Final Exam is Around the Corner !!

Assalamualaikum.


Alhamdulillah..Sempat jugak aku meluangkan sikit masa untuk aku tulis pasal keadaan aku dalam menempuhi exam final yang bermula pada minggu depan. Argghh..Macam-macam persediaan aku tak buat lagi. Boleh kata majority semua subjek yang aku ambek, aku tak habis study lagi. Exam makin dekat bak kata mat salleh, "final exam is just around the corner". Corner mane pun aku tak tahu. Haha. Sem ni aku ambek 5 subjek yang bagi aku tak terlampau tough sangat (tapi still tough!!) berbanding subjek yang aku ambek masa sem 2 dulu. 2 daripada subjek tu subjek lab. So biasenye masalah nak hadapi subjek lab ni tak tahu macam mana format kertas soalan nanti. Yelah, sebab subjek lab ni takde mid sem exam. Majority student dorang tak tahu ape jenis soalan yang akan keluar nanti. Tapi bagi aku study semua jer. Kalau nasib baik ape yang kite study tu masuk exam. So, sekarang ni aku tengah hadapi revision week for final exam. Kalau dulu aku selalu buang masa mengadap laptop memanjang, sekarang ni aku kena kurangkan dan gunakan masa tu untuk study. Tambahan lagi ade pulak satu subjek yang paling aku tak suke dari bangku sekolah lagi iaitu subjek Biology. Nak tak nak aku kena ambek jugak. Huhu. Berikut adalah jadual final exam aku beserta venue dan tarikhnya sekali.

*click to enlarge*

Kat sini aku nak ambek kesempatan menyusun dua puluh jari termasuk jari kaki aku (Hahaha!!) memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada terbuat salah kat sesiapa saje yang mengenali diri aku. Aku ni hanyalah seorang hamba Allah yang teramat lemah yang dihasilkan dari pacutan air mani yang terlalu kotor dan sememangnya tak boleh lari dari buat silap. Doakan aku supaya dapat memperolehi kecemerlangan yang aku impikan sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak insyallah. Wallahualam.

Comments