Perjuangan di Uia PJ Selesai

Assalamualaikum.

(Dengan ini diisytiharkan bahawa tepat jam 5:31 pm hari selasa bersamaan 22 Feb 2010, aku dah MERDEKA!!)

Alhamdulillah.
At last, berakhir jugak paper final exam aku yang terakhir secara tak langsung detik aku bergelar student uia pj pun telah sampai kepenghujungnya. Macam-macam gelagat sahabat-sahabat, aku perhatikan apabila berjaya mengharungi suasana final exam yang cukup dengan tekanan dan perasaan cuak. AKu pulak dalam kegembiraan terselit jugak perasaan sedih apabila terpaksa meninggalkan kampus uia pj, terpakse meninggalkan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi peringatan, kegembiraan mahupun kehidupan sebenar buat diriku, terpakse meninggalkan satu biah atau suasana yang aku idam-idamkan selama ini iaitu hendak berada dalam suasana biah solehah yang jauh dari segala maksiat dan perkara-perkara yang melalaikan. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Yang bertemu pasti akan berpisah.

..Bye2 Uia Pj..

Di kesempatan ini aku nak memohon seribu satu (1001) kemaafan buat sahabat-sahabat yang mengenal diriku khususnya kepada :

Ahli bilik Mab 124 dan seAngkatan
-Sekiranya sepanjang aku berada bersama korang aku ade terbuat salah silap atau suka sakitkan hati korang semua. Segala memori kite bersama insyallah akan sentiasa terpahat di dalam hati aku sampai bila-bila. Bila terjumpe kat mana-mana jangan lupe bertegur sape.:)

..Ice Skating Time!!..

Anak-anak Gayong Uia PJ
-Sekiranya sepanjang aku memimpin korang, aku ade berat sebelah atau pilih kasih. Aku dah cube sedaya upaya untuk mengelak benda tu dari berlaku. Itulah risiko menjadi seorang pemimpin. Then, aku nk mintak maap jugak jika sepanjang aku melatih atau berlatih bersama korang aku ade bersikap kurang ajar atau poyo atau bangga atau menunjuk-nunjuk atau macam-macam lagi. Sesungguhnya takde manusia yang boleh lari dari buat silap. All the best for your future.:)

..Last Training..

Semua lecturer yang pernah mengajar aku
-Sekiranya sepanjang saya belajar dengan madam/bro/sir, ade tertidur masa tengah lecture atau terlewat hantar assignment atau datang kelas lewat atau tak datang kelas, harap dapat halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada saya. Thank you.:)

Semua Classmate dari Sem 1 (08/09) sampai sekarang
-Sekiranya sepanjang kite belajar bersama-sama aku ade buat korang tak puas hati/terasa atau tertiru mase tengah quiz (Hehehe..). Semoga kenangan kite bersama takkan dilupakan. Kepada yang nak sambung ke Kuantan, aku ucapkan best of luck kat sana. Kalau kawen jangan lupe ajak aku.:) Kepada yang sambung kat Gombak, harap-harap kite bersua kembali walaupun mungkin kite mengikut hala tuju yang berbeza. Terima kasih pada semua. Aku enjoy belajar dengan korang.:)

..Trip ke Bukit Cerakah..

Makcik/Pakcik Cafe
(Aika Cafe, E Cafe, Aloha, A Cafe, U Cafe)
-Sekiranya ade terhutang especially Aika Cafe yang terlalu baik hati kalau student tak cukup duet boleh berhutang. Insyallah, rasenye setakat ni dah settle kot semua hutang tu. Thanks for the foods and Drinks.:)

Imam/Siak Masjid
-Sekiranya kehadiran kereta satria merah di perkarangan masjid kolej islam malaya mengganggu pihak masjid dalam merangka apa-apa aktiviti. By the way, terima kasih sebab tak buat ape-ape dengan keretaku. Thanks kepada siak masjid yang baik hati meminjamkan jumper kat aku mase enjin kereta tak boleh start. Dan halalkan jugak minyak ATAR yang saya gunakan setiap kali solat fardu.:)

Aku sentiasa tertanya-tanya, adakah pemergian aku dari uia pj kali ni adalah kali terakhir? Adakah aku akan kembali ke tanah tempat aku menuntut ilmu dunia dan akhirat ini? Walau apapun, aku mesti teruskan perjuangan dalam merealisasikan impian dan cita-citaku. Lepas ni aku akan cuti dalam 3 bulan lebih. Then, Kampus Uia Gombak pulak akan menanti kehadiranku. Harap-harap, sejarah hidup aku akan terus terlakar dimana saja aku berada. Wallahu'alam.

..Nantikan kehadiranku!!..

p/s: aku letak gambar mane yang aku ade jer. Hehe.:P

Comments