Posts

Showing posts with the label Refleksi Diri

Trip to China 2019 - Shanghai

Image
Assalamualaikum w.b.t. [ Post tertunda yang sekian lama dalam draft mode. Akhirnya terdetik juga untuk publishkan setelah berjaya mengorek kembali memori lama untuk dicoretkan di sini. Agak panjang berjela. Sekadar simpanan memori untuk rujukan diri sendiri di masa mendatang. ] Alhamdulillah. Seperti yang tertitip diruangan tajuk entri, insyaAllah kali ini aku ingin berkongsi kurang lebih sedikit pengalaman pengembaraanku ke China tahun lepas. Kalau sebelum ini, aku kerap mengembara ke Jepun atas tuntutan kerja untuk projek Perodua. Kali ini pula adalah untuk projek Proton pula. Detail pengembaraan kami : Lokasi lawatan : Chunxiao Geely Manufacturing Plant dan Hwaway Technologies Co. Ltd. Motif lawatan : Diskusi teknikal bersama jurutera Geely dan Hwaway Masa lawatan : 20hb - 24hb Jan 2019 Penerbangan : Malaysia Airlines (MAS) Bersama : Bos bernama Hoh Kim Yong Ok. Disebabkan negara kunjungan kami kali ini berbeza sikit dengan sebelum ini kerana China mewajibkan VISA. Dan...

Aktiviti yang boleh dilakukan semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 26 Syaaban 1441H juga merupakan hari ke 33 kita menempuhi musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Ayuh kita sama-sama doakan semoga rantaian COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya dan PKP boleh dihentikan secepat mungkin. Ameen! Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah tak sampai seminggu saja lagi kita akan menempuhi bulan Ramadhan. Allahu cepat betul masa berlalu. Bulan yang sangat dinantikan oleh golongan muslim seluruh dunia. Kalau masa muda-muda dulu, bulan ini juga kami adik-beradik berlumba-lumba nak khatam Al-Quran, menu utama berbuka kami sekeluarga yang dipesan mengikut cita-rasa masing-masing ikut giliran hari dan seumpamanya. Namun, untuk suasana bulan Ramadhan tahun ini pasti akan berbeza dari sebelum-sebelumnya. Masjid dan surau di Selangor telahpun diarahkan tutup sehingga 31hb Mei. Sudah pasti tiada lagi solat tarawikh di masjid dan tiada solat hari raya. Di musim PKP ini juga akan membataskan kita untuk menziarahi sauda...

Peninggalan Arwah >> Susur Galur Keluargaku

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ini sudah masuk hari ke lapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Semoga kita semua akur dengan arahan kerajaan untuk berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP ini InsyaAllah. Sementara dalam kebosanan mengharungi hari-hari me'reput' di rumah sendiri, kebetulan ada terserempak dengan post lama yang dikongsikan kembali dalam ruangan facebook "IIUM Confessions - BM". Tajuk confession tersebut adalah "Peninggalan Arwah". Aku boleh jamin hampir majoriti penuntut UIA mahupun follower-follower tegar IIUM Confession pasti sudah pun mengkhatamkan ke empat-empat episod Peninggalan Arwah tersebut. Suka untuk aku kongsikan linknya di sini. Peninggalan Arwah I : klik [ SINI ] Peninggalan Arwah II : klik [ SINI ] Peninggalan Arwah III : klik [ SINI ] Peninggalan Arwah IV : klik [ SINI ] Banyak pengajarannya hasil dari pembacaan kesemua episod di atas. Kaedah penceritaan yang agak thrill. Aku suka kaedah penceritaan dan...

Menghantar jiwa ke neraka

Image
Assalamualaikum w.b.t. Selingan pembacaan dipetang hari sementara mengisi masa yang terluang seusai bertemu doktor. Alhamdulillah. Ujian untuk kali kedua Allah menarik seketika nikmat pendengaran. Allahu. Baru seketika dah rasa tersiksa terus berjumpa doktor. Betullah andai kita muhasabah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang pasti makin kita diuji, makin basah lidah kita mengungkap nama ilahi. Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah berfirman yang membawa maksud;  “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.” Penghapus dosa, juga peringatan buat mereka yang beriman. Itulah antara hikmah kita diuji. Sedikit perkongsian dari saudara @abstrakim di laman twitter : Sungguh ada kebenaran apa yang ditulis beliau. Terkadang kita terlalu meng'hukum...

CINTA Bertepuk Sebelah Tangan

Image
[ MOHON BACA DALAM KEADAAN EMOSI YANG STABIL & POSITIF ] :D Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Masih diberi nikmat untuk menempuhi tahun baru. Selamat tahun baru buat semua sahabat-sahabat. Tahun baru. Azam baru. Alhamdulillah. Azam tahun lepas hampir kesemuanya terlaksana. Cuma tahun ini misi tak seperti tahun lepas. Tahun lepas bak kata orang nak 'all out'. Itu yang sampai ke tiga negara menjelajah, lima gunung ditawan bagai. Haha. Alhamdulillah. Diberi peluang untuk merasai kesemua pengalaman yang aku kira sangat manis bila terkenang kembali saat dan detik itu. Syukur juga aku dokumentasikan kesemua kisahnya di dalam laman ini sekurang-kurangnya bila rindu akan saat itu mampu untuk menyelak kembali helaian memori terdahulu. Sejak belakangan ini seringkali aku terserempak dengan posting-posting sahabat yang diuji. Yang paling kerap ialah diuji dengan kekecewaan umpama 'cinta bertepuk sebelah tangan'. Kekadang aku terfikir, dengan menghebahkan kisah ke...

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...

Rumah Selangorku 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Disebalik cabaran ekonomi negara yang kian meruncing, tambahan pula dengan kehangatan isu-isu politik tanah air yang secara tak langsung dikatakan mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kedudukan ekonomi di Malaysia, juga kegiatan-kegiatan yang 'terlarang' hasil tangan orang-orang politik tanah air semakin menjadi-jadi menyebabkan rakyat makin merana dan terbeban dengan kos sara hidup yang terus meningkat. Harga minyak dunia naik, harga minyak Malaysia turut naik. Tapi yang hairannya bila harga minyak dunia dikatakan menurun, takde pulak harga minyak Malaysia menurun. Juga turut terkena impaknya adalah harga barangan keperluan asasi. Meningkat dan terus meningkat. Siapa yang wajar dipertanggungjawabkan? Ekonomi itu sendiri atau orang yang menguruskannya? Hmm. Apepun syukur alhamdulillah dan terima kasih kerajaan Negeri Selangor atas usaha kalian untuk memastikan hasil kutipan cukai dan pendapatan di negeri ini disumbang kembali kepada raky...

Berdiam diri untuk mengelak perbalahan, Akhirnya memakan diri

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dan ruang untuk menitipkan sedikit perkongsian pendapat berkaitan senario di laman media sosial zaman sekarang. Makin meniti hari-hari akhir tahun 2016, makin sibuk diri ini dengan kerja yang bertimbun di office. Lama jugak tak berceloteh dalam arena blogging ni. Haha. Sebenarnya ungkapan seperti di ruangan tajuk post kali ini adalah merupakan perkongsian tweet dari salah seorang sahabatku. "Berdiam diri untuk mengelak perbalahan, akhirnya memakan diri" Yes. Totally agree! Di ruang lingkup media sosial tersangat bahaya rupanya bila kita menyibukkan diri di dunia realiti dan mengabaikan dunia virtual ni, macam-macam andaian orang boleh buat hasil dari interpretasi terhadap satu dua ungkapan yang kita titipkan di ruangan status di media sosial. Kalau andaian itu benar mungkin masih boleh terima lagi. Tapi sekiranya ia tak benar boleh membawa kepada fitnah. Pernah juga bersembang dengan sahabat berkaita...

Rinjani 2015 dalam Kenangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Tengah-tengah tekun membelek post-post terdahulu, tetiba terserempak dengan blog sahabat se-UIA. Post yang sekian lama ditulis dan pending yang akhirnya terpublish beberapa hari yang lalu. Post yang sangat mengembalikan nostalgia setahun yang lalu. 12 June 2015. Misi pendakian kami berempat menawan puncak Rinjani. MasyaAllah rindu sangat momen tu. Saat pertama kali aku berjinak dengan dunia pendakian. Gunung pertama aku daki. Saat pertama aku rasa peritnya untuk menghabiskan pendakian 2 hari 1 malam. Saat pertama kali juga aku bermalam di atas gunung diselubungi kesejukan yang rasanya seolah tembus hingga ke tulang sum-sum. Di saat paginya terasa bahangnya seolah matahari pacak berada di atas kepala. Di sebelah malamnya berbumbungkan bintang-bintang yang berkelipan membentuk buruj yang bermacam bentuk. Serius rindu sangat! Bersama adik dan dua orang sahabat, Arif, Ami dan Ned. Kalau bukan kerana Ned mengupdate post beliau berkaitan trip tersebut, mungkin mem...