Update Akhirnye

Assalamualaikum.
(..Adoyai~ lame pulak rase tak update..banyak bende rase nak cakap tapi ketandusan idea pabila saat ingin menulis..)

Akhirnye sempat jugak aku meluangkan sikit mase untuk mencoret sesuatu mengenai perkara-perkara yang aku tempuhi sejak due menjak ni.

Yang pertama.

Hmm..
Macam mane nak mule yer.
Ok, cam ni lah.


Korang rase sekali pandang muke kat atas ni, rasenye boleh agak tak umur die berape?

Haha. Mesti pelikkan. Takde kejadah tayang muke sendiri. Hakhak.

Sebenarnye, beberape hari yang lepas telah terjadi satu tragedi yang mane rakan sekerja aku semua tak percaye umur aku 20 tahun. Boleh pulak dorang kate muke macam ni umur dalam 24-26 tahun. Aduss. Tue sangat ke aku nih. Aku dah kate umur aku 20 tahun tapi still dorang tak percaye. Pastu dorang siap mintak kad pengenalan aku lak tu, aku pulak tak nak bagi, lagi lah buat dorang tak percaye. Haha.


Punyelah terdesaknye dorang nak tau umur aku sampai tahap dorang tulis kat atas whiteboard (List of the Pending Work Order). Haha. Lawak betol.


Yang kedua.

..Cornelius Yuzimo..18 tahun..

Pada hari rabu yang lepas bersamaan 31 Mac 2010, seorang rakan sekerja aku yang bernama Cornelius Yuzimo telah pun menamatkan perkhidmatannya sebagai Maintenance Technician dalam syarikat kami dan telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman beliau di Sibu, Sarawak. So, nak dipendekkan cerite, hari tu kitorang beramai yang dianggotai oleh saudara Fairuz, Aminuddin, Henry dan aku sendiri telah bersama-sama bertolak ke LCCT untuk melihat pemergiannya dari bumi semenanjung ini.

Bergambar pada hari terakhir beliau bekerja dibawah naungan Empayar KTE Resources.

Perjalanan kami bertolak menuju LCCT dalam keadaan tergesa-gesa.

..Juadah McD yang dibelanja oleh Yus (Cornelius)..

..Alhamdulillah..Order 4 set large Big Mac..yum3..Thx for the food..

Untuk pengetahuan, saudara Yus merancang untuk membuka satu bengkel kereta khusus dalam teknologi fiber di Sarawak setelah berjaya mendapat pinjaman dari Giat Mara kelak. Marilah same-same kite doakan kejayaan beliau disana.

Yang ketiga.

Aku dan beberapa sahabat yang lain ade berdepan dengan seorang hamba Allah ni yang pernah bergelar sahabat pada kami tapi kini hanya sebagai rakan oleh kerana sikapnye yang hidup penuh dengan penipuan. Aku malas nak cakap pasal sahabat aku tu. Tapi cume aku nak tekankan kat sini, aku pelik tengok orang yang suke sangat menipu. Ape yang dorang dapat bile menipu. Mungkin pada zahirnya mereka akan dapat ape yang mereka inginkan tapi hakikatnya adekah perkara/benda tersebut layak untuk mereka terima dan jelas sekali perkara tersebut takkan kekal lama. Pernah tak korang dengar sebab mulut badan binasa ? Renung-renungkan wahai sahabat sahabiah sekalian. Tak usahlah menipu dalam ape jua perkara yang kite hadapi bak kata pepatah arab "kulil haq walau kana murra" yang bermaksud berkata benarlah walaupun ia pahit.

p/s :Cukup sekadar ni untuk post kali ni. Mungkin lepas-lepas ni aku dah mule jarang postkan ape-ape disebabkan diri ini terasa amat sibuk. Aku mohon beribu kemaafan kepada sesiapa yang sentiasa menunggu post terbaru dari aku. Haha. Macam lah ramai sangat orang bace blog aku nih. :D That's all for now. Wa ilal liqa'. Assalamualaikum.

Comments