Bom Bunuh Diri Gegarkan Tiga Kota Arab Saudi

Assalamualaikum w.b.t.

Dunia hari telah digemparkan dengan insiden berdarah dan bersifat terrorist yang mana tiga kota Arab Saudi telah di jadikan sasaran untuk insiden bom bunuh diri dalam sehari. Tiga kota tersebut ialah Jeddah, Qatif dan yang terbaru adalah di Madinah.


Di Jeddah seorang pengebom nekad melancarkan serangan berdekatan Konsulat Amerika Syarikat Jeddah dan mengakibatkan dua orang petugas keamanan konsulat cedera. Manakala di Qatif pula mereka meletupkan bom kereta berdekatan Masjid Syiah, Masjid Syeikh Faraj Al-Umran dan tiada sebarang angka korban dilaporkan. Dan yang terkini insiden bom bunuh diri berlaku di parkir sekitar Masjid Nabawi menjelang Maghrib ketika orang ramai berbuka puasa. 4 anggota keselamatan terkorban, 5 orang cedera dan beberapa kereta terbakar.

Insiden di Kawasan Parkir Masjid Nabawi, Madinah

Insiden berdekatan Konsulat Amerika Syarikat Jeddah

Dan kesemua insiden tersebut masih dalam siasatan tapi dipercayai merupakan tindakan dari kumpulan militan ISIS. Dan di sini aku masih tertanya, masih relevankan pendirian mereka yang berkenaan mengatakan kumpulan militan ISIS ini mewakili dari jemaah pejuang Islam? Takkan terdesaknya mereka hinggakan sanggup menggugat ketenteraman awam yang berpusat di tanah kedua tersuci orang Islam di dunia iaitu Masjid Nabawi.


Kejam sungguh mereka yang mendalangi insiden ini. Di saat Syawal kian menjelang, di kala ramai yang sedang mentangisi pemergian Ramadhan, mereka lagi menambahkan tangisan mereka dengan insiden seperti ini. Salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat. Semoga Allah SWT menempatkan roh mereka bersama orang-orang yang beriman. Dan Semoga Allah SWT memberi pembalasan yang setimpal kepada mereka yang terlibat. Amin.

Wallahualam.

Comments