Posts

Showing posts from March, 2010

Latihan Pusat

Image
Assalamualaikum. (...persediaan seorang atlet..tidur cukup, tak layan minuman berais, tak makan sambal, dll...huh~) Alhamdulillah. Lega rasenye apabila selesai sudah latihan pusat untuk sesi hujung minggu ni dimana ia merupakan saat yang sudah lame ditunggu-tunggukan oleh kami (aku, anep, usop) . Untuk pengetahuan, latihan pusat ni adalah menjurus kepada persediaan menghadapi satu kejohanan pencak silat yang akan diadakan di Melaka pada pertengahan bulan Jun ini. Dan seperti yang sedia maklum, kategori yang kami sertai untuk kejohanan tersebut ialah silat seni regu atau lebih dikenali dengan nama Jurus Wajib. Jari-jemari terasa laju untuk mencoretkan sedikit laporan ringkas mengenai latihan pusat hujung minggu ni. Jumaat (26/3) 645pm : Bertolak dari Gombak. 800pm : Tiba di Shah Alam terus mencari surau untuk menunaikan Solat Maghrib. Mencari restoran berdekatan (Restoran Syed) untuk makan malam. Menunaikan Solat Isyak di surau yang sama. Bertolak mencari lokasi Latihan Pusat dijalan

Pre-Registration Course

Image
Assalamualaikum. (..Huh~..satu kebingungan dah settle..) Alhamdulillah. Setelah hampir berjam-jam aku membelek semua senarai subjek ngan group untuk pre registrartion course, aku telah berjaya menyusun jadual aku buat pertama kalinya. Haha. CUme aku agak kecewa sebab tak dapat nak add lagi satu subjek iaitu Bahasa Melayu sebab group semua dah penuh. Aduh. Tapi takpelah. Ini just pre registration jer. Alhamdulillah jugak sebab ade jugak group subjek yang aku ambek same ngan member-member seperjuangan dulu mase belajar sesame kat uia pj. Lepas ni kite boleh la blaja sesame yek. Hehe. Kalau ikut pre registration yang aku baru habis buat ni, aku akan ambek 6 subjek mase first sem nanti iaitu : ...Student Online System (Add-Drop Session)... MTH 1112 : Engineering Calculus 1 MEC 1391 : Statics ECE 1311 : Electric Circuits ECE 1101 : Engineering Lab 1 UNGS 2030 : The Islamic World View MME 1211 : Engineering Drawing Ni pulak adalah time table yang aku dah susun. *click to enlarge* Harap-harap

Tension Gilerz !!!

Image
Assalamualaikum. (...Arrgghhhh!!!...) Tension gile malam ni. Tiga benda yang bermain kat pikiran aku sekarang ni. Dahlah memang penat gile baru balek kerja tambah lagi pikir pasal bende ni. Yang pertama Pre-Registration of Courses for Semester 3,2009/2010 And/Or Semester 1, 2010/201 1 Pasal pre-registration untuk masuk sem 1 2010/2011 kat Uia Gombak nanti. Pening gile kepale otak aku tengok list semua subjek beserta dengan group/section dan mase die sekali. Macam mane aku nak pilih ni !!! Dah lah kepale otak dah memang serabut gile. Tambah lagi kene pikir camne nak susun jadual kelas-kelas mase first sem nanti. Aduih !!! Tension gile. Nak termuntah ade gaklah bile nak pikir pasal bende ni. Yelah, memang dah pening tahap gaban ni. Huhu. Dahlah dorang bagi due hari jer nak buat mende ni iaitu hari ni ngan esok. Harap-harap esok aku dapat petunjuk nak susun jadual aku nanti. Huhu. ..Antare list subjek-subjek yang aku kene pilih. . Yang kedua Pasal kem latihan pusat yang aku, anep ngan u

Panggilan Hangit !!

Assalamualaikum. ( Nazrul!! Anda terkena PANGGILAN HANGIT..Haha.. Percaye tak?..) Semalam ( Sampai jer rumah dari kerja dalam pukul 700 ptg ) aku telah mendapat panggilan yang agak mengejutkan. Sebenarnye bukan panggilan pun, tapi aku yang call. Haha. Sebenarnye, semalam aku berhasrat untuk menelefon Cikgu Halim (Gurulatih Silat Sg Pusu) untuk meng'inform' beliau bahawa aku dan beberapa sahabat kategori Jurus Wajib aku akan mula mengadakan latihan silat pada waktu malam khas untuk persediaan pertandingan silat bulan 6 ni. Tiba-tiba, dalam masa yang sama jugak aku telah diberitahu oleh Cikgu Halim bahawa Kem 'Latihan Pusat' untuk pertandingan silat tersebut telah pun bermula sejak minggu lepas. Kitorang langsung tak di'inform' mengenai mulanya 'Latihan Pusat' tersebut. Huhu. Lantas, Cikgu Halim memintak aku untuk call Cikgu Yusman (Pegawai Teknik Kontinjen) untuk bertanya mengenai 'Latihan Pusat' tersebut. Namun, atas sebab Cikgu Yusman hany

Rancangan

Assalamualaikum. (..kalau korang nak bace, silakan..kalau taknak, korang punye pasal..) Alhamdulillah, Sempat jugak aku nak coretkan sesuatu kat Diari aku ni setelah 4 hari tak update. Nak kate aku sibuk sangat, sempat jugak aku online setiap hari. Mungkin hati ini dah terasa bosan untuk menaip atau mungkin mood untuk menaip masih tak timbul. Tapi hari ini aku paksa jugak diri aku untuk menaip. Huhu. Mungkin kali ni aku nak cerite sikit pasal hujung minggu yang lalu yang mane aku rase antara hari-hari yang agak malang bagi aku. ****** Jumaat (19/3) -Hari ni memang antara hari yang paling sukar untuk aku hadapi kerana pada setiap hari Jumaat aku terpakse buat keputusan gelanggang silat mana yang aku patut turun. Sama ade Gelanggang Gombak Setia (Cikgu Wan), Gelanggang Cheras (Cikgu Jasmi) atau Gelanggang Selayang (Cikgu Rizal). -Pada petangnye memang telah dirancang untuk pergi ke pejabat gayong pada mulanya disebabkan sahabatku sorang ni, Anep (bukan nama sebenar) yang tak pernah lang

Kenape Mesti Baca Al-Quran

Image
Assalamualaikum. (..Kenape kite bace Al-Quran walaupun kite tak paham sepatah pun bahasa arab?..) Sini ade satu cerita menarik yang nak dikongsi bersama. ********* Di sebuah ladang, ada seorang lelaki warga tua berbangsa Amerika dan beragama Islam tinggal bersama cucunya, Ahmad. Setiap pagi si Atuk selalu bangun awal dan duduk di meja dapurnya sambil membaca Al-Quran. Ahmad berhasrat untuk menjadi seperti Atuknya dan cuba meniru segala perbuatannya. Satu hari, Ahmad bertanya kepada Atuknya, "Atuk! Ahmad cube bace Al-Quran macam Atuk tapi Ahmad tak paham sepatah pun, dan ape yang Ahmad paham pun, Ahmad terus lupa sebaik saje Ahmad habis bace. Ape kebaikan kite bace Quran tuk?" Atuk pun menghulurkan satu bakul yang mana didalamnya kotor dengan kesan arang kepada Ahmad sambil berkata, "Ambek bakul ni. Pergi ke sungai dan bawak balek sebakul air sungai kepada Atuk." Ahmad pun buat ape yang telah disuruh oleh Atuknya tapi air yang memenuhi bakul tersebut melimpah keluar

Nikmat Kesihatan

Image
Assalamualaikum. (..nikmat sihat yang sering disalah gunakan oleh umat akhir zaman..) Sedang aku belek-belek email, aku tertarik dengan satu email yang dihantar oleh sahabatku, Umar (bukan nama sebenar). Tajuk email tersebut ialah 'Sama-sama mengingatkan'. Berikut adalah kandungan email tersebut. ************ "Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah) E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar . Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menuna

Rutin SeharianKu

Image
Assalamualaikum. (..perjalanan hidup aku setiap hari. Huh~..) My daily rootine. Nak kate best, takdelah rase macam best. Nak kate bosan, pun tak jugak. Tapi agak memenatkan. Apakan daya, ini lah lumrah hidup bekerja. 630am : Wake up and perform solat subuh. Then sambung tidur balek. Hehe.:P (tapi tak elok tau tidur lepas subuh. Nanti 'mahal rezeki'..) 700am : Wake up for the second time tapi kali ni terus pergi dapur prepare my breakfast. (buat breakfast sendiri tu. Haha. Kecoh giler.:P) ..sarapan pagi tadi. Hehe..(simple2 sudah~) 730am : Mandi dan siap-siap untuk pergi kerja. 745am : Bertolak dari rumah menuju ke IIS (tempat kerja) dengan menaiki moto 125Z versi lame. ..kenderaan aku pergi kerja setiap hari..:) 800am : Sampai office dan terus bekerja. Yeke?? Hehe.. kekadang kalau ngantuk sangat, tidur kejap. 530pm : Waktu kerja TAMAT. ( maklumlah, kerja ikut office hour) . huh~ Terus menuju ke SMK Sg Pusu for silat training. ..training silat sg pusu setiap petang.. 700pm :

RumahKu SyurgaKu

Image
Assalamualaikum. (..ketandusan idea..tapi hati ini masih ingin mencoretkan sesuatu..maka terlintaslah RUMAH dalam kepale otak aku..Haha..) Huh~ malam yang membosankan.(-_-) Takde idea langsung nak tulis post ape untuk malam. Tetibe jer terpikir nak tulis satu post khas pasal rumah aku. Hehe. Tak silap aku, aku pernah tulis pasal rumah aku dalam blog sebelum nie. Tapi bile belek-belek balik post terdahulu, takde pulak pasal rumah aku. Mungkin kat mantan blog aku agaknye. Haha. Tetibe jer teringat rumah lame aku kat Taman Melawati . Rindu rasenye bile teringat banyak kenangan pahit, manis, masam, payau dan macam-macam lagi kat sane. Ape taknya, dari aku lahir lagi dah memang tinggal kat rumah tu. Senang cerite rumah tu family aku mule duduk tahun 1988. Mase tahun tu kakak aku lahir. Sekarang ni kakak aku dah berumur 22 tahun. Lame jugaklah aku dan family tinggal kat sane. Huhu. Dulu mase aku tinggal kat sane, ramai sahabat-sahabat aku kate rumah-rumah kat Taman Melawati tu semuanya kaya-

Mengimbau Nostalgia Lalu

Image
Assalamualaikum. (..kembali ke titik permulaan perjuanganku..) Setelah berkali-kali dipujuk oleh Raja dan ditepek oleh Cikgu Jasmi, akhirnya terdetik juga aku untuk menjejakkan kaki di bumi S.K. Taman Melawati 1 yang penuh dengan nostalgia tika aku menuntut ilmu dari tahun 1 hingga tahun 6 dulu. Hajat dihati hanyalah untuk memenuhi permintaan Cikgu Jasmi untuk turun membantu beliau melatih anak2 gayong S.K. Taman Melawati 1. Setibanya aku disana, aku mengimbau kenangan lalu dimana disitulah bermulanya perjuangan aku sebagai seorang pelajar sekolah dan disitu jugaklah bermulanya pengembaraan aku sebagai anak gayong. Dan untuk pengetahuan kite bersama, gelanggang S.K. Taman Melawati 1 merupakan gelanggang pertama dalam Malaysia yang memperkenalkan silat di sekolah rendah. ..Selamat Datang pada diriku setelah hampir 8 tahun tak menjejakkan kaki disini.. ..sekolahku dahulu.. ..latihan telah pun bermula ketika kitorang tiba disana.. ..bertemu dengan Cikgu Tarmizi, Ustaz Raja dan Cikgu Ezlie