Kejuaraan Silat Jemputan Sukma
Assalamualaikum.
(..Yeay!! Latihan takde minggu ni...Haha..)
Berikut adalah berita yang dipetik dari Akhbar Berita Harian pada hari Rabu yang lepas bersamaan 7 April 2010.
*******
Seramai 165 pesilat yang bakal beraksi pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Melaka Jun ini, akan mempamerkan ketangkasan di Kejuaraan Silat Jemputan Sukma 2010 di Kuantan selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Kejuaraan anjuran Persatuan Silat Pahang (Pesaka Pahang) dengan kerjasama Kerajaan Pahang dan Majlis Sukan Pahang (MSP) itu membabitkan penyertaan 11 pasukan negeri dari seluruh negara kecuali Johor, Sarawak dan Melaka.
Setiausaha Pesaka Pahang, Osman Nok berkata, kejuaraan itu dianjurkan bagi menilai tahap persediaan pesilat Pahang mengharungi cabaran besar di Melaka nanti.
Osman berkata, sejumlah 60 pingat ditawarkan, masing-masing 15 emas dan perak manakala 30 gangsa membabitkan 15 kategori dipertandingkan.
*******
Agak-agaknye sebab ape aku postkan berita kat atas ni? Padahal aku tak terlibat langsung dengan Kejuaraan Silat Jemputan Sukma 2010 kat Kuantan tu.
Kalau korang nak tahu, disebabkan adenya pertandingan inilah Latihan Pusat Sukma Kontinjen Selangor dibatalkan untuk minggu ni. Huhu. Untuk makluman, Kejuaraan Silat Jemputan Sukma tu hanya tertumpu pada Kategori Silat Olahraga saja.
Semua pesilat olahraga kontinjen Selangor terlibat dalam kejuaraan tersebut. So, kami yang silat seni ni terpaksa membatalkan niat kami untuk turun ke Latihan Pusat tersebut tambah pulak ade diantare kami (Pesilat Seni) yang sibuk dengan exam hujung minggu ni. Huhu.
Berikut adalah message yang disampaikan oleh Ketua Jurulatih Silat Seni Kontinjen Selangor, Cikgu Habizan.
"Slm ank2 murid2ku, memandangkn smua xdpt hdir dsbbkn exam..jd minggu ni brlth sndri d tmpt masing2 kt akn brjmpa mggu dpn d kem slgor..tlg mklumkn pd kwn2 lain, tq." (bulat-bulat dipetik dari message handset aku..haha)
Disebabkan hati ini rase bertanggungjawab untuk memenuhi amanah yang diberikan oleh Cikgu Habizan (..minggu ni brlth sndri d tmpt masing2..), aku pun terus merancang latihan sendiri yang akan dibuat sepanjang hujung minggu ni, insyallah. Setakat ni dulu coretan kali ini. Cume sekadar perkongsian maklumat. Wallahu'alam.
p/s: Huh~ nak buat ke tak. Terase malas ade jugaklah. Tapi aku kene ingat kalau bukan diri kite yang pilih untuk berjaya, sape lagi. Aku kene usaha lebih untuk berjaya. Huhu. Bapak mangek aku. Haha. Dikesempatan ni aku nak mengucapkan gudluck kepada semua pesilat olahraga kontinjen Selangor. Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment