Kem Misi Juara Sukma Selangor 2010
Assalamualaikum.
(..SUKMA MELAKA 2010..nantikan kehadiran kami disana!!!..)
Alhamdulillah, terasa lama aku tak meng'update' blog kesayangan aku ni. Hari-hari yang penuh dengan kesibukan bekerja, dan komitmen yang terlalu banyak. Namun aku masih setia dengan hobi aku yakni berblogging. Haha.
Pada hari Ahad (18/4) dan Isnin (19/4) yang lepas, kontinjen Sukma Negeri Selangor telah mengadakan satu kem yang dinamakan 'Kem Misi Juara 2010' di Genting View Resort. Semua sukan terlibat dalam kem tersebut dan ia dijalankan berperingkat atau berfasa iaitu sebanyak 4 fasa/sesi. Untuk sesi yang aku sertai melibatkan lima sukan iaitu Pencak Silat, Karate Do, Kanu, Silambam dan Lawan Pedang.
Yang aku nak cerite just melibatkan kontinjen Pencak Silat Selangor jer yang aku terlibat iaitu mase sesi ke-3. Maybe aku akan cerite mengikut mase untuk mudah dipahami. Huhu.
Hari Pertama :-
10.30am : Berkumpul kat Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE).
11.45am : Bertolak ke Genting View Resort dengan menaiki 'Bas Persiaran'.
*Bapak slow giler bas gerak mase nak naek genting. Kirenye kalau orang jogging sebelah bas mase tu abeh ditinggalkan bas kat belakang. Hehe. Pastu dah lah dengan jalannye yang sempit, naseb baek driver profesional. Haha. Maklumlah, first tyme naek bas pergi genting.
1.00pm : Alhamdulillah, selamat tiba di Genting View Resort. Terus keluarkan barang dari bas dan lunch. Pastu ade pemberian baju t-shirt kem. Hoho. Baju baru!! Haha. Malangnye baju aku kecik pulak. Kalau badan tough takpe jugak. Adoyai~. Then, semua gerak ke bilik masing-masing (check in) dan solat Zohor.
..baru tiba di Genting View Resort..
..pemberian baju t-shirt kem..
..bilik tempat kami menginap..Dedali!!..
2.30pm : Kumpul kat dalam 'Ball Room' untuk sesi taklimat oleh Kem Komanden dan seterusnya Aktiviti Kumpulan 1 bermula.
*Untuk aktiviti ni, mule-mule dorang nak uji persediaan mental kitorang iaitu dengan memegang seutas benang/tali diikatkan nat dihujungnye, pastu kene cube gerakkan nat tersebut dengan menggunakan minda kite (tanpa guna tangan dan lain2). Huhu.
*Seterusnya, seorang diminta untuk memegang secawan kertas, then semua ahli yang lain diminta melontarkan guli kedalam cawan kertas tersebut sambil disambut oleh orang yang memegang cawan kertas tu.
*Last sekali, setiap kumpulan dimintak untuk mendirikan satu binaan yang telah ditetapkan dengan menggunakan 15 keping kad terup.
*Ade jugak diselitkan video-video yang menarik disetiap aktiviti yang dijalankan.
5.00pm : Sedikit minum petang dan solat Asar. Disebabkan dalam kepale otak aku, keutamaan diberikan kepada solat Asar, by the time aku habes solat nak pergi minum petang jer, semua kuih-muih dah habes. Hampeh betol. Huhu. Takpelah. Apekan daye.
5.30pm : Kumpul di kawasan parking Genting View Resort untuk Aktiviti Kumpulan 2.
..bergambar sebelum aktiviti berjalan..
*Mengadakan perlawanan bola tanpa menggerakkan anggota badan. Haa. Camne tuh? Sape leh teka. Haha. Game ni lebih kepada fokus dan peka dengan arahan/pergerakan orang yang diri kat depan. Huh~ Camne aku nak terangkan nih? Lu Pikir La Sendiri!! Haha. Team lelaki (Selangor) lawan Team Perempuan (One M). Alhamdulillah dengan semangat jiwang yang tinggi (..maap, bukan jiwang tapi juang..Hehe..), Team Lelaki menang dengan mata 4-2 rase nyer. Aku pun dah tak ingat. Haha.
*Next, setiap kumpulan dimintak untuk mengikatkan belon di kaki masing-masing, setiap kumpulan diikatkan beramai-ramai seperti ikat lidi (napelah nak bagi contoh lidi gak yer. Huhu). Then, pertarungan antara kumpulan bermula dengan bermatlamatkan belon di kumpulan lawan mesti dipecahkan.
*Setiap kumpulan dimintak untuk membentuk seperti ape yang disuruh oleh 'Person In Charge' (Aduhai. Lupe pulak name die. Huhu). Antara bentuk yang kitorang kene buat dengan menggunakan tubuh badan setiap ahli kumpulan ialah Ketam, Kereta Kebal dan Gitar.
..ade nampak bentuk gitar tak?? Haha..
*Next, setiap kumpulan dimintak untuk menggunakan semua barang-barang yang ade kat diri masing-masing untuk membentuk satu rangkaian yang panjang.
*Selepas aktiviti kumpulan tamat, semua atlit dah beredar ke bilik masing-masing. Tapi atlit Pencak Silat semua berkumpul untuk mendengar amanat dari Pengurus Pasukan iaitu Cikgu Sulleh Udin. (..Pada Kadarnye~..)
7.00pm : Pulang ke bilik bersiapkan diri untuk Jamuan Makan Malam. Malangnye, disebabkan masa mencemburui kitorang, aku dan beberape orang yang lain tak sempat nak mandi. Huhu. Letak minyak rambut kat kepale pun jadilah. Haha. Pastu kitorang terus bergegas ke surau untuk solat Maghrib.
7.30pm : Tiba di Dewan Makan Genting View Resort dan kelihatan masih ramai atlit sukan lain takde. Sementara menunggu semua datang dan VIP tiba, kitorang pun buatlah sesi tangkap gambar. Haha. Pastu bile VIP tiba, E-Boy selaku Penghulu melaungkan 'Tepuk Keramat!!' lalu disambut beramai-ramai dengan tepukan yang padu. Disusuli dengan nyanyian Lagu Selangor Cemerlang. VIP iaitu Timbalan Pengerusi MSN Selangor merangkap Ketua Kontinjen Selangor ke Sukma Melaka 2010 memberikan ucapan beliau. Tapi name die pun aku lupe. Aduss. Apelah nak jadik ngan aku ni. Semua name orang aku leh lupe. Huhu. Lepas ucapan, jamuan makan bermula. Selesai jer jamuan makan, sementara menunggu slot seterusnya, ade yang sempat tunaikan solat isyak.
..Jamuan Makan Malam..meja satu..
..Jamuan Makan Malam..meja dua..
9.00pm : Sesi MISI JUARA dijalankan. Sesi malam ni lebih kepada Mental Training. Ade jugak diselitkan penerangan mengenai kaedah pernafasan yang betul. Dan dipengakhiran slot ade diadakan sesi Mantel Relaxation. Yang aku nak tergelaknye mase ni ade jugak orang yang tertidur. Siap berdengkur pun ade. Sapelah agaknye yer? Haha.
..sempat bergambar sementara menunggu sesi MISI JUARA bermula..
11.00pm : Sesi MISI JUARA tamat. Dan semua atlit Pencak Silat terus bergerak ke bilik Pengurus Pasukan untuk berhadapn dengan Cikgu Sulleh lagi sekali. Tapi kali ni adelah untuk pemberian baju silat lengkap baru yang dituliskan dibahagian belakangnye Pesaka Negeri Selangor. Huhu. Selesai jer perjumpaan 'ringkas' tu, kitorang semua balik bilik dan terus tidur.
..Abg Zul dan Cikgu Sulleh..
..pemberian baju silat lengkap baru dari pesaka negeri selangor..
Hari Kedua :-
6.30am : Bangun pagi terus mandi dan solat subuh.
7.00am : Berkumpul kat padang depan Genting View Resort. Untuk pagi ni just buat latihan sikit untuk Persembahan Sorakan untuk majlis penutup. Pastu ade sesi pengenalan antara setiap kumpulan (sukan) dimana masing-masing menerangkan ape sukan mereka dan cara permainan serta pemarkahan dalam sukan mereka. Ade jugak yang buat demo antare nye Silat dan Silambam. Pastu kitorang semua kene gerak bilik masing-masing untuk kemas semua barang longgokkan semua kat lobby dan check out.
830am : Sarapan kat Dewan Makan dan seterusnya berkumpul di 'Ball Room' untuk sesi terakhir iaitu Ceramah Motivasi MISI JUARA yang bertajuk "Selangor Mampu Merampas Kembali Kejuaraaan Sukma 2010"
..gila bergambar..haha..
..bergambar lagi!!..
11.30am : Pertandingan Persembahan Sorakan untuk setiap kumpulan (sukan) dan telah dimenangi oleh sukan Pencak Silat. Hooray!! Disusuli dengan Majlis Penutup. Selesai majlis terus bertolak pulang. Huhu. Hari yang agak memenatkan.
..bergambar selepas dinobatkan sebagai johan persembahan sorak..haha..
..aktiviti terakhir..
..bergambar kali terakhir didalam 'Ball Room'..
..bergambar sebelum bertolak pulang..
..bukti kepenatan yang kami alami..hehe..
..tak caye?..ni bukti kedue..haha..
300pm : Alhamdulillah, selamat tiba di Pusat Akuatik Darul Ehsan. Solat Zohor dan sedikit santapan. Bergerak pulang ke rumah dengan kepenatan dan keseronokan.
p/s: Huh! panjangnyer post kali ni. Tapi ape pun post kali ni untuk simpanan aku sendiri. Anyway, trip yang agak best. Pengalaman dan kenangan yang agak menarik. Harap ukhuwah yang lebih erat dapat terbina dengan kukuh. Go Selangor!! Buktikan anda mampu menjadi JUARA untuk tahun ini. Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment