Posts

Showing posts from April, 2011

MInat dan Hobi ??

Assalamualaikum. Fuh~ Setiap hujung minggu jer mesti aku start busy dengan turun latihan silat. Jumaat malam dah kena lapor diri. Macam sekarang ni patutnye aku kene bertolak dah pergi latihan silat 2 hari 3 malam kat Damansara.Tapi still mengadap laptop.Huhu. Punyalah dah siap-siap nak bergerak keluar dari rumah, tetibe terdetik nak post sesuatu kat blog aku sebelum aku meninggalkannya selam 3 hari. Haha. Haa. Dalam minda aku sekarang nak berbicara mengenai 'Minat dan Hobi' . Apa bezanya minat dan hobi. Mungkin bile kite dengar secara lahiriah, mungkin ia seakan-akan sama. Tapi aku teringat ade seseorang pernah terang kat aku perbezaan antara Minat dan Hobi. huhu. Apa yang aku akan beritahu ni ialah ape yang seseorang tu beritahu kat aku. Kalau die tipu aku maknanyer aku tipu korang. Haha. Hmm. Minat ni adalah semua benda atau perkara yang kita suka lakukan seperti contoh kita minat untuk melukis, memancing, minat seseorang (eh2 tersilap taip..haha :P). Tapi bila kita kata hob

Siri Cerita Lawak

Image
Assalamualaikum. Akibat tengah bosan tak tahu ape nak diupdate dalam blog ni. Maka tercetuslah satu idea untuk meng'copypaste' siri Cerita Lawak dibawah ni. Haha. 1) KERJA RUMAH Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya. GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ? ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ? ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat. 2) IKUT JIRAN SEBELAH Isteri: bang, sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita. Suami: apa halnya sampai awak sejuk?! Isteri: yela, tiap-tiap hari suami die balik keje mesti bagi bunga, kiss dan coklat. Suami: habis tu kenapa? Isteri: kenapa abang tak buat macam tu....? Suami: hish!! gila ker awak nie!!!?? mane saya kenal dia!!!! Isteri : *&#$%^&*%**% 3) TAK BERANI CURI Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya. Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul. Pekerja: Tak perlu risau, bos

Festival Silat Nusantara & Jemputan Antarabangsa 2011

Image
MAKLUMAT FESTIVAL SILAT NUSANTARA & JEMPUTAN ANTARABANGSA 2011 Nama Kejuaraan Festival Silat Nusantara & Jemputan Antarabangsa 2011 Anjuran Bersama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA MALAYSIA) Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Negeri Sabah Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Sabah Majlis Perbandaran Tawau Kolej Komuniti Tawau Dengan Sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Tarikh Kejuaraan 15 hingga 19 Mei 2011 Pengisian Kejuaraan Festival Silat Klinik/Kelas Beladiri Seminar Karnival Majlis Perasmian Pembukaan Tarikh - 16 Mei 2011 Masa - 2.30 petang Tempat - Dewan Masyarakat Tawau, Tawau, Sabah. Perasmi - YAB. Ketua Menteri Sabah. Majlis Jamuan Makan Malam Tarikh - 19 Mei 2011 Masa - 8.00 malam Tempat - Dewan Masyarakat Tawau, Tawau, Sabah. Perasmi - YB. Datuk Tawfiq bin Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan Majlis Perasmian Penutup Tarikh - 19 Mei 2011 Masa - 1.00 tengahari Tempat - Dewan Masyarakat

Final Exam VS Game Silat Daerah 2011

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, berpeluang juga aku untuk mengutaikan sepatah beberapa kata di laman blog ini setelah hampir beberapa minggu tidak mengupdate apa-apa. Sebenarnya diri ini terasa sibuk sejak dari bermulanya minggu final exam tempoh hari. Memang minggu exam yang agak tension dan tertekan kerana keadaan aku ketika itu berada ditengah-tengah kesibukan mengulangkaji pelajaran dan pada masa yang sama menerima tanggungjawab untuk mempersiapkan adik-adikku, pesilat SMK Sg Pusu untuk menghadapi Kejohanan Pencak Silat MSSD Gombak. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan aku pada ketika itu. Namun, aku tetap berfikiran positif dan menerima kedua-duanya dengan tabah. Alhamdulillah, sekarang kedua-duanya telahpun aku sudahi dengan tenang. Berkenaan dengan final exam tempoh hari. Alhamdulillah, walaupun diri ini sentiasa berasa tidak bersedia menghadapi exam tempoh hari namun aku berjaya laluinya dengan tenang. Tamatnya final exam paper Calculus II pada 9hb April 2011 tempoh hari menun