaikum.

[Post tertunda]

Dahulunya aku seorang atlit dan kini memilih untuk melintang arus. Cuba untuk memilih jalan yang lain. Untuk berjinak-jinak dengan hobi yang baru. Hiking dan travelling menjadi pilihan. Setelah 10 tahun melaburkan masa dan hidup dalam dunia atlit dan kini baru berpeluang keluar dari hidup bermatlamatkan pingat itu.

12 Mac 2016 - Alhamdulillah. Penyertaan untuk pertama kalinya bersama orang baru. Kenalan pada kenalan yang baru. Koyak Outdoor Team. Kenalan hiking kepada colleague ku di APM, Adzuan. Pendakian pertama tahun 2016, Gunung Yong Belar. Gunung ketiga tertinggi di semenanjung. Dan di sini lah aku baru kenali apa itu G7, macam mana nak susun atur peralatan dalam backpack, macam mana cara pemakaian backpack yang betul dan sebagainya. Menarik buatku selaku orang yang masih baru dalam dunia hiking. Bila lepak bersama mereka yang dah bertahun hiking ini tak lari dari berdiskusi tentang topik berkaitan gunung dan kisah pendakian mereka sebelum-sebelum ini. Sangat kagum. Walau ada yang sudah pun berusia tapi masih kuat untuk mendaki. Ada tu yang sibuk berniaga pun masih punyai ruang dan peluang untuk bermalam di atas gunung. Pada mereka di situ terletaknya keseronokan dan kebahagiaan. Bila mana dapat tawan puncak dan menghabiskan masa bersama sahabat sependakian di atas sana sambil pekena nescafe panas dan maggi panas.

Untuk pendakian kali ini terdiri dari 15 orang keseluruhannya. Senarainya seperti di bawah.



Tiba di tempat berkumpul sekitar jam 630 pagi di SK Kampung Raja. Menumpang surau sekolah untuk solat Subuh dan bersiap-siap sebelum bergerak ke pekan berhampiran untuk bersarapan. Sekitar 930 pagi kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda 4x4 menuju ke checkpoint pertama untuk mulakan pendakian. Mula mendaki sekitar jam 1030 pagi. Dimulakan dengan strecthing dan bacaan doa. 

Antara trek yang kami lalui :
Tangga curam - pipe licin - sungai - kebun sayur - laluan 4x4 - hutan - kem tudung periuk - hutan - kem kasut - puncak

Paling mencabar dan mental ialah di trek pipe yang sangat licin dan berlecak. Lets the pictures describe our journey. Susunan gambar memang ikut turutan trek yang kami lalui.




- tiba di check point pertama sebelum memulakan pendakian -



- trek tangga curam dan anak tangga yang agak tinggi -




- trek pipe yang sangat licin dan berlecak -




- trek meredahi sungai paras lutut -


- trek melalui kebun yang empunyanya yang sangat kedekut! -




- trek hutan bermula -








- tiba di kem tudung periuk -


- tiba di puncak gunung yong belar -











- singgah di kem kasut masa on the way turun -







Tiba di kem tudung periuk sekitar 4 ptg dan bermalam di sana. Tepat jam 1 pagi kami bertolak menuju ke puncak. Kami bertujuh (group yang di depan) singgah di kem kasut sekitar 430 pagi dan lelapkan diri seketika selama sejam sementara tunggu yang lain tiba. Tepat jam 530 pagi masih tidak kelihatan 8 orang yang lain, terus kami putuskan untuk naik ke puncak. Jam 650 pagi kami berjaya tiba di puncak. Alhamdulillah. Sempat menunaikan solat subuh di puncak. Kebetulan ada orang bercamping di atas sana terus dipinjamnya alas khemah untuk dijadikan alas solat.

Meluangkan masa di atas sehingga jam 830 pagi. Bergambar dan bersembang santai bersama kenalan dari group yang lain di atas sana dan terus bergerak turun ke kem kasut. Dan seterusnya sampai ke kem tudung periuk dan kelihatan 8 orang yang lainnya sudah ada di kem. Rupanya dalam perjalanan mereka mendaki semalam, seorang alami sesak nafas dan lagi seorang injurd kaki. Mereka mengambil keputusan membatalkan hasrat pendakian dan bermalam di tempat tersebut sebelum bergerak pulang ke kem tudung periuk balik sebelah paginya. Meluangkan masa kemas barang, lunch dan solat. Terus bergerak turun dan berkumpul di check point berhampiran kebun sebelum bergerak masuk ke hutan yang penuh dengan laluan berpipe. Mental!

Ikutkan perancangan awal, perjalanan kami menuruni gunung ini berakhir di kawasan kebun. Kami akan trek melalui laluan 4x4 sehingga pagar masuknya. Namun atas sikap kedekut dan bakhil si empunya kebun yang mengenakan RM50 satu kepala untuk melalui kebun beliau, kami mengambil keputusan untuk meredahi laluan berpipe. Dan pada ketika itu hari sudah pun gelap. Kami berhenti seketika di awal laluan berpipe sehingga azan maghrib selesai. Dan kami teruskan perjalanan meredahi laluan berpipe yang agak mental. Kali ini laluannya agak mencabar. Berbeza sikit dengan laluan pada awal bertolak tadi. Lecaknya agak dalam hingga paras paha. Ada satu laluan yang memerlukan kami untuk bergerak dengan sangat berhati-hati kalau tak nak ditenggelami lecak yang agak dalam. Suspen dan fokusnya dah macam apa. Alhamdulillah setelah selesai meredah satu laluan tu, kelihatan trek tangga curam menanti kami menunjukkan jalan keluar semakin hampir. Lebih kurang jam 1030 malam kami berjaya keluar dengan selamat dari hutan berkumpul di check point pertama dalam keadaan gelap gelita menunggu kedatangan 4x4 untuk mengambil kami.

Jam 1130 malam kami tiba di SK Kampung Raja, terus berkemas dan bergerak menuju ke restoran di area Simpang Pulai untuk pekena makan malam. Jam 130 pagi kami bergerak pulang ke KL. Aku pula sampai ke Shah Alam jam 630 pagi dan terus bersiap untuk ke kerja jam 7 pagi. Habis seharian aku amai-amai masa kat office. HAHA.

Apepun pengalaman yang sangat best dan menarik sebagai permulaan. Alhamdulillah. Our next trip will be Gunung Kinabalu, Sabah on 8th April 2016. Wish us luck! Tak sabar nak tawan gunung tertinggi di Asia Tenggara tu.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...