Larian Tasik

Assalamualaikum.
(..post kali ni adalah atas permintaan seorang hamba Allah..sape yang makan cili die terasa pedas..Haha..)

Seperti biase telah menjadi satu rutin mingguanku iaitu menghadiri latihan pusat pada hujung minggu. Untuk kali ini, aku tak nak berceloteh panjang just nak khabaq yang latihan berjalan dengan lancar.

Untuk latihan fitness bagi sesi pagi hari sabtu, kontinjen Sukma Negeri Selangor telah menghantar tiga pasukan bagi menyertai larian tasik (4x1.8km) yang diadakan di Tasik Seksyen 7 Shah Alam. Antara peserta-peserta yang terpilih ialah :

Nama Kumpulan : Kuda Ringan
Ahli : Wafiy, Umirah, Redzuan, Zubir

Nama Kumpulan : Kuda Kepang
Ahli : Hanif, Nazrul, Fawwaz, Yusuf

Nama Kumpulan : Kuda Girang
Ahli : Hidayah, Hafizah, Azimah,

..semua peserta bersiap sedia..

..sempat bergambar sebelum mula larian..

..bergambar selepas berjaya memenangi tempat pertama dan kedua..baru habis cooling down..

Alhamdulillah, dengan berkat latihan yang konsisten pasukan Kuda Ringan telah dinobatkan sebagai Juara manakala pasukan Kuda Kepang telah dinobatkan sebagai Naib Juara setelah berjaya mengalahkan pasukan-pasukan lain yang terdiri daripada PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH. Haha. Hadiah yang diterima adalah RM500 untuk Juara dan RM300 untuk Naib Juara.

Selepas selesai sesi fitness di pagi hari, kitorang sarapan dan untuk latihan seterusnya dibawa oleh Cikgu Sani. Cikgu Sani telah memberi penerangan tentang undang-undang dan pemarkahan bagi kategori Silat Olahraga. Kami-kami yang silat seni ni buat dengar jer tambah ilmu di dada. Hehe.

..seorang yang kaya dengan 'cerite rakyat'nya..

..pesilat tengah khusyuk mendengar penerangan dari Cikgu Sani..

Untuk latihan sebelah petangnye pula, seperti biase kategori Silat Seni dibawa oleh Cikgu Habizan manakala Silat Olahraga dibawa oleh Cikgu Sani sendiri. Yang lainnye latihan kali ni, kami (Pesilat Seni) dibawa berlatih di dalam gym. Fuh~ sakit giler badan ngan otot tangan bila habis training petang tu. Huhu.

Pada malamnya pula diadakan friendly match silat olahraga antara pesilat-pesilat kontinjen Selangor dan pesilat-pesilat veteren yang pernah mewakili negeri sebelum ini. Manakala Silat Seni pulak berlatih kepantasan kaki dan sikit teknik jurus pada malam tu. Alhamdulillah, takde kecederaan serius yang berlaku sepanjang latihan dijalankan.

Seperti yang aku katekan tadi, aku taknak berceloteh panjang. So, setakat ni jer laporan kali ni. Sekian.

p/s: bapak 'pancit' aku lari 1.8km. first time kot. Hehe. kepada kontinjen Pencak Silat Selangor, teruskan usaha anda untuk menyumbangkan pingat EMAS dalam SUKMA 2010 di Melaka pertengahan bulan Jun ini. Kalau bukan kite yang nak menaikkan nama Selangor, siape lagi? Apasal tetibe semangat pulak aku ni. Haha.

Comments