Hard Training & Swimming

Assalamualaikum.
(..hard training followed by enjoying moment..hehe..betol ker ayat aku tuh?..)

Hujung minggu yang agak meletihkan. Macam biase tiap kali aku nak tulis mesti pasal silat. Aku pun tak tau nape. Mungkin sebab sekarang ni kepale otak aku dah full time pikir pasal silat kot. Maklumlah nak fokus untuk Sukma.

As usual tiap kali hujung minggu pergi training silat kat Shah Alam. Tapi untuk minggu ni punyer training agak tough sikit. Walaupun hakikat nyer training minggu ni hari sabtu jer, tapi disebabkan seharian berlatih menyebabkan mase untuk recover balek tenaga dah kurang.

*******

Training Hari Sabtu (24/4) tu dibahagikan kepada 4 sesi.

Sesi Pertama (0700)
Jogging kat Taman Tasik kat Seksyen 6, Shah Alam.
Disusuli dengan sprint naek 20 anak tangga sebanyak 30 kali (3 set)

Sesi Kedua (1000)
Berlatih ikut kategori Silat Seni masing-masing. Macam aku kategori Jurus Wajib.
Standard kene buat latihan kicking 90 kali untuk kaki kanan dan kiri (30x sepak lurus, 30x sepak juring, 30x sepak layang). Pastu kitorang buat latihan taknik iaitu teknik guntingan.

Sesi Ketiga (1600)
Lepas buat latihan kicking macam biase terus buat latihan teknik untuk lompatan.

Sesi Keempat (2100)
Latihan malam yang agak ringan sikit iaitu buat latihan kicking macam biase cuma kali ni diikatkan getah tayar kat kaki. Buat 90 kali untuk kaki kanan dan kiri jugak. Pastu sempat habiskan latihan untuk jurus ke lima. Banyak jugak gerakan/buah yang diubah. Finally, tengok tayangan video pesilat Indonesia main Jurus Wajib mase Sukan Sea tahun bile ntah. Lupe lak. Hehe.

Fuh~ penat giler seharian training. First time dipulun habis-habisan. Namun itulah hakikat sebenar cara training level Sukma. Huhu.

*******

Tapi yang best nyer keesokan pagi hari, kitorang semua (pesilat selangor) pergi swimming kat Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE), Shah Alam. First time aku pergi swimming kat kolam renang sedalam lebih kurang 12 kaki rase nyer. Dalam tue~ . Maklumlah, tempat pertandingan renang selalu diadakan.

..Seronok swimming..

..Team Jurus Wajib Selangor..:D..

..tengah 'stuck'..haha..penat berenang..

..e-boy..anep..fawwaz..

..aku ngan due orang sahabatku..:)

Aku yang tak tahu berenang pada mula nyer, akhirnye dah pandai sikit-sikit. Terima kasih diucapkan kepada saudara E-Boy dan Fitrin kerana mengajar aku berenang. Haha.

..Yeay!! berjaya belajar berenang anjing..

..ade rupe atlit renang tak akuh??..haha..Perasan giler..

..bergambar sebelum pulang..

Kitorang habes swimming dalam lebih kurang pukul 1200 tengahari. Fuh~ pancit giler. Dah lah sengal-sengal rase anggota badan aku sebab tak strecthing sebelum swimming. Huhu.

Kitorang lunch kat gerai makan luar kawasan Pusat Akuatik tu dan terus bertolak pulang.
Setakat ni jer dulu untuk kali ni.

p/s: Seronok jugak swimming. Maklumlah dah lame tak berendam dalam air. Harap-harap dapat pergi lagi lepas ni. Haha. Maleh nak berceloteh. Wa cau dulu. Assalamualaikum.

Comments