Tak Tenteram :(

Assalamualaikum.
(..kali ni biar aku luahkan ape yang aku dah lame pendamkan selama ni..tapi ni baru sikit..)

Aarrggghh!!!.nape sejak due menjak ni aku terasa tension sangat, resah gelisah dan macam-macam lagi.

Member-member pun ade yang perasan.
Family jangan nak dikata. Tiap kali balek rumah jer tengok muke aku penat. Tak sempat nak rehatkan diri terus keluar balek pergi latihan la, jumpe kawan la.
Aduhh~

Biar aku khabaq sikit kat korang pasal keadaan aku sekarang ni.

Kepada sahabat-sahabatku kat luar sana.

Yang selalu ajak aku lepak malam-malam tapi aku kate aku sibuk.
Yang selalu tanya kabar aku. Thx.
Yang selalu chat ngan aku menerusi fb tapi aku tak layan.
dan yang lain-lain.

Sebenarnye, memang aku agak sibuk sekarang ni. Dari hari Isnin sampai Jumaat aku kerja ikut office hour balek dalam pukul 6.00 ptg dalam keadaan penat.

Pastu malam nyer pulak, dari hari Isnin sampai Rabu aku ade training silat kat Gombak dan Uia Pj. Tiap hari Jumaat petang sampai Ahad petang aku ade kat Shah Alam training silat jugak. Memang jujur aku kate, aku langsung takde mase nak berehat.

Satu-satunye hari aku nak merehatkan diri aku ialah malam Jumaat. Itupun kalau takde pape hal malam tu. Huhu.

Kepale aku pulak sekarang ni dah berat dengan macam-macam masalah dan tekanan. Kalau ikut hati aku nak pergi bercuti jer release tension. Huhu.

Pastu, bile pikir-pikir balek tanggungjawab aku kat Selangor untuk Sukma 2010 ni, lagi buat aku tension. Dengan tak cukup training nyer. Dengan takde mood nak training nyer. Dengan masalah dalaman aku sendiri. Aduss. Camne nie?

Kalau ikut hati aku jer memang aku nak berhenti kerja, tapi pikir sekarang ni perlukan duit jer. Kalau takde duit lagi susah. Adoyai. Terasa berat diri aku nak tanggung semua nie. Itulah cabaran dan halangan yang aku terima sekarang ni.

"Ya Allah!! kau berikanlah kekuatan kepada hambamu ini. Sesungguhnya Engkau saje yang mampu menenangkan hatiku sekarang ini. Amin~"

p/s: Sahabat-sahabat sekalian.
Aku perlukan kata-kata semangat dari korang semua!!
Huhu. :(

Comments

  1. "untuk Tuhanmu,bersabarlah.." -ayat 7,surah Mudattsir

    ko boleh wat nye mase sukma nanti!Insya Allah..
    Ape2 pun,set mind ko..ko nak menang utk diri ko!

    FIGHTING!

    ReplyDelete
  2. "untuk Tuhanmu,bersabarlah.." -ayat 7,surah Mudattsir

    ko boleh wat nye mase sukma nanti!Insya Allah..
    Ape2 pun,set mind ko..ko nak menang utk diri ko!

    FIGHTING!

    ReplyDelete

Post a Comment