Peninggalan Arwah >> Susur Galur Keluargaku

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini sudah masuk hari ke lapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Semoga kita semua akur dengan arahan kerajaan untuk berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP ini InsyaAllah.

Sementara dalam kebosanan mengharungi hari-hari me'reput' di rumah sendiri, kebetulan ada terserempak dengan post lama yang dikongsikan kembali dalam ruangan facebook "IIUM Confessions - BM". Tajuk confession tersebut adalah "Peninggalan Arwah". Aku boleh jamin hampir majoriti penuntut UIA mahupun follower-follower tegar IIUM Confession pasti sudah pun mengkhatamkan ke empat-empat episod Peninggalan Arwah tersebut. Suka untuk aku kongsikan linknya di sini.


Peninggalan Arwah I : klik [SINI]
Peninggalan Arwah II : klik [SINI]
Peninggalan Arwah III : klik [SINI]
Peninggalan Arwah IV : klik [SINI]

Banyak pengajarannya hasil dari pembacaan kesemua episod di atas. Kaedah penceritaan yang agak thrill. Aku suka kaedah penceritaan dan pilihan kata yang digunapakai oleh beliau. Penulisannya mampu membawa pembaca menyelami keadaan watak dalam cerita tersebut. Kalau tak percaya, boleh cuba baca. Sedikit introduction mengenai penulisan di atas :

Penulis merupakan seorang lelaki berusia 24 tahun (pada tahun 2016) yang bernama Mus. Mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Namun, perkongsian tersebut adalah mengenai keluarga besarnya yang mempunyai susur galur keluarga yang pernah bekerja dengan pegawai British iaitu moyang beliau. Disebabkan itu, moyang beliau telah diberi sebuah rumah agam klasik dan banyak rahsia juga harta-harta yang tersimpan di dalam rumah tersebut hingga kini dirahsiakan daripada ke semua kaum kerabatnya. Maka, sepanjang empat episod tersebut adalah pengembaraan beliau yang cuba mengorek rahsia dan membongkarkan sejarah nenek moyang beliau menerusi penemuan barang-barang peninggalan arwah yang sekian lama gagal ditemui oleh generasi Atok dan Ayahnya sendiri. Selebihnya sila teruskan pembacaan secara terperinci menerusi pautan di atas. Haha.

Disebabkan post ini juga aku terdetik untuk menelaah susur galur family aku sendiri. Dan aku tiba-tiba teringat aku pernah melewati salah satu post facebook pak cik aku (adik kepada ayahku) tentang susur galur family belah ayah aku. And lets see what I found.


Atuk aku sebelah ayah adalah Abdul Ghani b. Hj Muhammad Lazim tu. So, aku agak terkejut. Maka aku pun terus register website Geni tu. Untuk membolehkan kita lihat dengan penuh terperinci, kita kena register as member dulu. Website ini sebenarnya lebih kepada social network tapi khusus untuk connect all family members ala family tree yang bergenerasi. Maka aku pun hasilkan my own generation as below. Hehe.




Kalau betullah semua informasi yang aku dapat di atas, rupa-rupanya susur galur keluargaku sebelah ayah merupakan generasi yang bertanggungjawab membuka penempatan di Mukim Lambor. Untuk pengetahuan juga, kampungku sebelah ayah (rumah arwah nenekku) memang bertempat di Lambor.

Disebabkan pembacaan Peninggalan Arwah, tak pasal pasal dapat mengenali susur galur keluarga sendiri. Hebat betul penulisanmu wahai Mus. Semoga penulisan beliau mampu memberi pengajaran dan kesedaran untuk kita semua.

Ayuh berkempen "STAY AT HOME!" sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang baru sahaja hari ini dilanjutkan ke 14th April 2020. Semoga Allah selamatkan kita semua. Ameen.

Wallahualam.

Comments

  1. https://exodusweletlog.webflow.io/

    https://exodusloginwes.webflow.io/

    https://exoduswaelitlogin.webflow.io/

    https://exoduswallet824.mypixieset.com/

    https://exoduslogin36.mypixieset.com/

    https://exodusslogu.mypixieset.com/

    https://exoduslogiinwes.godaddysites.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://exodusweletlog.webflow.io/

      https://exodusloginwes.webflow.io/

      https://exoduswaelitlogin.webflow.io/

      https://exoduswallet824.mypixieset.com/

      https://exoduslogin36.mypixieset.com/

      https://exodusslogu.mypixieset.com/

      https://exoduslogiinwes.godaddysites.com/

      Delete

Post a Comment