Monday, 9 June 2014

Undangan Walimah di Kuantan dan Selayang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai menghantar report Final Year Project (FYP) petang tadi. Setelah berbulan-bulan memerah otak menyelesaikan projek yang sangat kurang sumber rujukannya. Ok. I'll take that as a challenge. Hari demi hari aku selalu terfikir, kekadang kesusahan yang kita lalui ini tak seperit mana pun sebenarnya nak dibandingkan dengan golongan-golongan yang lagi kurang bernasib baik kat luar sana. Ya. Sejak dua menjak ni memang otakku serabut, mindaku bercelaru, dan perkara-perkara negatif selalu berlegar-legar dalam kepala. Sangat tertekan dengan faktor memacam. Namun, hari demi hari aku cuba positifkan diri. Berdamping dengan sahabat-sahabat yang mana boleh membantu aku melupakan seketika keperitan yang ku lalui. Yang mana boleh membuatkan aku gembira dan seronok bersama mereka. Alhamdulillah. Walau ianya tak pulih sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya better than before.

Hujung minggu yang lepas berpeluang untuk rehlah bersama sahabat-sahabat IIUM Silat Team di Teluk Cempedak, Kuantan. Hasrat sebenar pemergian kami ke sana untuk memenuhi undangan majlis walimah sahabat kami merangkap ex-kapten IIUM Silat Team, Hidayatullah bersama pasangannya Mahirah bertempat di Dewan Makmur Ar-Rahman, Komplek Perumahan Kastam Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Hari demi hari, sorang-sorang sahabat seperjuangan yang mendirikan 'masjid'. Lagi-lagi sekarang ni sudah tiba musim cuti sekolah. Berduyun-duyun undangan Majlis Resepsi dari sahabat-sahabat. Selalu bermain dalam minda, "bila pulak masaku bakal tiba untuk memberi undangan kat sahabat pulak?". Takpe. Mungkin segalanya telah dirancang baik oleh-NYA. Mungkin masih banyak yang perlu aku persiapkan lagi. Ilmu akhirat, ilmu dunia, kukuhkan struktur ekonomi hidupku, kerjaya dan macam-macam lagi. InsyaAllah.

Sekilas selingan semasa menghadiri Majlis Resepsi Hidayatullah dan Mahirah.






Majlis resepsi yang simple. Tanpa sanding. Dan itulah yang sebaiknya. Dulu susah benar nak penuhi undangan majlis kahwin orang, tapi sekarang ni semangat pulak pergi. Bila ditanya kenapa? Jawapanku simple; "Nak dapat idea warna tema untuk majlisku satu hari nanti. Hehe."

Dsebelah petangnya terus mencari port untuk aktiviti camp fire di sebelah malamnya. Mulanya hasrat tertumpu di Teluk Cempedak. Tapi keindahan pantai di Tanjung Tembeling berjaya memukau kami. Terus mengubah plan untuk mendirikan camp fire di sana. And I would said that Tanjung Tembeling was really awesome!

Gambar di sekitar pantai Tanjung Tembeling.






Hasrat pada mulanya ingin beransur pulang ke KL lewat petang tu. Tapi telah didesak oleh mereka hingga 'terpaksa' stay dan bertolak pulang selepas subuh pada esok harinya. As usual, masalahku dari dulu sampai sekarang, sangat sukar untuk membuat keputusan. Dan kekadang keputusan yang telah ku putuskan menghampakan aku. Dan sekarang aku lebih mendengar kata hati pertama yang terdetik semasa membuat keputusan. Alhamdulillah.  Kali ni aku tak menyesal dengan keputusanku. I really enjoy my time there even we just spend less than a day together. Kekadang otak dan minda kita perlukan rehat. Rehat dari di'desak' menghafal formula, memahami interpretasi bersifat akademik dan memikirkan masalah yang tak pernah selesai.

Bila tiba di KL, di sebelah tengaharinya pula memenuhi undangan walimah sahabat segayong, Abe Ihsan dan Kak Sarah di Selayang. Keduanya merupakan seniorku di sekolah menengah dulu. They have survived their relationship since their secondary school life. Massive respect from me!


And who will be next? Still waiting.. and waiting.. siapakah bakal membuat kejutan pulak lepas ni. InsyaAllah. Sama-sama doakan kebahagiaan kedua pasangan mempelai di Kuantan dan Selayang ni. Moga kekal hingga ke anak cucu. Barak Allahu Lakuma.

(menulis sambil menanti mood buat slide presentation FYP tiba. Tapi nampaknya kelibatnya masih tak kelihatan.. :P)

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...