Shopping kat Jaya Jusco
Assalamualaikum.
(..shopping time!!..)
Tarikh : 11 Mac 2010
Masa : 8.30 pm-11.30 pm
Malam ni kebetulan parent aku nak buat shopping sikit untuk beli barang-barang keperluan adek aku yang dah nak masuk uia for short sem. Disebabkan aku terlalu bosan duduk umah tak buat pape, aku pun meng'volunteer'kan diri untuk ikut sekali. Kebetulan jugak aku ni memang dah lame hajat nak beli seluar slack. So, bermulalah perjalanan kitorang menuju ke Jaya Jusco Keramat.
Destinasi pertama kitorang bile sampai kat J.J ialah menuju ke bahagian jualan seluar slack. Aku pulak terdetik nak beli dua helai sebab selalu sangat ade masalah tak cukup seluar. Sampai tahap kekadang pakai seluar yang sama sebulan tak basuh. Hehe. Adek aku pulak beli dua helai t-shirt dan sehelai seluar slack. Sebelum nak bayar jer, mak aku pulak tertarik dengan sehelai t-shirt lengan panjang. Haha. Macam-macam. Naseb baik bapak aku tak tertarik dengan ape-ape.
..seluar slack aku..
..seluar dan t-shirt adek aku..
..t-shirt lengan panjang mak aku..
Next, kitorang berhijrah ke bahagian groceries. Kalau ikut dalam list barang yang adek aku tulis, banyak jugak barang yang nak kene beli. Huhu.
..list semua barang keperluan adek aku nak bawak balik uia..self written..:P
..tengah buat check list semua barang..takut ade yang tertinggal..
..french fries (frozen food) for my daily breakfast..
..others frozen food jugak untuk aku sarapan setiap hari..maklumlah orang dah bekerja..Hehe..
..ayah tengah tunggu adek aku cari barang die sambil membace paper..
..tengah nak bayar kat kaunter..thanks mom for all the stuff..
Selesai jer shopping groceries adek aku, kitorang terus beransur pulang. Dalam perjalanan balik, kitorang singgah kat Restoran Hanna yang terletak berhampiran dengan rumah kitorang kat Ukay Perdana untuk dinner.
..Nasi goreng Pattaya + Teh Tarik (jaga stamina..Hehe)..yum~
..aku tengah khusyuk menjamu selera..
..aik?? pinggan dah kosong dah...Hehe..
..my parent sharing 1 plate of nasi goreng kampung..romantiknye~..Haha..
Maka terucaplah mulut aku dengan ayat tersebut :
"Alhamdulillah hillazi at 'amana wasaqana waja 'alana minal muslimin"...
Alhamudulillah~ kenyang jugak aku akhirnye. Lepas habes jer makan, kitorang pun balek umah.
-The End-
p/s: Dah sekian lame aku tak keluar shopping dengan parent aku setelah sibuk dengan aktiviti silat dan bekerja. By the way, sekarang ni blog aku ni dah jadi macam diari hidup aku. So, what ever happen through out my life, aku akan postkan dalam blog kesayangan aku ni. Haha. Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment