Wednesday, 3 February 2010

Pilih Majoring

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun aku blaja kat cfs uia ni. Sekarang ni dah tiba masa untuk aku fikir pasal masa depan aku. Disebabkan kos engineering kat matrik uia ni sekadar foundation jer, semua student yang nak sambung blaja kat kulliyah engineering gombak diwajibkan untuk memilih bidang majoring dorang. Termasuklah aku ni yang dah bergelar second year merangkap last sem aku berada kat matrik uia ni.

Argghh..pening kepala aku pikirkan apa majoring yang aku patut ambek kat uia gombak nanti. Macam-macam aku pikir dari segi kemampuan aku, minat aku, demanding course, peluang kerjaya masa depan dan banyak lagi. Sampai aku malas nak pikir dah. Mana taknya pihak uia gombak kata pilihan yang kita buat tak boleh nak ubah dah lepas ni. Aduss. Kirenye macam hidup mati jugak la. Kalau andaikata aku tersalah pilih kos yang aku tak minat atau aku tak mampu, nanya aku nanti. Pastu aku ada mintak pendapat member-member pasal benda ni, tapi still aku tak boleh nak buat keputusan. Aku ni dahlah memang tak boleh buat keputusan on the spot. Dorang bagi masa 5 hari pun aku terasa macam kejap jer. Last-last aku pikir balek pro and kontranya. Dan berikut adalah pilhan yang aku dah buat mengikut ranking :

1) Mechanical-Autimotive
2) Electronic-Computer and Information
3) Mechatronic
4) Manufacturing
5) Communication
6) Aerospace
7) Material
8) Biotechnology

Walaupun hakikatnya kat uia gombak nanti still boleh tukar kos lagi, tapi dorang kata prosedur die leceh gila dan ambek masa. So, harap-harap keputusan yang aku buat kali ni betul dan takkan buat aku menyesal. Tapi, apapun first pilihan memang aku nak automotive. Harap-harap aku dapat. Amin~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...