Monday, 31 August 2015

MERDEKAKAH KITA?

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-58 buat semua warga Malaysia. Tak nak berceloteh panjang cuma suka penulis nak timbulkan persoalan. Merdekakah negara kita sebenarnya secara amnya? Merdekakah kita secara khususnya?

Sama-sama renung dan fikir. Cukupkah sekadar meraikannya dengan perarakan di Dataran Merdeka setiap kali menjelang Hari Kebangsaan dengan penyertaan lebih 13000 orang? Cukupkan sekadar dengan hanya laungan "MERDEKA!" sebanyak 7 kali? Cukupkah hanya sekadar kata-kata yang bersifat patriotik oleh pemimpin negara atau negeri? 



Dan aku tertarik dengan beberapa statement yang dilontarkan oleh Presiden USA, Barrack Obama dalam salah satu upacara rasmi yang dihadiri beliau,

"..and no one person is above the law.. Not even the president..

..the point is, I don't understand why people wanna stay so long.. ESPECIALLY WHEN THEY GOT A LOT OF MONEY.."

..and sometimes you hear when a leader say "well I'm the only person who can hold the nation together".. If thats true then, that leader has failed to truly build the nation.."

Dan statement beliau sangat reflect our PM today. Dan semalam pula baru selesai demonstrasi jalanan BERSIH4 selama dua hari di Kuala Lumpur dan beberapa pelosok ibu negara di seluruh dunia. Sangat-sangat mencerminkan keadaan negara Malaysia sekarang di mata dunia luar keadaan dan sikap pemimpin no. 1 Malaysia yang mempunyai skandal berkaitan 1MDB dan beberapa isu lain yang gagal meningkatkan tahap kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau lantas didesak oleh lebih kurang 80000 orang yang turun dijalanan dan menuntut supaya PM Najib turun dari jawatan dan adakan pembaharuan dalam sistem demokrasi di Malaysia. Dan yang menjadi sejarahnya ialah ramai juga dalam kalangan mereka yang turun di jalanan adalah orang UMNO yakni puak pemerintah sendiri termasuk bekas pemimpin no. 1 UMNO, mantan PM Mahathir Mohamad bersama isteri beliau.

Dan ada juga  yang bertanya kepada penulis, wajarkah diadakan perhimpunan BERSIH4 itu yang dikatakan perhimpunan HARAM oleh puak sebelah sana?

For me is simple. Kalau dengan cara diplomasi masih tak dapat kerjasama mereka, dengan cara apa lagi mampu mendesak dan menyentap mereka? Kalau dengan cara baik dah tak mampu dan dengan cara begini mampu membuka mata mereka, maka aku rasa ini tindakan yang wajar. Dan sebab itu juga mantan PM kita hingga sanggup turun di jalanan dan menyuarakan secara terang dan jelas akan ketidak puas hatian terhadap ketirisan yang berlaku dalam sistem negara sekarang.

Rakyat nak pembaharuan. Rakyat nak sistem yang adil. Rakyat nak pemimpin yang telus dan mampu menaikkan kembali ekonomi Malaysia yang semakin merudum. Kalau beliau tak mampu, tolong beri peluang kepada mereka yang mampu atau mereka yang jauh lebih berkelayakan untuk memimpin kami dan mengetuai pentadbiran negara ini. Moga Allah SWT beri petunjuk kepada mereka yang terlibat dan bantu kami yang inginkan sebuah negara yang mempunyai sistem pengadilan yang telus dan sistem demokrasi yang bersih. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...