1 Syawal 1440H / 5 Jun 2019

Assalamualaikum w.b.t. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Laa ilahaillahu Allahu akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd. Gema takbir di pagi raya sambil diiringi dendangan lagu raya menerusi peranti adikku telah memecah kesunyian kami di pagi aidil fitri. Alhamdulillah tahun ni berpagi raya berempat beradik. Bersama keluarga abang sulung bersama 5 orang anaknya dan adik bongsu bersama seorang heronya. Tahun ini juga tahun kedua kami beraya di KL disebabkan rumah kami di Rawang tak sempat disiapkan sepenuhnya dek serangan anai-anai yang semakin mengganas. Tangga seluruhnya dijadikan santapan mereka juga pintu dapur. Dahsyat juga. Seperti rutin biasa, bersiap dan mengalas beberapa butir lemang sekadar memenuhi sunnah nabi yang mengamalkan santapan beberapa biji kurma sebelum keluar menunaikan solat sunat aidil fitri. Masjid dan surau di seluruh Selangor telahpun diumumkan akan memulakan solat sunat aidil fitri seawal 8.30 pagi. Kami menunaikan solat sunat aidil fitri di Masjid Ukay P...