Saturday, 10 April 2010

Ke'TENSION'an Melanda

Assalamualaikum.
(..Arrggghh!!.Tension nyer...)

Seperti yang aku dah postkan sebelum nie, minggu ni aku takde latihan pusat kat Shah Alam seperti minggu sebelum ni. Tapi punyelah nak rancangnye buat latihan sendiri, macam-macam halangan aku hadapi.

...watak di dalam gambar takde kene mengena ngan sesape. Cume menggambarkan perasaan TENSION yang aku hadapi sekarang. Huh~..

Macam pagi tadi, kalau ikutkan sepatutnye kitorang bertiga nak pergi jogging kat Taman Layang-Layang, Kepong tapi end up bangun pagi-pagi jer dah hujan lebat giler. Dah la nak pergi sane naik moto. Adoyai. :(

Pastu bile tengahari pulak sepatutnye nak buat latihan kat padang depan rumah Cikgu Halim (Gurulatih Silat Sg Pusu). Rancangnye latihan nak mulakan lepas zohor tapi last minit dapat call dari salah sorang dari group kitorang, Usop Sonto die khabaq yang die tak dapat nak datang latihan petang tu pasal ade urgent kene pergi Sentul sebab ade orang meninggal.

Lagi sorang pulak, anep masalah die takde helmet. Maklumlah, sekarang ni kenderaan nak pergi memane naik moto jer. Jimat minyak lah katekan. Huhu. Yang ade helmet lebih si Usop Sonto jer yang ade. Disebabkan die tak datang latihan petang tu, terpakselah cancelkan terus latihan petang tu. Adusss.. Tension gilerz. x(

Inilah akibatnye kalau buat latihan sendiri. Kalau sebelum-sebelum ni buat latihan kat Shah Alam takde masalah sebab kat sane takde orang nak ganggu pastu dengan semua peralatan latihan dan tempat yang cukup kondusif untuk buat latihan. Huhu.

Ni belum lagi tengok perancangan untuk hari esok pulak. Harap-harap takde ape yang menghalang kitorang nak buat latihan. Sukma dah dekat, lagi 60 hari jer lagi dari sekarang. Cuak nyer!!

p/s: Malam ni pulak rancang nak buat latihan kat Gelanggang Silat Gombak Setia. Hopefully Cikgu Wan (Gurulatih Gelanggang) benarkan kitorang buat kat sane. Huhu. Just nak luahkan ke'tension'an aku sekarang ni. Takde kene mengene ngan sesape. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...