Posts

Showing posts from February, 2010

Berlatih di Gelanggang Baru

Image
Assalamualaikum. (..pengalaman pertama aku mengajar orang tua bersilat..) Pada hari jumaat bersamaan 26hb Februari 2010 (hari ini), aku, Raja, Arif, Marzuq dan Abil telah diminta untuk menolong Cikgu Jasmi mengajar di gelanggang silat yang baru dibuka oleh beliau berhampiran Taman Mahkota Cheras. Latihan silat bermula kira-kira jam 930 mlm. Ahli-ahli silat yang baru berdaftar terdiri daripada golongan kanak-kanak sehingga golongan tua berumur dalam lingkungan 60 tahun. Boleh kata sambutan yang agak menggalakkan kerana bilangan ahli baru melebihi daripada jangkaan cikgu sendiri iaitu menjangkau 50-60 orang semuanye termasuk kanak-kanak. Latihan dimulakan dengan taklimat oleh Cikgu Jasmi mengenai tiga element penting dalam Gayong iaitu adat istiadat, pentadbiran dan pelajaran secara ringkas kepada semua ahli-ahli baru. Disusuli dengan penerangan mengenai kaedah pembukaan gelanggang dan senaman ringan. Disebabkan terlalu ramai ahli-ahli baru untuk di'handle', latihan dibahagikan

Salam Maulidur Rasul

Image
Assalamualaikum. (..Khutbah terakhir Rasulullah jadi panduan..) Bersempena dengan hari Maulidur Rasul ni, aku rase terpanggil untuk menulis satu post mengenai nabi kita kekasih Allah s.w.t iaitu Muhammad s.a.w. Mungkin post kali ni agak panjang tapi mempunyai banyak intipati serta message yang wajib untuk kita praktikkan bersama sebagai umat akhir zaman ini. Ia adalah pesanan Rasulullah s.a.w. ketika baginda menyampaikan khutbah terakhir baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah. Isi khutbah itu ialah: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan har

Hari Yang Memenatkan

Image
Assalamualaikum. (..Hari yang agak memenatkan~ balik jer rumah terus mengadap laptop..Haha..) Pada sebelah paginye, aku diminta untuk menghantar ayah ke KLIA bersama mak dan adik aku. Ayah terpakse 'fly' ke langkawi atas urusan bisnesnye. Disebabkan aku tak berape arif dengan jalan menuju ke KLIA, semasa bertolak ke sana ayah aku drive kereta sambil menunjuk jalan balik pada aku. Aku pulak, punyalah nak ingat nye jalan sampai salin semua landmark kat notes dalam handset aku. Haha. Just sebagai langkah berjaga-jaga dikhuatiri tersalah jalan mase balik nanti. Tapi end up bile bertolak pulang, aku tersilap jalan last-last dengan tenangnye aku mengikut gerak hati aku. Akhirnye sampai jugak kat rumah dengan selamatnye. Alhamdulilah. Tapi!! yang buat aku bengang nye laluan aku pulang tu terpakse melepasi 3 plaza tol dimana jumlah semua bayaran tol hampir cecah RM10. Hampeh betol. Yang aku peliknye, aku rase macam aku ikut satu highway jer, tapi sedar-sedar banyak pulak tol aku kene

Perjuangan di Uia PJ Selesai

Image
Assalamualaikum. (Dengan ini diisytiharkan bahawa tepat jam 5:31 pm hari selasa bersamaan 22 Feb 2010, aku dah MERDEKA!!) Alhamdulillah. At last, berakhir jugak paper final exam aku yang terakhir secara tak langsung detik aku bergelar student uia pj pun telah sampai kepenghujungnya. Macam-macam gelagat sahabat-sahabat, aku perhatikan apabila berjaya mengharungi suasana final exam yang cukup dengan tekanan dan perasaan cuak. AKu pulak dalam kegembiraan terselit jugak perasaan sedih apabila terpaksa meninggalkan kampus uia pj, terpakse meninggalkan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi peringatan, kegembiraan mahupun kehidupan sebenar buat diriku, terpakse meninggalkan satu biah atau suasana yang aku idam-idamkan selama ini iaitu hendak berada dalam suasana biah solehah yang jauh dari segala maksiat dan perkara-perkara yang melalaikan. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Yang bertemu pasti akan berpisah. ..Bye2 Uia Pj.. Di kesempatan ini aku nak memohon seribu satu (1001) kemaafan buat

Pemikiran Seorang 'Mata Duitan'

Assalamualaikum. Hari ni aku terasa macam nak tulis pasal sesuatu yang aku rase sentiase bermain dalam fikiran aku sejak due menjak ni..sedang-sedang aku belek komen dalam facebook, tibe-tibe aku tertarik dengan satu topik perbincangan yang dikeutarakan oleh salah seorang sahabat aku iaitu "Adekah Kita Ada Degree,Kita Boleh Kaya????Tolong sapa2 kumeng22....." ..Sebelum tu aku nak mintak maap sekiranya ade yang kurang setuju dengan pendapat yang aku akan sampaikan. Bagi aku satu topik yang agak best tetapi yang membuatkan aku rase kurang puas hati ialah sahabat aku ni menonjolkan sangat sikap 'mata duitan'nya dimana setiap perkara yang dibincangkan dan dipersoalkan dalam komen seringkali dikaitkan dengan duit. Sahabat aku ni seringkali menekankan kepentingan duit dalam kehidupan seharian sehinggakan nak mengamalkan empat daripade lima rukun islam dikaitkan dengan duit. Memang hakikatnya perlukan duit, habis tu kenape tak include mengucap kalimah syahadah sekali. Nak da

Ade Ape Dengan Game !!

Assalamualaikum. (Ade jugak orang macam kau kan..tak suke main game..) aku ni memang seorang yang tak suke main game. Kalau kat bilik aku kat kampus uia, aku memang dah terkenal dengan seorang yang benci game. Kalau tak percaye boleh tanye roomate aku, tu pun kalau korang kenal lar. Bile ada satu malam tu yang semua budak bilik aku main game, aku sorang jer la yang bosan tak buat ape-ape. Tapi naseb baik aku ade laptop sendiri boleh online bile-bile masa jer. Pastu ada jugaklah member-member aku yang concern sangat dengan aku sampai tanya: Kenape kau tak suke main game yer? Aku pelik betul tengok kau tak suke main game. Nazrul!! jom main pes...(lagi tak boleh bla..Haha) dan kekadang macam-macam pertanyaan aku terima pasal benda ni. aku pun pelik kenapelah dorang concern sangat dengan aku sampai tanya soalan-soalan macam tu. Tanyalah soalan-soalan yang masuk akal sikit macam : Kau sihat ker hari ni? Dah makan ke belum hari ni? Bile kau nak kahwin? Nak berape anak? Nak kahwin berape? (ov

Final Exam is Around the Corner !!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah..Sempat jugak aku meluangkan sikit masa untuk aku tulis pasal keadaan aku dalam menempuhi exam final yang bermula pada minggu depan. Argghh..Macam-macam persediaan aku tak buat lagi. Boleh kata majority semua subjek yang aku ambek, aku tak habis study lagi. Exam makin dekat bak kata mat salleh, "final exam is just around the corner". Corner mane pun aku tak tahu. Haha. Sem ni aku ambek 5 subjek yang bagi aku tak terlampau tough sangat (tapi still tough!!) berbanding subjek yang aku ambek masa sem 2 dulu. 2 daripada subjek tu subjek lab. So biasenye masalah nak hadapi subjek lab ni tak tahu macam mana format kertas soalan nanti. Yelah, sebab subjek lab ni takde mid sem exam. Majority student dorang tak tahu ape jenis soalan yang akan keluar nanti. Tapi bagi aku study semua jer. Kalau nasib baik ape yang kite study tu masuk exam. So, sekarang ni aku tengah hadapi revision week for final exam. Kalau dulu aku selalu buang masa mengadap laptop meman

Pilih Majoring

Assalamualaikum. Sedar tak sedar dah hampir dua tahun aku blaja kat cfs uia ni. Sekarang ni dah tiba masa untuk aku fikir pasal masa depan aku. Disebabkan kos engineering kat matrik uia ni sekadar foundation jer, semua student yang nak sambung blaja kat kulliyah engineering gombak diwajibkan untuk memilih bidang majoring dorang. Termasuklah aku ni yang dah bergelar second year merangkap last sem aku berada kat matrik uia ni. Argghh..pening kepala aku pikirkan apa majoring yang aku patut ambek kat uia gombak nanti. Macam-macam aku pikir dari segi kemampuan aku, minat aku, demanding course, peluang kerjaya masa depan dan banyak lagi. Sampai aku malas nak pikir dah. Mana taknya pihak uia gombak kata pilihan yang kita buat tak boleh nak ubah dah lepas ni. Aduss. Kirenye macam hidup mati jugak la. Kalau andaikata aku tersalah pilih kos yang aku tak minat atau aku tak mampu, nanya aku nanti. Pastu aku ada mintak pendapat member-member pasal benda ni, tapi still aku tak boleh nak buat keputus

Trip to Taiping '10

Image
Assalamualaikum. Sebenarnya hari ni insyallah aku akan bercerita mengenai trip aku ke Taiping konvoi bersama Cikgu Sani. Objektif utama hanya untuk menghadiri jemputan walimatul urus anak kepada arwah Cikgu Siti Kalsom, Pemgang Amanah PSSGM dan serantau yang diadakan di rumah arwah sendiri. Namun diselitkan juga dalam tentatif program lawatan ke makam Almarhum Dato' sekeluarga dan makam Daeng Kuning. Untuk rombongan Cikgu Halim memang dah bajet 10 orang jer untuk mengurangkan kos dan masalah pengangkutan. 10 orang tersebut ialah Cikgu Halim, Abg Iwan, Abg Amy, Abg Hanafi, Abg Mat, Abg Azmi, Abg Ihsan, Shahmi dan sepupunya dan aku sendiri. Kalau aku nak cerita satu persatu confirm panjang gila. So kat sini maybe aku akan cerita place by place yang aku pergi. Nampaklah tersusun sikit. Hehe. Rumah Cikgu Halim - Tempat semua berkumpul kecuali Abg Amy dengan Abg Mat. Mula-mula aku sampai pukul 11 malam dan mendapati masih ada beberapa orang yang belum sampai. Bila semua dah sampai, kit