Kerja jugak akhirnye kau
Assalamualaikum.
(..first time bekerja..Hehe..)
Sudah lame rasenye aku tak berceloteh dalam blog ni. Al maklumlah sekarang ni dah ade majikan. Oppss.. terlepas cakap pulak. Haha. Disebabkan cuti 4 bulan sementara menunggu masuk belajar degree level kat uia gombak ni, aku dah ambek keputusan nak kerja. Matlamat aku nak bekerja sebenarnya hanya untuk kumpul duet bagi menampung segala kos pembelajaran aku mase tahun pertama kat uia gombak nanti. Maklumlah, aku nie bukannye pandai sangat pun, setiap kali exam tak pernah dapat semua 'A'. Huhu. So, kalau nak apply scholarship pun tak tentu dapat.
Bercakap pasal kerjaya, aku ni memang sebelum ni tak pernah langsung ade pengalaman bekerja. So, untuk pengetahuan, ni merupakan first time dalam sejarah hidup aku bekerja secara rasmi siap apply KWSP lagi tu. Hehe. Kerja aku ni takdelah power sangat pun sampai gaji empat angka, takde power sangat sampai boleh afford beli kereta mewah pun, just bagi aku sekurang-kurangnya dapat mengubati penyakit bosan aku duduk rumah selama 4 bulan disamping dapat mengumpul duit untuk mase depan. Tu jer yang aku nak sebenarnya.
Tapi setakat ni alhamdulillah lah sebab semua rakan sekerja aku semua baek-baek belaka. Yang cantik pun ade. Hehe. :D. Yang kelakar pun ade. Pastu, kerja pun takde lah terlampau berat sangat. Kire bagi aku puas jugaklah. Cume sekarang ni aku kene pandai manage time. Kena mula tido awal kalau kene shift pagi macam sekarang ni. Hehe. Patutnye aku dah kene tidur dah sebab esok pagi seawal 7 pagi aku dah kene bekerja. Haha. Oklah, maleh nak melalut panjang-panjang, just untuk ceritakan sikit pasal keadaan aku sekarang.
Katil dah memanggil, bantal dah menunggu, lampu pulak dah tak sabar nak padam. Haha. Cume kalau nak tau aku kerja ape, nantikan post aku lepas ni. ZZzzzz..
p/s: Alamak!! dah tertidur..cau dulu..Assalamulaikum..(dalam mimpi~)
Comments
Post a Comment