Pemikiran Seorang 'Mata Duitan'

Assalamualaikum.

Hari ni aku terasa macam nak tulis pasal sesuatu yang aku rase sentiase bermain dalam fikiran aku sejak due menjak ni..sedang-sedang aku belek komen dalam facebook, tibe-tibe aku tertarik dengan satu topik perbincangan yang dikeutarakan oleh salah seorang sahabat aku iaitu "Adekah Kita Ada Degree,Kita Boleh Kaya????Tolong sapa2 kumeng22....."..Sebelum tu aku nak mintak maap sekiranya ade yang kurang setuju dengan pendapat yang aku akan sampaikan.

Bagi aku satu topik yang agak best tetapi yang membuatkan aku rase kurang puas hati ialah sahabat aku ni menonjolkan sangat sikap 'mata duitan'nya dimana setiap perkara yang dibincangkan dan dipersoalkan dalam komen seringkali dikaitkan dengan duit. Sahabat aku ni seringkali menekankan kepentingan duit dalam kehidupan seharian sehinggakan nak mengamalkan empat daripade lima rukun islam dikaitkan dengan duit. Memang hakikatnya perlukan duit, habis tu kenape tak include mengucap kalimah syahadah sekali. Nak dapat tenaga untuk mengucap memerlukan makanan. Dan nak beli makanan gune duit. Tak ke begitu?

"utk pengetahuan rakan2,4 drpd 5 rukun islam MEMERLUKAN duit...cuma mengucap shj x perlu duit...nak solat pon guna duit...nak posa lagi la perlu duit....nak bayr zakat....mmg konpem...nak tunai hj...mmg konpem...money is not everything,but everything need money....kita nak meninggal nnt pon,guna duit jgk....saya memperingatkan diri saya dan teman2...." -Saudara XxXxX-

Korang nampak tak kat sini fanatiknya die dengan duit seolah-olah duit ni segala-galanya. Walhal die ade cakap money is not everything. Sebab tu lah pengerjaan haji ke baitullah hanya wajib pada orang yang mampu. Allah tak kate pun orang yang miskin takde duit wajib jugak cari duit kerjakan haji. Itulah gunanya ruhsah yakni kemudahan yang dah memang ade dalam agama kita. Pastu kalau kite tengok dari sudut pembayaran zakat, kalau orang miskin takde pulak diwajibkan untuk bayar zakat malah tergolong dalam golongan penerima zakat. Then, yang tak boleh tahannye apabila die cube kaitkan tajuk perbincangan mengenai perniagaan dengan sirah rasulullah dulu.

"Many People Go To School And University,But Learn Nothing Bout Money,Many People Work For Money(Makan Gaji),But The Rich Make Money Work 4 Them....igtlah....sedangkan Nabi Muhammad SAW pon cakap...9/10 rezki datang dari perniagaan.....jgn lah jadi hamba duit....(mkn gaji)..x percaya cakap nabi???

sbb apa nabi berniaga???sbb Baginda ada tanggungjawab.....utk isteri,anak2,masyarakat n umat Islam...Tu pasai Nabi Berniaga....Nabi x mkan gaji....dan dia galakkan suma umatnya berniaga....Bayangkan xda org yang keja mkn gaji dlm dunia ni...katakan la suma org jadi kaya....x tejadi la masalah Gawat Ekonomi....x da la masalah umah tangga...sbb ko kne tau....Menurut kajian,80 pratus masalah dunia berpunca drpd xda wang...." -Saudara XxXxX-

Memang tak salah, tapi bila kita nak kaitkan sesuatu dengan sirah, tolonglah tahu kesahihannya dulu. Seperti yang tertulis diatas, die kata yang nabi s.a.w. tak makan gaji. Betul ke? Kalau kite tengok mase mule-mule nabi berniaga, Baginda bekerja dibawah Saidatina Khadijah siap dapat upah lagi tu. Tak ke itu dinamekan makan gaji?

Pastu die ade jugak cakap janganlah jadi hamba duit. Tapi korang pernah terfikir tak sebab ape seseorang itu dipanggil hamba Allah? Sebab ape yang die buat kat atas muka bumi ni sentiase ingat Allah s.w.t. tapi kalau semua benda dan perkara yang kite buat kat atas muka bumi ni asyik ingat duit jer, nak belajar sampai berjaya sebab nak duit, sampai nak amalkan empat dari lima rukun islam pun ingat duit jugak, tak ke kite ni lebih layak digelar hamba duit?

Pastu aku tertarik dengan statement yang die buat iaitu "tidakkah kita menjadi kaya,kita menjadi muslim yang lebih tinggi taqwanya pada Allah?". Memang hakikatnya keraguan iman seseorang itu lebih kepada golongan miskin, tapi kite kene ingat tak semua manusia kat atas muka bumi ni bila dah kaya ingat Allah. Inilah realiti.

Kalau kite tengok sekarang nie berape kerat jutawan-jutawan yang ade kat malaysia ni yang menggunakan kekayaan mereka untuk berjihad dijalan Allah, seperti seorang sahabat nabi iaitu Saidina Abdul Rahman bin Auf (salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga) yang menggunakan kekayaannye berjihad ke jalan Allah. Marilah same-same kite renungi sumbangan-sumbangan yang dibuat oleh Saidina Abdul Rahman bin Auf.

1) Menyumbangkan barang keperluan sebanyak muatan 700 ekor untuk penduduk madinah.
2) Menjual tanah beliau dengan harga 40 ribu dinar dan wang itu telah dibahagikan kepada bani zuhrah, para ummahat al-mukminin dan fakir miskin.
3) Memberikan sumbangan yang banyak ketika peperangan Tabuk iaitu 200 tahlil emas, 500 kuda perang, dan 1500 unta tunggangan.
4) Menderma sejumlah 400 dinar emas kepada setiap seorang bekas tentera perang badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang.

Memang kalau kite nak bandingkan situasi sekarang dan situasi pada zaman nabi dulu memang terlampau jauh. Tapi kalau kite 'relate'kan dengan zaman sekarang, kalaulah semua jutawan-jutawan tu derma duit untuk bina masjid, kan banyak masjid sekarang nie. Kalaulah semua jutawan-jutawan tu sedekahkan kekayaan mereka kepada golongan fakir miskin, tentu peratus kemiskinan menurunkan. Tapi mane perginye mereka-mereka tu? Memang tak dapat dinafikan sumbangan jutawan malaysia yang ke-7, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang banyak menyumbang terutama dalam pembinaan masjid. Tapi dalam banyak-banyak jutawan, kenape hanya segelintir kecil jer yang bertindak sedemikian. Dan belum lagi kite perhatikan amalan-amalan ibadah mereka. Tapi aku malas nak sentuh bab tu sebab penerimaan ibadah seseorang itu Allah saja yang tahu.

So moral of the story, janganlah terlalu fanatik sangat dengan duit sehinggakan setiap ape yang kite buat seharian kite cube relatekan dengan duit. Tak ke manenye. Kite kena sentiasa ingat dengan matlamat utama Allah ciptakan kite seperti yang tercatat dalam umul-furqan :

"..Aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu.." (51:56)

Pernah suatu ketika Khalifah Harun Al-Rasyid meminta nasihat daripada seorang alim...(Beliau ni sangat menghormati para alim ulamaa). Berkata orang alim tersebut,"Sekiranya tuan sekarang ini berada di tengah padang pasir yang kering kontang dan dalam keadaan kehausan yang amat sangat, apakah yang akan tuan lakukan sekiranya ada seorang lelaki datang menawarkan segelas air kepada tuan dan mahu menukarkannya dengan separuh daripada kerajan yang tuan miliki?" "Aku akan kabulkan apa jua permintaan dia", kata khalifah. Orang alim tersebut berkata lagi,"Tidak berapa lama selepas minum air tersebut, tiba2 datang pula perasaan untuk buang air kecil. Tapi apa yang terjadi...tuan mengalami masalah untuk buang air. Semakin lama semakin sengsara tuan dibuatnya. Tiba2 datang pula seorang lelaki menawarkan penawar bagi penyakit tersebut dengan syarat separuh kerajaan tuan diberikan kepadanya. Adakah tuan akan menerimanya?" Ya, aku akan kabulkan apa jua permintaannya...", kata khalifah Harun. Lalu orang alim tersebut berkata,"Lihatlah...Segala kerajaan yang tuan miliki pada hari ini, tidak lebih daripada nilai segelas air". Renung-renungkan dan selamat berfikir.

p/s: penulisan kali ni hanya pendapat peribadi aku dan takde kene mengena dengan sesiape yang hidup mahupun meninggal dunia namun message yang nak disampaikan amatlah berguna dan harus diinterpretasi oleh pembaca-pembaca sekalian. Wallahualam.

Comments

  1. thx..mmg aku knal beliau cmne..seorg yg tetap pendirian..ni je lah medium utk aku lepaskan pendapat dan pandangan aku..huhu

    ReplyDelete
  2. Salam......
    bg pendapat saya

    >>MELAYU MUSLIM MESTI JADI KAYA...MESTI KUMPUL DUIT BANYAK2...MESTI KALAHKAN PENIAGA2 CINA...PALING PENTING, SAMPAI DAPAT KUASAI EKONOMI MALAYSIA...INSYA ALLAH>>

    Kerja krn nak kumpul duit xpe, tp jgn jdkan duit sbagai matlamat penting melebihi matlamat krn ALLAH,kumpul duit banyak2....dgn duit banyak bnda baik kita bleh wat...yg penting jdkan duit itu sebagai hamba kita....guna utk Islam bukan utk nafsu...

    Sekian.

    ReplyDelete
  3. Salam......
    bg pendapat saya

    >>MELAYU MUSLIM MESTI JADI KAYA...MESTI KUMPUL DUIT BANYAK2...MESTI KALAHKAN PENIAGA2 CINA...PALING PENTING, SAMPAI DAPAT KUASAI EKONOMI MALAYSIA...INSYA ALLAH>>

    Kerja krn nak kumpul duit xpe, tp jgn jdkan duit sbagai matlamat penting melebihi matlamat krn ALLAH,kumpul duit banyak2....dgn duit banyak bnda baik kita bleh wat...yg penting jdkan duit itu sebagai hamba kita....guna utk Islam bukan utk nafsu...

    Sekian.

    ReplyDelete

Post a Comment