Posts

Showing posts from May, 2012

Pemilihan ke Kejuaraan Pencak Silat Sekolah-Sekolah ASEAN 2012

Image
Assalamualaikum. Tahniah dan Syabas! Team PSSGM SMKSP Tunggal Puteri (Pingat : Perak) - Nurul Fadiah - Regu Putera (Pingat : Perak) - Muhd Fikri - - Hazim Fahmi - - Ahnaf - Pemilihan Peringkat Kebangsaan untuk ke Kejuaraan Pencak Silat Sekolah-Sekolah ASEAN 2012. Bertempat di Hotel Gold Course, Klang pada 27-30hb Mei 2012. Next Mission >> Kejuaraan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan MSSM di Perlis. ( No Giliran untuk Kejohanan Kebangsaan Perlis nanti) Pastikan kalian JUARA. Wallahualam.

Wordless Wednesday

Image
Assalamualaikum. Wallahualam.

Final Exam around the Corner

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk penulis mencoretkan serba serbi mengenai keadaan penulis sekarang. Alhamdulillah dan syukur kupanjatkan kerana secara rasminya selesai sudah sesi kuliah pengajianku sepanjang semester ini. Bermakna kesemua fenomena kuiz, assignment, presentation dan seumpamanya telah pun tamat. Kini penulis di dalam zon minggu mengulangkaji (revision week) untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Semester yang bermula seminggu dari sekarang. Seperti biase, kelas2 terakhir ni dipenuhi dengan sesi perkongsian tips2 menjawab exam, soalan spot, perkenalan mengenai format dan kaedah menjawab soalan bagi memenuhi kriteria penanda kertas, sesi menjawab soalan2 exam semester lepas dan lain2. Carry marks untuk beberapa subjek sedang diproses dan akan dipamerkan di luar bilik pensyarah beberapa hari jer lagi. Keputusan exam2 midterm untuk semua subjek telah pun diketahui. Masing2 merancang strategi untuk skor A dan lulus untuk kesemua subjek. Dikesemp

My 22nd Birthday

Image
Assalamualaikum. Happy 22nd Birthday to the Owner of this blog! Alhamdulillah, semalam pada tanggal 15 Mei 2012 genaplah sudah umur penulis 22 tahun. Thanks to all who wish me through Facebook, Twitter, BBM or even SMS. I'm really appreciate it.  To my roomate, thanks for treating me Dominos and  to both my parents, thanks for treating me Pizza Hut on the same day.  Memang hari melantak makan. Haha. Harap dapat doakan penulis berjaya mencapai MISI-MISI hidup penulis.  Thanks again! p/s : First time appearkan date birthday kat akaun fb sejak daftar fb dulu. Seperti yg dijangkakan, status fb untuk sehari mencecah 119 post wishing birthday. Papepun thanks. Wallahualam.

Selamat Hari Guru

Image
Assalamualaikum. Di kesibukan yang tiada penghujung ini, penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik seluruh Malaysia khususnya kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar, membimbing, mendidik, menegur, memberi tunjuk ajar dan segala bentuk penyaluran ilmu kepada penulis sejak bermulanya permusafiran penulis dalam misi menuntut ilmu : SK Taman Melawati 1 SMK Taman Melawati SMK Sg Pusu CFS IIUM PJ IIUM Gombak PSSGM Pencak Silat Selangor ( ..nak sebut nama seorg2, rasenya akan memanjangkan lagi post ini. Cukup sekadar senaraikan gedung2 ilmu yg penulis pernah bertapak dahulu sehingga kini.. ) Terima kasih, Syukran jazilan, Thank you dan Arigato di atas pengorbanan cikgu2 yang tak pernah mengenal erti penat dan bosan dalam mendidik anak2 bangsa bagi melahirkan satu generasi yang satu hari akan memegang tampuk pimpinan negara. Insyallah. Penulis sangat tertarik dengan satu sajak nukilan Usman Awang yang berbunyi : Jika hari ini seorang Perdana Me

Bateri Myvi buat HAL

Image
Asssalamualaikum. Alhamdulillah diberi kesempatan berceloteh di ruangan ini. Semalam telah berlakunya satu tragedi yakni bateri kereta myvi ku dengan tiba2 nya habis lantas telah menyebabkan engin keretaku gagal untuk di 'START'.  Berlokasikan stesen minyak SHELL bersebelahan MRR2. Pada mulanya singgah disana niat dihati hanya untuk pergi ke tandas sebentar, namun tempoh 'sebentar' akhirnya tertunda sehingga 3 jam lebih gara2 bateri tersebut.  Terpaksa meminta bantuan sahabatku untuk tampil ditempat kejadian untuk 'JUMP START' kereta aku. Namun, cubaan masih GAGAL. Kehadiran sahabatku seolah2 tidak membantu apa2. Terasa bersalah jugak bila terpaksa menyeru beliau yang sepatutnya mempunyai komitmen lain ke tempat kejadian. Very sorry for wasting your time there. Parentku tiba di lokasi kejadian. Ayah bergegas memeriksa keadaan kereta. Menjalankan prosedur seperti biasa tika menghadapi masalah bateri. Namun masih gagal menghidupkan enjin kereta. Akhirnya, kami sek

Kejohanan Silat Pendekar Warisan II

Image
Assalamualaikum. (Post tertunda) Pada 20hb-22hb April yang lalu sebelum berlangsungnya Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-16, telah diadakan satu Kejohanan Silat Pendekar Warisan II dan Jemputan UPNM yang disertai oleh 5 pasukan jemputan iaitu MSN Selangor, MSN Negeri Sembilan, MSN Melaka, UPNM dan Navvy. Kejohanan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu antara ahli2 KPS (Kelab Pencak Silat) UPNM dan antara pasukan2 jemputan luar. Seperti biase, penyertaan penulis dibawah panji MERAH-KUNING yakni Negeri Selangor. Selangor telah menghantar 10 wakil untuk kategori Silat Olahraga dan 9 wakil untuk kategori Silat Seni. Alhamdulillah, dengan berkat latihan yang berterusan bermula dari tahun lepas, Team Silat Seni Selangor telah berjaya memungut 4 EMAS dan 1 PERAK yang terdiri daripada kategori :- EMAS Tunggal Putra : Amier Tunggal Putri : Syahidah Ganda Putra : Amin & Asyraf Regu Putra : Nazrul, Hanif & Amier PERAK Regu Putri : Norazah, Nadia & As Tahniah dan Syabas! Kejohanan