Check Out! Goodbye IIUM!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 20hb yang lalu keluar secara rasminya keputusan pengajian semester lepas. Syukur Ya Allah! Walau misi di hati tak tercapai namun aku berjaya memaintainkan CGPAku di takuk yang sama. Alhamdulillah. Aku berjaya graduate dengan CGPA 3.2 dan kalau ikut perkiraan gred UIA ia diiktiraf sebagai second class upper.

Secara keseluruhan gred semester lepas agak memuaskan. Kedua subjek elektifku berjaya menyelamatkan pointerku dari terus merudum. Tak menyesal aku ambil dua subjek tu. Seriusly. Aku ambil kedua subjek tu bukan kerana subjek tersebut mudah malah susah ade la. Cuma niat ambil semata-mata untuk pendedahan terhadap bidang yang menjadi demand sekarang untuk sektor automotif.

TAHNIAH kepada semua yang berjaya mencapai target masing-masing. Dah teruskan usaha untuk yang masih gagal mencapainya. Mungkin Allah ade merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa mendatang. Kalau bukan untuk akademik, mungkin untuk yang lain. Percayalah pada hikmah. Allah Maha Adil.

Secara unofficially aku dah GRADUATE!!! from IIUM. Macam tak percaya berjaya menghabiskan 139 credit hour. Dulu pernah ade senior cakap bidang automotif ni salah satu bidang yang sangat tough dan confirm ade subjek yang 'wajib' fail. Tapi Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi dengan jayanya.


Dan tadi secara rasminya aku tidak lagi menginap di tanah UIA. Aku kemas semua barang, buang apa yang patut, simpan apa yang perlu dan sumbat kesemuanya ke dalam kereta. Hantar kunci bilik di mahallah office dan officially check out dari mahallah Salahuddin. Yaa Allahh. Sayu sangat hati ni. Lagi sayu bila saat aku melangkah keluar dari bilik, semua roomateku tiada dalam bilik. Tiada siapa yang boleh aku ungkapkan selamat tinggal. Tapi apakan daya, masing-masing dengan komitmen tersendiri. Diri ini sentiasa memahami. Apepun, till we meet again roomateku. Zaini. Rahman dan Umar. Bertahun-tahun kita bersama. Dari CFS sampai ke Gombak. Sangat banyak memori yang terlakar bersama kalian. Moga ianya bakal terpahat erat di dalam memoriku. Sentiasa. InsyaAllah.


Harap-harap pertemuan kita semasa majlis konvokesyen nanti adalah pertemuan antara engineer dengan engineer. Moga kita semua berjaya mencapai impian dan matlamat kerjaya dan hidup masing-masing. Andai masa boleh diundur, akan ku pilih untuk undurkannya. Sangat menyentap hati nuraniku di saat aku mengimbau kembali kenangan kita bersama. Terima kasih roomateku. Terima kasih sahabatku.

Terima kasih!

Comments