Simulasi #1 - Road to SUKMA Sarawak 2016
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. 26 hari berjaya ditempuhi. Hanya berbaki 4 hari lagi sebelum kita menyambut Syawal. Semalam bersamaan 1hb Julai, selesai sudah sesi simulasi penuh untuk kategori Silat Seni team Selangor di Dewan Tempur Seksyen 6 Shah Alam. Rasanya belum pernah lagi berceloteh perihal team Selangor di sini sejak berhenti dari kegiatan silat beberapa tahun lepas. Pendek cerita, aku diamanahkan sebagai Pembantu Jurulatih Silat Seni untuk Kejohanan Pencak Silat di SUKMA Sarawak yang akan berlangsung 21 hingga 30hb bulan ini.
Simulasi semalam dihadiri oleh antara barisan juri yang akan menjurikan kejohanan silat di SUKMA hujung bulan ini. Juga turut serta beberapa orang dari PESAKA Daerah Klang sebagai penyokong untuk pesilat-pesilat mereka yang merupakan majoriti dalam pasukan silat seni kali ini. Alhamdulillah perjalanan simulasi pertandingan berjalan dengan lancar. Namun, hasil dari komentar dan kritikan juri jemputan menunjukkan banyak lagi yang perlu diperbaiki sebelum mereka menggalas nama Merah-Kuning di Sarawak nanti.
Komen aku berkaitan simulasi pertandingan semalam? Rujuk bawah.
1. Persediaan sebelum masuk gelanggang
- Fasa ini merupakan fasa yang paling penting sebelum pesilat jejakkan kaki ke dalam gelanggang. Walau hebat macam mana pun berlatih kalau sebelum masuk gelanggang tak ready mental dan emosi, confirm performance ke laut. Kalau tak ke laut pun, mungkin ke darat. Yang penting tak ke arah apa yang diekspektasikan oleh Jurulatih yang melatih mereka. Hasil pemerhatian semalam, majoriti antara mereka masih blur apa yang mereka perlu lakukan sebelum masuk gelanggang. Dari segi persiapan pakaian, persediaan mental dan fizikal, sesi meditasi, dan yang paling penting fokus! Dan mereka juga masih gagal untuk mengawal tahap gugup dan nervous mereka. Al-maklum, majoritinya first time merasa simulasi yang dihadiri oleh wasit juri sebenar. Moga tips yang diberikan semalam dapat mereka implementasikan di sesi simulasi akan datang.
2. Tak kenal diri sendiri
- Ini juga merupakan faktor utama mental kita akan terganggu di saat akhir sebelum berjuang. Sebab nak mengharapkan jurulatih kenal setiap atlet mungkin boleh nampak luaran fizikal sahaja. Tapi bila sentuh bab kawalan emosi dan mental, hanya mereka yang kenal diri mereka. Sebagai contoh, ada orang nak keep motivation high memerlukan mereka untuk menelefon ibubapa mereka. Kata-kata keramat dari mulut ibunya dapat menaikkan semangat dia. Dan ada orang untuk memastikan motivasi kekal tinggi hanya dengan meluahkan isi hati kepada seseorang yang mereka percayai. Sebab majoriti luahan ini adalah bersifat cas negatif. Untuk kekalkan motivasi tinggi memerlukan kita untuk eliminate cas negatif yang ada dalam kepala otak kita. Dan dengan meluahkan ia dapat menjamin cas positif untuk mendominasi minda dan fokus kita ketika itu. Dan bermacam jenis orang ada dalam dunia ini. Sebab itu nasihatku, sementara ada masa dan masih ada satu lagi sesi simulasi dua minggu lagi, gunakan masa ini untuk kenal dengan diri sendiri. Apa pun yang terjadi, mereka sendiri yang bertanding. Mereka sendiri yang masuk gelanggang. Kalau menang, mereka juga yang dikalungkan pingat. Bukan Jurulatih. So, hang pi kenal diri sendiri hang tu dulu!
3. Masalah dalaman
- Antara penghalang besar bila bermain dalam kategori berkumpulan. Untuk pertandingan silat seni, ada dua kategori berkumpulan iaitu Ganda (berdua) dan Regu (bertiga). Dan mengikut pengalaman aku yang selalu terjadi untuk kategori berkumpulan ini, kepala memasing berbeza, ego memasing tinggi, dan ada pula mereka yang pantang ditegur. Yang senior rasa tercalar kredibiliti bila ditegur oleh junior dalam satu pasukan. Yes. Tak dinafikan. Ego tu memang wujud dalam setiap orang. Infact ego itu wajib ada dalam diri setiap orang. Cuma yang membezakannya ialah ego yang terpimpin atau tidak. Ada masa kita kena rendahkan ego kita, ada masa kita kena bertolak ansur untuk kebaikan pasukan. Dan lagi satu yang menyebabkan lagi parah bila kita simpan dan pendam segala masalah dalam hati. Benda yang dipendam ini sangat bahaya. Sebab lagi dipendam, lagi akan timbul perasaan negatif tu dan menyebabkan timbul rasa tak yakin dalam diri. Sebab itu kita kena selalu adakan sesi heart to heart session dan sesi itu memang penting untuk luahkan apa yang terbuku selama berlatih bersama. Confirm mesti ada yang tak puas hati. Kita manusia. Takkan lari dari buat silap. Cuma tahap penerimaan teguran itu yang berbeza setiap orang. Kalau kita suka mengkritik, kita juga kena suka terima kritikan. Dan yang mengkritik pula mesti beradab dan ada caranya. Bukan membabi buta. Pendek cerita, selesaikan masalah antara kita dulu sebelum pergi berjuang. Dan kalau ada masalah yang masih tak boleh nak selesaikan, itu tugas kita untuk asingkan masalah itu dengan perjuangan kita. Learn to compartmentize things.
4. Consistency
- Ikutkan dah selalu sangat komen berkaitan teknik. Term yang selalu aku gunakan dan pada aku penting untuk kategori silat seni ialah timing, distance, strength (mantap), speed (agility), seragam dan etc. Semua term itu adalah subset kepada Consistency. Sebab apa? Kalau korang dah mantap, seragam dan hebat pun tapi tak konsisten tak guna juga. Macam mana nak pastikan mantapnya korang dalam latihan dapat dibawa ke SUKMA nanti. Boleh jamin ke tahap kemantapan persembahan kalian sama bila perform nanti. Kalau tak, please do homeworks a lot. Try to be consistent in what you do. Especially when it comes to technique. Solusinya? Latih tubi sekerapnya! Dan semua ini rasa dah berbuih mulut dah cakap. Harap ada lah sikit buat catatan bila dilemparkan dengan komentar dan kritikan yang bertubi-tubi sebelum ni untuk setiap sesi training. Boleh rujuk kembali untuk kemajuan diri. Dan bila bercakap mengenai konsisten, yang dimaksudkan ialah tahap persembahan kalian secara keseluruhan.
Panjang juga aku berceloteh. Tiba-tiba jari tak berhenti menari atas papan kekunci ini. Setakat ini saja komenku dan banyak lagi sebenarnya cuma tak gemar menulis post yang terlampau panjang. Untuk komentar berkaitan teknik mungkin untuk post yang lain kalau diri ini masih rajin mengadap skrin laptop. Haha.
Goodluck my team! InsyaAllah selagi kita belum jejakkan kaki ke dalam gelanggang, selagi itu kita ada masa. Jangan sesekali fikir kita terlambat. Nabi SAW pernah pesan, kalau ada benih kat tangan dan esok kiamat, tanam dulu benih tu. Tiada isitilah terlambat.
Wallahualam.

Solo Putera & Puteri
Regu Putera
Regu Puteri
Ganda Putera & Puteri
Show time! Regu Putera in action
Berhimpun lepas selesai simulasi. All the line up for silat seni team without Tunggal Putera.
The juris. From Putrajaya dan Selangor WJ.
Official picture taken with VVIP
The silat seni coaches

Comments
Post a Comment