Sirih Pulang ke Gagang - Majlis Iftar UHBO 2016
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah wa syukurillah masih diberi peluang dan ruang untuk berada di penghujung bulan Ramadhan kali ini. Masih berbaki 3 hari lagi termasuk hari ini sebelum menjelang Syawal. Tapi entah kenapa rasa laju semacam masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan yang ke 28. Mungkin sebab sekarang sudah bekerjaya. Weekdays sibuk dengan kerja yang mana dahulunya banyak meluangkan masa bersama Al-Quran tika masih bergelar student. Kekadang terasa diri ini tak adil. Kenapa masa dulu aku mampu luangkan penghujung Ramadhan untuk beriktikaf di masjid, qiamulail di masjid, baca Al-Quran khatam sebelum Syawal menjelang dan banyak lagi. Kenapa aku harus persalahkan nikmat yang Allah kurniakan yakni kerjaya aku sebagai penyebab kurangnya aku beribadah kepada-NYA? Astaghfirullah.
Semalam bersamaan 2hb Julai selesai sudah salah satu program tahunan wajib team silat seni selangor, program menghimpunkan semua senior, alumni dan bekas anak didik di bawah tunjuk ajar Coach Habizan iaitu Majlis Iftar yang mana kali ini telah diadakan di Restoran Nelayan Gombak. Sebelum apa-apa, biar aku buat short review berkaitan restoran tersebut. Harga untuk sekepala RM35. Menu tak sebanyak yang aku jangkakan. Bukan apa, sebab kebetulan sejak aku bekerja ini dah terbiasa pekena steamboat di restoran sekitar Klang. Kosnya sekepala agak murah dan menu pun jauh lagi banyak dan variasi. Mungkin faktor lokasinya yang terletak di kawasan KL yang menyebabkan kosnya agak mahal. Fikir positif. Apa pun, motif utama majlis dibuat tercapai. Dan banyak kenangan dan memori silat bersama mereka dahulu kembali mengetuk pintu ingatanku. Done on the short review.
Majlis ini berjaya menghimpunkan bekas-bekas pesilat seni selangor dari batch 2010 hingga batch terbaru yang akan menggalas nama Selangor di SUKMA Sarawak hujung bulan ini. Dan berikut adalah senarai yang hadir.
1. Coach Habizan dan Kak Ina
2. Azam Mokhtar dan Kak Nurul
3. Nazrul Arif dan Maryam
4. Syahidah dan Amaluddin
5. Coach Rosazizan
6. Nazrul Azam
7. Faziera a.k.a Kak Azie
8. Syahidah Atiqah Saarim
9. Sharipah Nur Hafizah a.k.a Pija dan adik
10. Haarif Angah
11. Iqram Mat Rock
12. Haafiz Aminuddin
13. Syahid Furzan
14. Noor Saufi
15. Kak Moni (adik Coach HBO)
16. 13 orang atlet seni SUKMA Selangor
Alhamdulillah. Seronok jumpa sahabat-sahabat lama. Lagi-lagi yang tinggal berjauhan sampai ke Johor dan Kuantan. Nak jumpa pun susah akibat kekangan masa dan kesibukan bekerjaya. Thanks for coming guys! Angah dan Pija kini bekerja dan menetap di Kuantan. Azam dan Kak Nurul kini menetap di Johor.
Antara pengisian majlis iftar tersebut selain dari mentekedarah menelan semua jenis makanan yang terhidang semalam ialah sesi pengenalan dan sharing moment antara kelompok senior dan junior. Al-maklum, sekarang ini yang masih aktif berkongsi ilmu di gelanggang hanyalah aku dan coach Azizan. Nak mengharapkan adik-adik atlet SUKMA Selangor berjumpa dan menuntut pengalaman dari senior memang susah walau nama senior-senior ini seringkali dipetik oleh coach sebagai sumber inspirasi buat mereka dalam setiap kali latihan. Masa itulah baru mereka kenal siapa Kak Sya yang digelarkan sebagai legend Tunggal Puteri Selangor. Team regu puteri Syahidah dan Pija yang pernah mencipta nama di Kebangsaan sebelum mereka dahulu dan yang lain.
Dimulai dengan sesi bergambar beramai-ramai senior dan junior di atas stage. Dan disusuli dengan sesi mengenal senior yang mana coach memperkenalkan setiap senior yang hadir dan pencapaian mereka kepada semua junior. Dan semua junior pula diminta untuk memperkenalkan diri seorang demi seorang dan menyatakan pencapaian mereka kepada semua senior yang hadir. Dan di sesi akhir pula semua senior yang hadir diminta untuk berucap dan berkongsi tips dan pengalaman secara ringkas kepada adik-adik junior. Sebab saat dan ketika ini sahaja rasanya mampu mempertemukan antara dua kelompok ini.
Berikut adalah sedikit point yang sempat dikutip hasil perkongsian dari beberapa senior.
Amaluddin (Suami Sya) - Redah je. Layankan aje setiap latihan yang kita tempuhi.
Azam Mokhtar - Bertanding bukan untuk menang tapi untuk kepuasan diri.
Kak Nurul - Ikhlaskan hati dalam latihan. Jaga hubungan dengan Allah dan semua orang.
Nazrul Arif - Bersyukur dapat berada dalam team di bawah tunjuk ajar Coach HBO.
Syahidah Atiqah Saarim - Jaga berat badan.
Point-point yang terpilih untuk aku rungkaikan dari sudut perspektif aku.
1. Redah je.
- Layankan aje setiap latihan yang kita tempuhi. Yang tak perlu dilayan ialah sakit dan masalah peribadi kita. Kebanyakan antara kita selalu bawa bersama emosi kita dalam latihan. Sebagai contoh injury. Kita sakit kaki dan kita terasa down sebab melihat sahabat sepasukan kita yang lain mampu untuk push all out walhal kita ni tak mampu disebabkan injury pada kaki dan kita mental terus mempamerkan sikap pasif dan negatif dalam latihan. Dengar arahan macam nak tak nak even arahan coach. Penerimaan teguran dalam latihan berkumpulan jadi agresif dan macam-macam lagi. Please put aside your personal emotion and learn to control your own mental! Seriusly kalau dalam masa latihan pun masih tak mampu nak asingkan emosi kita, macam mana bila tiba masa kejohanan nanti? Korang boleh yakin ke benda yang sama tak berulang. Bila tiba di venue kejohanan sebenar nanti, percayalah lagi banyak faktor akan mengganggu konsentrasi dan fokus kalian. Kalau tak mula kawal dari sekarang, jangan harap nak kawal masa kejohanan nanti. Bak kata abang Amal kita, layankan aje semua itu. Kalau emosi kata TIDAK, biar mental kata YA!
2. Bertanding bukan untuk menang tapi untuk kepuasan dalam diri.
- Prinsip Azam Mokhtar memang selari dengan prinsipku sejak aku mula berjinak dalam dunia atlet. Dan prinsip ini juga aku selalu tekankan dalam team regu ku dari 2006 hingga 2014 setiap kali sebelum pertandingan. Kau jangan nak main sebab nak medal atau nak menang, tapi biar main sebab kepuasan diri! Bila diri kita puas dan coach kita pun puas hati, sudah cukup untuk memberi kepuasan pada mata-mata sekeliling yang memerhatikan kita dari luar gelanggang. Be a people's champion! NOT a jurry champion. Biar orang kata kita champion daripada orang kata kita 'pencuri medal'. So, cuba tanamkan dalam setiap diri kita bila bertanding, niatkan untuk buat yang terbaik seperti mana kita berlatih dan seperti mana coach nak kita perform. Menang kalah adat pertandingan. Jangan letakkan ukuran medal itu ditangga yang pertama tapi letakkan untuk mempersembahkan yang terbaik itu sebab nadi utama perjuangan kalian.
3. Ikhlaskan hati, jaga hubungan dengan Allah dan semua orang.
- Bila hati kita ikhlas dalam membuat sesuatu, kita langsung takkan mempertikaikan apa yang kita buat. Itu baru dinamakan ikhlas. Sebagai contoh dalam latihan, baru dapat injury sikit dah jadikan ia sebagai sebab untuk tak all out dalam latihan. Seriusly, it's all about mental. Kalau mental ni kuat, injurd macam mana pun kita masih ada eager untuk berlatih. Dan kalau betul kita ikhlas datang latihan untuk berlatih, kita takkan timbulkan sikit pun emosi negatif dalam latihan. Kita takkan bawa masalah peribadi kita dalam gelanggang. Sebab kita datang latihan untuk buat peningkatan bukan buat masalah pada pasukan! Berkaitan hubungan dengan Allah dan semua orang pula, sebenarnya penjagaan hubungan ni ada kaitan dengan berkat dan doa. Dua elemen penting bila kita well connected. Hubungan dengan Allah. Kita duk asyik berdoa kita nak berjaya dan nak menang dalam setiap solat yang kita kerjakan tapi kita tak pernah buat apa yang Allah suruh dan elakkan apa yang Allah larang. Agaknya layak tak Allah kurniakan kejayaan kat kita? Umpamanya kita nak sesuatu dengan mak kita tapi kita tak ikut cara dia dan selalu sakitkan hati dia sebab buat perkara yang dia tak suka. Agak dapat tak 'sesuatu' tu dari mak kita atau hanya dapat penampar? Dan kita ini kalau nak berjaya bukan cukup saluran doa itu datang dari satu sumber saja. Ia perlu datang dari ibubapa kita, coach kita dan orang sekeliling kita. Doa dan berkat mereka merupakan nadi utama dalam perjuangan kita. Mak ayah dan kawan-kawan redha dengan kita dan siap mendoakan kita berjaya, aku percaya psychologically kita dah menang mental kat situ. Sebab kita seolah ada satu kelompok yang cuba memperjuangkan agar doa kita sudah layak Allah perkenankan dan kita memang layak untuk digelar juara.
4. Bersyukur berada dalam team UHBO.
- Team silat seni bawah tunjuk ajar coach Habizan bin Othman (HBO) merupakan salah satu team yang sangat berpengaruh di setiap kejohanan silat dalam Malaysia terutama untuk kategori Silat Seni. Boleh kata setiap kali team seni selangor turun gelanggang, berduyun-duyun dan siap berbaris kamera-kamera untuk merakam persembahan mereka. Bukan nak riak atau bangga diri. Tapi suka untuk aku ingatkan untuk adik-adik generasi sekarang, kami dulu nak join team ini memang susah sangat. Aku sendiri bermula dari bawah. Dari penyertaan silat sekolah-sekolah tahun 2003. Tahun demi tahun berlatih tanpa spesifik coach untuk kategori aku tapi aku layankan aje. Dan atas izin Allah SUKSES tahun 2009, baru kami berjaya menembusi dinding untuk masuk ke wilayah Team Selangor. Dan di situlah kami dipertemukan dengan Coach HBO. Please bersyukur dengan kedudukan anda dalam team Selangor dan kemudahan laluan anda untuk tersenarai dalam line up atlet seni selangor. Cuba gunakan peluang ini untuk buktikan anda adalah orang yang terbaik dan layak berada dalam team ini. Ikut saja apa yang diminta oleh beliau. Kerana kepakaran beliau dalam silat seni bukan sahaja diperakui oleh Jurulatih dan Wasit Juri dalam Malaysia, tapi termasuk luar negara.
5. Jaga berat badan.
- Dulu sebelum terlibat dalam team silat seni selangor, tak pernah terfikir berat badan antara faktor penyumbang utama persembahan kita. Al-maklum, berat selalu disinonim kan dengan kategori silat olahraga. Namun, selepas buat ujikaji atas badan sendiri baru jelas dan faham. Walau sekilo saja berat beza mampu memberi impak kepada kelincahan dan kekemasan gerak kita dalam memperagakan jurus atau buah. Sebab itu coach akan meletakkan satu garis panduan untuk semua atlit, berat-berat yang wajib mereka capai sebelum berjuang. Sebab mereka lebih mengerti tahap berat badan sepatutnya untuk mencapai ekspektasi peragaan jurus yang mereka telah letakkan untuk setiap atlit masa kejohanan sebenar nanti.
Dah cukup panjang rasanya aku rungkaikan setiap point yang dipilih hasil perkongsian senior-senior yang dinyatakan. Dan harapan aku selaku senior dan sekarang merangkap Penolong Jurulatih Team Seni Selangor, sangat mengharapkan kalian meletakkan diri kalian dan tahap pemikiran kalian sebagai seorang champion. Berbuih mulut bercakap, lembam bengkak jari menaip pun tak mampu mengubah kalian kalau kalian sendiri tak ingin mengubahnya. Jangan selalu nak di'suap'. Be proactive to equip yourself to be the best among all the contestants in the game soon.
p/s: Apa pun seronok sangat dapat berjumpa dan sembang bersama sahabat-sahabat yang pernah jadi teman seperlatihan satu ketika dulu. Habis semua kisah-kisah lama kami keluar. Thanks guys for your time and effort to be there.
Wallahualam.

Comments
Post a Comment