Trip to Taiping '10
Assalamualaikum.
Sebenarnya hari ni insyallah aku akan bercerita mengenai trip aku ke Taiping konvoi bersama Cikgu Sani. Objektif utama hanya untuk menghadiri jemputan walimatul urus anak kepada arwah Cikgu Siti Kalsom, Pemgang Amanah PSSGM dan serantau yang diadakan di rumah arwah sendiri. Namun diselitkan juga dalam tentatif program lawatan ke makam Almarhum Dato' sekeluarga dan makam Daeng Kuning. Untuk rombongan Cikgu Halim memang dah bajet 10 orang jer untuk mengurangkan kos dan masalah pengangkutan. 10 orang tersebut ialah Cikgu Halim, Abg Iwan, Abg Amy, Abg Hanafi, Abg Mat, Abg Azmi, Abg Ihsan, Shahmi dan sepupunya dan aku sendiri. Kalau aku nak cerita satu persatu confirm panjang gila. So kat sini maybe aku akan cerita place by place yang aku pergi. Nampaklah tersusun sikit. Hehe.
Rumah Cikgu Halim
- Tempat semua berkumpul kecuali Abg Amy dengan Abg Mat. Mula-mula aku sampai pukul 11 malam dan mendapati masih ada beberapa orang yang belum sampai. Bila semua dah sampai, kitorang pun gerak ke restoran Thaqwa untuk ambil Abg Amy. On the way ke Thaqwa singgah rumah Abg Mat.
Restoran Thaqwa Baru
- Sampai jer kat sana, aku tak nampak pun Abg Amy. Rupe-rupenya dia tertinggal baju melayu hitam kat dalam kereta yang hantar dia kat sana. So, dia pun pinjam kereta Abg Iwan untuk pergi balik rumah ambil baju kat dalam kereta tu. Huhu..Sementara menunggu Abg Amy, kitorang yang lain ni pun makan-makan sikit mengisi perut sebelum mula perjalanan.
R&R Tapah
- Destinasi pertama kitorang berhenti kat R&R Tapah seperti yang telah dijanjikan. Semua rombongan Cikgu-cikgu kumpul kat sana termasuk dengan Cikgu Sani sekali. Masa kitorang sampai tu memang dah ramai kumpul. Tapi apa yang mengelakarkan ialah kunci kereta terjatuh dalam lubang jamban. Abg mat sebagai first driver yang pegang kunci tu tapi terjatuh masa dia buang air. Haha. Dahlah tak bawak kunci spare. Ni nak tak nak kena ambek juga. Memang masa tu kecoh betul tak tahu macamana nak ambek. Last-last panggil pencuci tandas tu suruh keluarkan. Dorang pun bukak saluran paip yang menghubungkan lubang jamban tu dan blok saluran tu. Then dorang pam tandas tu bagi segala apa yang ada dalam jamban tu dipump keluar melalui saluran tadi tu. Geli jugak aku tengok. Nasib baik takde najis-najis lain keluar skali. Kalau tak confirm aku muntah depan tu jugak. Haha. Bila dah settle dapat ambek kunci tu, Kitorang pun lepak minum-minum kejap sementara untuk keringkan bahagian dalam kunci tu. Maklumlah, barang elektronik ni kalau terkena air memang cepat rosak. Masa tu semua rombongan yang lain dah bertolak ke Taiping.Tinggal rombongan Cikgu Halim jer. Bila dah kering betul-betul kunci tu, kitorang pun sambung perjalanan.
Masjid Air Kuning
- Kalau ikutkan kena kumpul kat Masjid Taiping. Tapi sebab takut sesak ramai sangat nak mandi masa kat masjid Taiping tu nanti, kitorang pun berhenti kat masjid Air Kuning. Masa tu memang sunyi sepi jer. Yer lah tak masuk subuh lagi. Masa tu jugak kitorang ambek kesempatan mandi kat tandas pompuan sebab tandas laki takde lampu. Lepas abes mandi, kitorang pergi sembahyang jemaah subuh dengan orang masjid. Then lepas tu terus bertolak pergi Masjid Taiping untuk berjumpa dengan rombongan yang lain. Bila sampai kat masjid tengok ramai tak ready lagi nak gerak. Kitorang pun pergilah cari restoran kat kawasan tu untuk sarapan. Nasib baik ada Abg Amy yang jadi penunjuk arah jalan. Kampung dia la katakan.
Restoran Larut
-Pusingnya pusing cari restoran melayu, akhirnya jumpa jugak restoran Larut. Rasanya satu-satunya restoran melayu yang bukak masa tu. Aku pulak order Roti telur dengan teh halia tarik. Bapak pekat halia dia, nak termuntah pulak aku. Last-last aku order ais kosong jer. Huhu. Lepas sarapan kitorang gerak balik ke Masjid Taiping tadi tu. Sampai jer kat sana tengok dah kosong. Takde orang langsung. Sedar-sedar semua dah ada kat Masjid Lama nak lawat makam Alamarhum Dato' Meor dan keluarganya.
Perkarangan Masjid Lama
- Kitorang sampai sana jer dah nampak ramai orang siap-siap pakai baju melayu hitam lengkap bersongket emas. Aku pulak pakai songket putih jer. Memang lain dari yang lain. Hehe. Masa kat makam tu ada bacaan yaasin dah tahlil yang dibawa oleh cikgu sani sendiri. Memang sedih aku tengok bila cikgu sani yang terkenal dengan sifat egonya yang terpimpin dan seorang yang tegas tapi menangis pada ketika itu. Mana taknya, mungkin dia terkenang saat-saat dia bersama dengan Almarhum Dato'dulu. Kalau aku jadi dia pun confirm aku nangis masa tu. Huhu. Lepas selesai jer Bacaan yaasin dan tahlil ada diadakan sesi bergambar. Then lepas tu semua rombongan tu pergi bertolak ke makam Daeng Kuning di pokok assam tapi malangnya sorang pun tak tahu mana makamnya.
Pokok Assam
- Disebabkan sorang pun tak tahu mana makam Daeng Kuning, terpaksalah sesi pencarian bermula berkonvoi ramai-ramai yang diketuai oleh Cikgu Raouf. Tapi malangnya rombongan kitorang ni terputus dan hilang arah. Kebetulan member Abg Amy ada yang pernah ke makam tersebut, Abg Amy pun mintak tunjuk arah dari dia menerusi talian telefon. Tapi still tak jumpe makam die. Macam-macam kitorang try, GPS handset abg napi, tanya stesen minyak petronas, last-last kitorang tanya kat mak cik cina yang lalu kat situ bawak kereta. Die pun kebetulan tahu ada satu makam kat kawasan tu yang memang ramai orang selalu lawat. Kitorang pun follow mak cik cina tu sampai kat makam tu. Tak sangka aku yang makam tu sekarang ni tersembunyi disebalik bangunan dan hutan. Nasib baik tanya orang, kalau tak confirm tak jumpe. Lepas dah jumpe kitorang pun contact rombongan-rombongan yang lain. Bacaan yaasin dan tahlil kali ini diketuai oleh Cikgu Wan Erman dan Cikgu Rosdan. Lepas bacaan yaasin, macam biasa la sesi bergambar. Yang aku peliknya sepanjang berada kat makam tu, ada seekor katak yang seolah-olah jadi penjaga makam tu. Sebab mula-mula masa nak bersihkan makam tu dah letak katak tu kat luar kawasan makam. Tengok-tengok masa tengan baca yaasin aku tersedar katak tu ada kat Batu sungai (batu nisan) makam tu balek. Huhu. Lepas selesai agenda kat pokok assam tu, kitorang pun pergi bertolak ke majlis kahwin anak arwah Cikgu Kalsom.
Rumah Arwah Cikgu Siti Kalsom
- Sampai jer kat majlis kahwin tu, kitorang bersalaman dengan Cikgu Ahmad Ayazi, suami arwah Cikgu Kalsom. Dan terus menjamu selera. Lepas dah habis makan, Abg Iwan telah diserang sakitnya apabila dia mengeluarkan muntah darah. Memang kecoh jugak la. Sebab Abg Iwan memang ada masalah kesihatan bahagian usus dan saluran pemakanan. Cikgu Sani pun selepas mendapat tahu kejadian tu, beliau pun menyediakan air kosong yang dibacakan ayat-ayat suci al-quran untuk diberikan kepada Abg Iwan. Lepas tu kitorang terus bertolak ke masjid Air Kuning untuk bagi Abg Iwan rehatkan diri kat sana.
Masjid Air Kuning
- Sampai kat sana jer kitorang pun berehat. Masuk jer Zohor, kitorang pun solat jamak qasar zohor-asar. Lepas solat, ada sikit pos mortem yang diketuai oleh Cikgu Sani dan kitorang terus berangkat pulang. Sepatutnya agenda lepas tu ialah melawat kedai senjata di Kuala Kangsar, tapi disebabkan kesihatan Abg Iwan yang tak mengizinkan, kitorang pun mengambil keputusan untuk bertolak pulang. Dalam perjalanan balik, kitorang ada singgah kat hentian untuk minum-minum sebelum bermulanya perjalanan pulang. Alhamdulilah selamat sampai pukul 615 petang.
Panjang tak? Ni pun banyak lagi tak cerita. Tapi aku rasa cukup kot untuk kali ni. Ni merupakan first time aku lawat makam Almarhum Dato' dan Daeng Kuning. Alhamdulillah, semoga lawatan kali ni mampu menjadi pemangkin buat diriku untuk terus bergiat aktif dalam gayong sehingga ketitisan darah. Hehe. Sekian.

..Makam Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman..
( Abg Amy, Abg Azmi, Shahmi, Cikgu Halim, Abg Iwan, Abg Shahril, Abg Napi, Abg Mat, Abg Ihsan, Aku )
..Makam Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsom a.k.a Rokiah bt Naning..
- Disebabkan sorang pun tak tahu mana makam Daeng Kuning, terpaksalah sesi pencarian bermula berkonvoi ramai-ramai yang diketuai oleh Cikgu Raouf. Tapi malangnya rombongan kitorang ni terputus dan hilang arah. Kebetulan member Abg Amy ada yang pernah ke makam tersebut, Abg Amy pun mintak tunjuk arah dari dia menerusi talian telefon. Tapi still tak jumpe makam die. Macam-macam kitorang try, GPS handset abg napi, tanya stesen minyak petronas, last-last kitorang tanya kat mak cik cina yang lalu kat situ bawak kereta. Die pun kebetulan tahu ada satu makam kat kawasan tu yang memang ramai orang selalu lawat. Kitorang pun follow mak cik cina tu sampai kat makam tu. Tak sangka aku yang makam tu sekarang ni tersembunyi disebalik bangunan dan hutan. Nasib baik tanya orang, kalau tak confirm tak jumpe. Lepas dah jumpe kitorang pun contact rombongan-rombongan yang lain. Bacaan yaasin dan tahlil kali ini diketuai oleh Cikgu Wan Erman dan Cikgu Rosdan. Lepas bacaan yaasin, macam biasa la sesi bergambar. Yang aku peliknya sepanjang berada kat makam tu, ada seekor katak yang seolah-olah jadi penjaga makam tu. Sebab mula-mula masa nak bersihkan makam tu dah letak katak tu kat luar kawasan makam. Tengok-tengok masa tengan baca yaasin aku tersedar katak tu ada kat Batu sungai (batu nisan) makam tu balek. Huhu. Lepas selesai agenda kat pokok assam tu, kitorang pun pergi bertolak ke majlis kahwin anak arwah Cikgu Kalsom.
..Makam Daeng Kuning (pandangan dari jauh)..
..Makam Daeng Kuning (pandangan dari dekat)..
..bergambar di sebelah makam..
Wisma Sendo
-Tapi sebelum kitorang sampai ke majlis tu, kitorang singgah di Wisma Sendo (Tapak kawasan Gelanggang Tertinggi Air Kuning Dulu). Memang sedih aku tengok tempat tu sekarang ni dah tak terurus macam dulu. Bangunan yang usang dan tapak gelanggang yang tak nampak macam tempat nak bersilat.
..Bangunan Wisma Sendo..
..Tapak Gelanggang Tertinggi Air Kuning (bahagian depan)..
..Tapak Gelanggang Tertinggi Air Kuning (bahagian belakang)..
..bergambar lagi!!..
- Sampai jer kat majlis kahwin tu, kitorang bersalaman dengan Cikgu Ahmad Ayazi, suami arwah Cikgu Kalsom. Dan terus menjamu selera. Lepas dah habis makan, Abg Iwan telah diserang sakitnya apabila dia mengeluarkan muntah darah. Memang kecoh jugak la. Sebab Abg Iwan memang ada masalah kesihatan bahagian usus dan saluran pemakanan. Cikgu Sani pun selepas mendapat tahu kejadian tu, beliau pun menyediakan air kosong yang dibacakan ayat-ayat suci al-quran untuk diberikan kepada Abg Iwan. Lepas tu kitorang terus bertolak ke masjid Air Kuning untuk bagi Abg Iwan rehatkan diri kat sana.
..ramai orang beratur mengambil makanan..
Masjid Air Kuning
- Sampai kat sana jer kitorang pun berehat. Masuk jer Zohor, kitorang pun solat jamak qasar zohor-asar. Lepas solat, ada sikit pos mortem yang diketuai oleh Cikgu Sani dan kitorang terus berangkat pulang. Sepatutnya agenda lepas tu ialah melawat kedai senjata di Kuala Kangsar, tapi disebabkan kesihatan Abg Iwan yang tak mengizinkan, kitorang pun mengambil keputusan untuk bertolak pulang. Dalam perjalanan balik, kitorang ada singgah kat hentian untuk minum-minum sebelum bermulanya perjalanan pulang. Alhamdulilah selamat sampai pukul 615 petang.
Panjang tak? Ni pun banyak lagi tak cerita. Tapi aku rasa cukup kot untuk kali ni. Ni merupakan first time aku lawat makam Almarhum Dato' dan Daeng Kuning. Alhamdulillah, semoga lawatan kali ni mampu menjadi pemangkin buat diriku untuk terus bergiat aktif dalam gayong sehingga ketitisan darah. Hehe. Sekian.
Comments
Post a Comment