Posts

Showing posts from April, 2010

Hard Training & Swimming

Image
Assalamualaikum. (..hard training followed by enjoying moment..hehe..betol ker ayat aku tuh?..) Hujung minggu yang agak meletihkan. Macam biase tiap kali aku nak tulis mesti pasal silat. Aku pun tak tau nape. Mungkin sebab sekarang ni kepale otak aku dah full time pikir pasal silat kot. Maklumlah nak fokus untuk Sukma. As usual tiap kali hujung minggu pergi training silat kat Shah Alam. Tapi untuk minggu ni punyer training agak tough sikit. Walaupun hakikat nyer training minggu ni hari sabtu jer, tapi disebabkan seharian berlatih menyebabkan mase untuk recover balek tenaga dah kurang. ******* Training Hari Sabtu (24/4) tu dibahagikan kepada 4 sesi. Sesi Pertama (0700) Jogging kat Taman Tasik kat Seksyen 6, Shah Alam. Disusuli dengan sprint naek 20 anak tangga sebanyak 30 kali (3 set) Sesi Kedua (1000 ) Berlatih ikut kategori Silat Seni masing-masing. Macam aku kategori Jurus Wajib. Standard kene buat latihan kicking 90 kali untuk kaki kanan dan kiri (30x sepak lurus, 30x sepak juring,

Tak Tenteram :(

Assalamualaikum. (..kali ni biar aku luahkan ape yang aku dah lame pendamkan selama ni..tapi ni baru sikit..) Aarrggghh!!!.nape sejak due menjak ni aku terasa tension sangat, resah gelisah dan macam-macam lagi. Member-member pun ade yang perasan. Family jangan nak dikata. Tiap kali balek rumah jer tengok muke aku penat. Tak sempat nak rehatkan diri terus keluar balek pergi latihan la, jumpe kawan la. Aduhh~ Biar aku khabaq sikit kat korang pasal keadaan aku sekarang ni. Kepada sahabat-sahabatku kat luar sana. Yang selalu ajak aku lepak malam-malam tapi aku kate aku sibuk. Yang selalu tanya kabar aku. Thx. Yang selalu chat ngan aku menerusi fb tapi aku tak layan. dan yang lain-lain. Sebenarnye, memang aku agak sibuk sekarang ni. Dari hari Isnin sampai Jumaat aku kerja ikut office hour balek dalam pukul 6.00 ptg dalam keadaan penat. Pastu malam nyer pulak, dari hari Isnin sampai Rabu aku ade training silat kat Gombak dan Uia Pj. Tiap hari Jumaat petang sampai Ahad petang aku ade kat Shah

Kem Misi Juara Sukma Selangor 2010

Image
Assalamualaikum. (..SUKMA MELAKA 2010..nantikan kehadiran kami disana!!!..) Alhamdulillah, terasa lama aku tak meng'update' blog kesayangan aku ni. Hari-hari yang penuh dengan kesibukan bekerja, dan komitmen yang terlalu banyak. Namun aku masih setia dengan hobi aku yakni berblogging. Haha. Pada hari Ahad (18/4) dan Isnin (19/4) yang lepas, kontinjen Sukma Negeri Selangor telah mengadakan satu kem yang dinamakan 'Kem Misi Juara 2010' di Genting View Resort. Semua sukan terlibat dalam kem tersebut dan ia dijalankan berperingkat atau berfasa iaitu sebanyak 4 fasa/sesi. Untuk sesi yang aku sertai melibatkan lima sukan iaitu Pencak Silat, Karate Do, Kanu, Silambam dan Lawan Pedang. Yang aku nak cerite just melibatkan kontinjen Pencak Silat Selangor jer yang aku terlibat iaitu mase sesi ke-3. Maybe aku akan cerite mengikut mase untuk mudah dipahami. Huhu. Hari Pertama :- 10.30am : Berkumpul kat Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE). 11.45am : Bertolak ke Genting View Resort deng

Moto Yamaha 125Z DiCURIK!!!

Image
Assalamualaikum. (...CELAKA PUNYER PENCURIK !!!..) Semalam merupakan hari yang paling TENSION pernah aku hadapi. Kalau sebelum ni aku banyak dengar kes kecurian melibatkan barang-barang kemas, kenderaan (moto dan kereta) dan macam-macam lagi. Tapi kali ni kes ni berlaku depan mata kepala aku sendiri. "Moto kesayangan abang aku Yamaha 125Z telah DICURIK!!! " ..Yamaha 125Z kesayangan abangku..Dah Arwah dah moto ni rupenyer..Huhu.. Punyelah lame aku nak dapat pinjam moto tu dari abang aku. Kalau korang nak tahu sebelum ni aku pujuk die supaya bagi aku gune moto die amek mase lebih kurang 5 TAHUN!!! Pastu at last die bagi jugak tapi die still berkeras tak bagi aku modified pape even nak tambah bakul ngan letak handle seat belakang pun die tak bagi. Tapi mase tu aku tak kesah sangat, sebab janji leh pakai pergi gerak mane-mane sudah. Pastu lepas beberape tahun aku setia menggunakan motonye, akhirnye die benarkan aku tambah bakul ngan ape yang patot kat moto tu. Punyelah susah aku

Passeng !!!

Image
Assalamualaikum. (..Memiliki Beg Baru..Woha!!..) ..Tapi lencana Pssgm tu aku yg jahitkan sendiri.. Hekhek..:P Hooray!! semalam aku balek keje jer tengok mak aku dah ade kat umah abang (UK) aku. Pastu beberape jam kemudian jer bapak aku sampai sini bersama dengan BEG BARU brand Passeng (..Sebenarnye Passengers..Hehe..) untuk diberikan kepadaku. Haha. Kecoh Gilerz~ p/s: Brand pe Passengers ni yek? Tak penah dengar pun sebelum ni. Huhu. Takpe2. Janji dapat beg baru. Woha!! Post terpendek dalam sejarah aku berblogging. Haha. :D

Meluluskan Surat Permohonan

Image
Assalamualaikum. (..Syahdunye terkenang saat bergelar pelajar SMK Sg Pusu..) Akhirnye, jejak jugak aku kat tempat aku menuntut ilmu suatu ketika dahulu iaitu disekolah lamaku, SMK Sg Pusu setelah terasa lama tak menjenguk dan berjumpe dengan cikgu-cikgu yang telah banyak membantu dan mendorong aku hingga aku berjaya memperoleh keputusan SPM yang agak cemerlang. Huhu. Sebenarnye, tengahari tadi mase tengah lunch hour aku cube meng'free'kan diri aku untuk pergi ke SMK Sg Pusu berjumpe dengan pihak pentadbir bagi meluluskan surat permohonan aku untuk menggunakan Dewan Mutiara Bestari, SMK Sg Pusu bagi kegunaan latihan silat persediaan ke SUKMA. Disebabkan aku ni jenis yang tak suke pergi sorang-sorang, aku pun dengan tak malunye mengajak rakan sekerjaku, Syawal untuk menemaniku berjumpe dengan pihak pentadbir. Die pun tak kesah, ikut jer. Tapi ade satu benda yang agak kelakar terjadi semasa kami dalam perjalanan menuju ke sekolah. ..My colleague, Syawal.. Aku saje bagi peluang kat

Hilang kePERCAYAan

Image
Assalamualaikum. (..kePERCAYAan yang berakhir dengan keKECEWAan..) Post kali ni aku nak membicarakan mengenai KEPERCAYAAN. Kepercayaan yang aku maksudkan bukan merujuk kepada rukun iman seperti kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada Rasul-Rasul dan seterusnya tetapi ape yang aku maksudkan ialah kepercayaan terhadap seseorang individu. Nak orang percayekan kite memang susah. Macam situasi yang berlaku dalam hidup aku sendiri, sebagai contoh punyelah susah aku nak dapat kepercayaan bapak aku supaya membenarkan aku bawak kereta kesayangannya ke kampus tempat aku belajar dulu. Sampai tahap macam-macam pernah terjadi mase mule-mule aku bergelar amateur driver (haha..macamlah sekarang ni aku profesional driver :D). Dengan semua kereta milik keluargaku pernah aku tinggalkan kesan. Tapi bapak aku tak pernah marah atas ape yang berlaku kerana die lebih suka aku belajar sendiri dari pengalaman yang aku lalui. Alhamdulillah, setelah hampir setahun lebih aku memiliki lesen Percubaan P, akhi

Ke'TENSION'an Melanda

Image
Assalamualaikum. (..Arrggghh!!.Tension nyer...) Seperti yang aku dah postkan sebelum nie, minggu ni aku takde latihan pusat kat Shah Alam seperti minggu sebelum ni. Tapi punyelah nak rancangnye buat latihan sendiri, macam-macam halangan aku hadapi. ...watak di dalam gambar takde kene mengena ngan sesape. Cume menggambarkan perasaan TENSION yang aku hadapi sekarang. Huh~.. Macam pagi tadi, kalau ikutkan sepatutnye kitorang bertiga nak pergi jogging kat Taman Layang-Layang, Kepong tapi end up bangun pagi-pagi jer dah hujan lebat giler. Dah la nak pergi sane naik moto. Adoyai. :( Pastu bile tengahari pulak sepatutnye nak buat latihan kat padang depan rumah Cikgu Halim (Gurulatih Silat Sg Pusu). Rancangnye latihan nak mulakan lepas zohor tapi last minit dapat call dari salah sorang dari group kitorang, Usop Sonto die khabaq yang die tak dapat nak datang latihan petang tu pasal ade urgent kene pergi Sentul sebab ade orang meninggal. Lagi sorang pulak, anep masalah die takde helmet. Maklumla

Surat Tawaran

Image
Assalamualaikum. (..UIA Gombak!!!..nantikan kehadiranKu..) Tetibe pagi ini terdetik nak menulis satu post pasal surat tawaran yang aku dapat untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal-Automotif kat UIA Gombak awal bulan Julai ni. Huhu. *click to enlarge* *click to enlarge* *click to enlarge* *click to enlarge* *click to enlarge* Terasa cepat jer mase berlalu. Dulu aku pernah mengimpikan kehidupan seorang insan bergelar mahasiswa. Aku terasa tercabar pabila melihat sekumpulan golongan mahasiswa yang lancang berhujah menegakkan sesuatu dan sering terasa ingin berada dalam golongan tersebut. Aku jugak pernah inginkan satu suasana kehidupan di universiti seperti dalam cerite-cerite Mat Saleh. Huhu. Kini aku dah mendapat peluang tersebut. Walaupun aku rase suasana kehidupan di universiti yang bakal aku tempuhi ini jauh berbeza dari ape yang aku impikan, bagi aku cukup sekadar memenuhi impian aku untuk bergelar mahasiswa. Cume aku terasa banya

Kejuaraan Silat Jemputan Sukma

Image
Assalamualaikum. (..Yeay!! Latihan takde minggu ni...Haha..) Berikut adalah berita yang dipetik dari Akhbar Berita Harian pada hari Rabu yang lepas bersamaan 7 April 2010. ******* 165 sahut cabaran Kejuaraan Silat Jemputan Sukma Seramai 165 pesilat yang bakal beraksi pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Melaka Jun ini, akan mempamerkan ketangkasan di Kejuaraan Silat Jemputan Sukma 2010 di Kuantan selama tiga hari bermula Jumaat ini. Kejuaraan anjuran Persatuan Silat Pahang (Pesaka Pahang) dengan kerjasama Kerajaan Pahang dan Majlis Sukan Pahang (MSP) itu membabitkan penyertaan 11 pasukan negeri dari seluruh negara kecuali Johor, Sarawak dan Melaka. Setiausaha Pesaka Pahang, Osman Nok berkata, kejuaraan itu dianjurkan bagi menilai tahap persediaan pesilat Pahang mengharungi cabaran besar di Melaka nanti. Osman berkata, sejumlah 60 pingat ditawarkan, masing-masing 15 emas dan perak manakala 30 gangsa membabitkan 15 kategori dipertandingkan. ******* Agak-agaknye sebab ape aku postk

Larian Tasik

Image
Assalamualaikum. (..post kali ni adalah atas permintaan seorang hamba Allah..sape yang makan cili die terasa pedas..Haha..) Seperti biase telah menjadi satu rutin mingguanku iaitu menghadiri latihan pusat pada hujung minggu. Untuk kali ini, aku tak nak berceloteh panjang just nak khabaq yang latihan berjalan dengan lancar. Untuk latihan fitness bagi sesi pagi hari sabtu, kontinjen Sukma Negeri Selangor telah menghantar tiga pasukan bagi menyertai larian tasik (4x1.8km) yang diadakan di Tasik Seksyen 7 Shah Alam. Antara peserta-peserta yang terpilih ialah : Nama Kumpulan : Kuda Ringan Ahli : Wafiy, Umirah, Redzuan, Zubir Nama Kumpulan : Kuda Kepang Ahli : Hanif, Nazrul, Fawwaz, Yusuf Nama Kumpulan : Kuda Girang Ahli : Hidayah, Hafizah, Azimah, ..semua peserta bersiap sedia.. ..sempat bergambar sebelum mula larian.. ..bergambar selepas berjaya memenangi tempat pertama dan kedua..baru habis cooling down.. Alhamdulillah, dengan berkat latihan yang konsisten pasukan Kuda Ringan telah dinoba