Panggilan Hangit !!

Assalamualaikum.
( Nazrul!! Anda terkena PANGGILAN HANGIT..Haha.. Percaye tak?..)

Semalam ( Sampai jer rumah dari kerja dalam pukul 700 ptg ) aku telah mendapat panggilan yang agak mengejutkan. Sebenarnye bukan panggilan pun, tapi aku yang call. Haha. Sebenarnye, semalam aku berhasrat untuk menelefon Cikgu Halim (Gurulatih Silat Sg Pusu) untuk meng'inform' beliau bahawa aku dan beberapa sahabat kategori Jurus Wajib aku akan mula mengadakan latihan silat pada waktu malam khas untuk persediaan pertandingan silat bulan 6 ni.

Tiba-tiba, dalam masa yang sama jugak aku telah diberitahu oleh Cikgu Halim bahawa Kem 'Latihan Pusat' untuk pertandingan silat tersebut telah pun bermula sejak minggu lepas. Kitorang langsung tak di'inform' mengenai mulanya 'Latihan Pusat' tersebut. Huhu. Lantas, Cikgu Halim memintak aku untuk call Cikgu Yusman (Pegawai Teknik Kontinjen) untuk bertanya mengenai 'Latihan Pusat' tersebut. Namun, atas sebab Cikgu Yusman hanya memegang skop teknikal sahaja, beliau memintak aku call Cikgu Habizan (Gurulatih Silat Seni Kontinjen) untuk bertanya tentang perkara yang sama. Cikgu Habizan memintak aku dan Team Jurus Wajib (kategori Silat Seni) untuk menyediakan maklumat diri serta menyediakan salinan kad pengenalan sebanyak 2 salinan dan gambar berukuran passport sebanyak 4 keping untuk diberi kepada pihak kontinjen. Aku jugak telah diberitahu bahawa 'Latihan Pusat' tersebut akan dijalankan pada hujung minggu bermula pada hari Jumaat hingga Ahad setiap minggu dan setiap peserta jugak diwajibkan untuk bermalam disana. Huhu.

Pastu, aku tanya pulak mengenai lokasi Latihan Pusat dan masa mula latihannya pada setiap hari Jumaat. Cikgu Habizan memintak aku call Cikgu Zulqarnain pulak sebab yang membawa latihan pada setiap hari Jumaat petang ialah Cikgu Zulqarnain. Dan aku pun terus call Cikgu Zulqarnain on the spot. Tapi disebabkan Cikgu Zulqarnain agak sibuk pada ketika itu, beliau memintak nombor telefon aku untuk diberi kepada seorang lagi Cikgu Silat (tak ingat namanya). Dan Cikgu Silat tersebut sepatutnya akan contact aku lepas tu. Tapi sampai sekarang aku tak menerima ape-ape call dari pihak kontinjen. Huhu.

Pada sebelah malam, sepatutnya aku telah merancang untuk menghadiri latihan silat di gelanggang Shah Alam (Cikgu Khairul). Tapi atas sebab sibuk menguruskan perihal 'Latihan Pusat' ni, aku pun terpakse cancelkan semua hasrat aku pada malam tu. Malam tu jugak aku adakan satu meeting dengan Anep & Usop (Team Jurus Wajib) kat kedai kopi jer. Haha. Sebelum mula meeting, aku contact Cikgu Halim untuk 'inform' progress tentang 'Latihan Pusat' tersebut. Disebabkan maklumat mengenai lokasi 'Latihan Pusat' dan masanya masih tak diketahui, beliau memintak aku untuk call Cikgu Sani (Ketua kontinjen rasenye) untuk bertanya tentang perkara yang sama. Antara agenda meeting pada malam itu adalah :

-Memintak maklumat diri masing-masing
-Memintak untuk menyediakan salinan kad pengenalan dan gambar.
-Pemberitahuan mengenai Sesi Latihan Pusat dari sudut masa dan tempatnya.
-Bincang mengenai Pengangkutan dan kos.
-Masa berkumpul dan etc.

Meeting berakhir jam 1200 tengah malam. Huhu. Then lepas tu terus bertolak pulang.

p/s : Mesti korang tertanya pertandingan silat ape nie? Wakil ape? Bile pertandingan ni? Kat mana? Pe mende Jurus Wajib tu? Betul tak? Haha. Bak kata Nabil "Lu Pikir La Sendiri". Hehe. So, lepas-lepas nie hujung minggu memang aku sibuk. Sape yang nak jumpe aku buat appointment dulu yer. Hakhak. Ok lah. Tu jer kot setakat ni. Wallahu'alam.

Comments