Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2016 / 1437H

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah secara rasminya semalam diumumkan tarikh Hari Raya Aidil Fitri untuk tahun 2016 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad.


" Bismillahi rahmanir rahim. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu 6hb Julai 2016. Sekian Wassalamualaikum warhmatullah. "

p/s: Yeay esok Raya! Yang tak bayar zakat fitrah tu jangan lupa tunaikan. Yang rasa berhutang puasa tu jangan lupa ganti semula dalam bulan Syawal nanti. Ade rezeki dapat berkat pahala Puasa 6 sekali. Apepun, aku nak mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wallahualam.

Comments