Posts

Showing posts from June, 2014

Check Out! Goodbye IIUM!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, 20hb yang lalu keluar secara rasminya keputusan pengajian semester lepas. Syukur Ya Allah! Walau misi di hati tak tercapai namun aku berjaya memaintainkan CGPAku di takuk yang sama. Alhamdulillah. Aku berjaya graduate dengan CGPA 3.2 dan kalau ikut perkiraan gred UIA ia diiktiraf sebagai second class upper. Secara keseluruhan gred semester lepas agak memuaskan. Kedua subjek elektifku berjaya menyelamatkan pointerku dari terus merudum. Tak menyesal aku ambil dua subjek tu. Seriusly. Aku ambil kedua subjek tu bukan kerana subjek tersebut mudah malah susah ade la. Cuma niat ambil semata-mata untuk pendedahan terhadap bidang yang menjadi demand sekarang untuk sektor automotif. TAHNIAH kepada semua yang berjaya mencapai target masing-masing. Dah teruskan usaha untuk yang masih gagal mencapainya. Mungkin Allah ade merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa mendatang. Kalau bukan untuk akademik, mungkin untuk yang lain. Percayalah pada hikmah. Allah Maha Adil

Sejarah tercipta di SUKMA Perlis 2014!

Image
Assalamualaikum. Special post dedicated to them. Tahniah dan syabas! adik-adikku. Fikri, Afiqul, Amir dan Amirul. EMAS pertama Selangor untuk kategori silat seni REGU PUTRA dalam sejarah SUKMA. Mungkin orang tertanya kenapa mereka saja aku ambil berat dan fokus. Jawapannya sebab aku tahu apa yang mereka telah lalui sejak dari mereka 'zero'. Yang menulis ini lah yang membentuk mereka. Halangan demi halangan mereka tempuhi. Dikata buruk oleh orang lain. Disalah tafsir oleh golongan ketiga. Dipandang negatif oleh sesetengah pihak. Diabaikan ketika latihan. Dan banyak lagi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita berjaya buktikan kepada mereka yang berkenaan, kita mampu mendapat EMAS dalam SUKMA kali ni. Really proud of them! Just as a reminder, pastikan semakin tinggi kita berada, semakin tunduk kita. Jangan sesekali mendongak berpaling dari bumi. Kerana kejayaan tak bersifat kekal. Dan tiada apa yang bersifat kekal. Hanya Allah yang kekal abadi. Maaf tak dapat turut serta dalam pe

Undangan Walimah di Kuantan dan Selayang

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selesai menghantar report Final Year Project (FYP) petang tadi. Setelah berbulan-bulan memerah otak menyelesaikan projek yang sangat kurang sumber rujukannya. Ok. I'll take that as a challenge. Hari demi hari aku selalu terfikir, kekadang kesusahan yang kita lalui ini tak seperit mana pun sebenarnya nak dibandingkan dengan golongan-golongan yang lagi kurang bernasib baik kat luar sana. Ya. Sejak dua menjak ni memang otakku serabut, mindaku bercelaru, dan perkara-perkara negatif selalu berlegar-legar dalam kepala. Sangat tertekan dengan faktor memacam. Namun, hari demi hari aku cuba positifkan diri. Berdamping dengan sahabat-sahabat yang mana boleh membantu aku melupakan seketika keperitan yang ku lalui. Yang mana boleh membuatkan aku gembira dan seronok bersama mereka. Alhamdulillah. Walau ianya tak pulih sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya better than before. Hujung minggu yang lepas berpeluang untuk rehlah bersama sahabat-sahabat IIUM Silat Team d