Bateri Myvi buat HAL

Asssalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan berceloteh di ruangan ini. Semalam telah berlakunya satu tragedi yakni bateri kereta myvi ku dengan tiba2 nya habis lantas telah menyebabkan engin keretaku gagal untuk di 'START'.  Berlokasikan stesen minyak SHELL bersebelahan MRR2. Pada mulanya singgah disana niat dihati hanya untuk pergi ke tandas sebentar, namun tempoh 'sebentar' akhirnya tertunda sehingga 3 jam lebih gara2 bateri tersebut. 


Terpaksa meminta bantuan sahabatku untuk tampil ditempat kejadian untuk 'JUMP START' kereta aku. Namun, cubaan masih GAGAL.


Kehadiran sahabatku seolah2 tidak membantu apa2. Terasa bersalah jugak bila terpaksa menyeru beliau yang sepatutnya mempunyai komitmen lain ke tempat kejadian. Very sorry for wasting your time there.

Parentku tiba di lokasi kejadian. Ayah bergegas memeriksa keadaan kereta. Menjalankan prosedur seperti biasa tika menghadapi masalah bateri. Namun masih gagal menghidupkan enjin kereta. Akhirnya, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah untuk mengambil bateri kereta odyssey (family car) yang baru dibeli bulan lepas tapi mash belum diguna pakai. 

Alhamdulillah, dengan 'JUMP START' menggunakan bateri baru tersebut, enjin myviku berjaya dihidupkan. Rupa2nya, bateri myvi tersebut dah totally habes. Selepas lunch di McD (Terletak sebelah tempat kejadian), kami pun menuju ke bengkel untuk menukar bateri. Selepas ditukar, keadaan myvi telah pulih seperti sediakala. 

Fuh. Dalam keadaan yang penat + lesu + sakit kaki + mengantuk semasa kejadian, baru pulang dari latihan pencak silat Selangor di Damansara. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Bersyukur juga kerana ia berlaku sebelum beberapa hari mendatang yakni permusafiran aku ke UPSI, Tanjung Malim melihat Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Universiti ASEAN ke-3.

Sekian untuk  kali ini. Wallahualam.

Comments