Thursday, 18 March 2010

Kenape Mesti Baca Al-Quran

Assalamualaikum.
(..Kenape kite bace Al-Quran walaupun kite tak paham sepatah pun bahasa arab?..)




Sini ade satu cerita menarik yang nak dikongsi bersama.

*********

Di sebuah ladang, ada seorang lelaki warga tua berbangsa Amerika dan beragama Islam tinggal bersama cucunya, Ahmad. Setiap pagi si Atuk selalu bangun awal dan duduk di meja dapurnya sambil membaca Al-Quran. Ahmad berhasrat untuk menjadi seperti Atuknya dan cuba meniru segala perbuatannya.

Satu hari, Ahmad bertanya kepada Atuknya,

"Atuk! Ahmad cube bace Al-Quran macam Atuk tapi Ahmad tak paham sepatah pun, dan ape yang Ahmad paham pun, Ahmad terus lupa sebaik saje Ahmad habis bace. Ape kebaikan kite bace Quran tuk?"

Atuk pun menghulurkan satu bakul yang mana didalamnya kotor dengan kesan arang kepada Ahmad sambil berkata,

"Ambek bakul ni. Pergi ke sungai dan bawak balek sebakul air sungai kepada Atuk."

Ahmad pun buat ape yang telah disuruh oleh Atuknya tapi air yang memenuhi bakul tersebut melimpah keluar kesemuanya sebaik saje Ahmad tiba di rumahnya itu. Atuk pun tergelak dan berkata,

"Ahmad kene jalan laju sikit kali ni", dan Ahmad pergi sekali lagi ke sungai bersama bakul tersebut untuk cubaan kali kedua.

Kali ni, Ahmad berjalan dengan laju tapi bakul tersebut masih kosong sebaik saje Ahmad tiba di rumahnya. Dalam keadaan tercungap-cungap, Ahmad beritahu Atuknya mustahil untuk bawak air dalam bakul, lantas mencari sebuah baldi sebagai penganti kepada bakul tersebut bagi memenuhi permintaan Atuknya.

Si Atuk pun bersuara, "Atuk tak nak sebaldi air, tapi Atuk nak sebakul air. Ahmad cuma tak cube sehabis baik jer," dan si Atuk pergi ke pintu untuk melihat Ahmad mencuba sekali lagi.

Kali ni, Ahmad tahu memang mustahil untuk bawak air menggunakan bakul tapi Ahmad nak tunjukkan kat atuk walaupun dia lari laju, air dalam bakul tersebut masih akan limpah keluar sebaik saje sampai ke rumahnya. Ahmad sekali lagi pergi ke sungai untuk menadah air ke dalam bakul dan lari sekuat hati menuju ke rumah tapi bakul tersebut masih kosong sebaik saje sampai di rumah.

Dalam keadaan tercungap-cungap, Ahmad berkata,

"Tengok Atuk, tak berguna langsung bakul ni."

Atuk pun kata,

"Ahmad kate bakul ni tak berguna? Cuba Ahmad tengok bakul tu sekarang."

Ahmad pun tengok bakul tu dan untuk pertama kalinya dia tersentak melihat bakul tersebut dah berubah. Bakul tersebut dah berubah dari sebuah bakul yang kotor dengan arang menjadi bersih dalam dan luar.

"Ahmad, itulah yang terjadi apabila kite bace Quran. Ahmad mungkin tak paham atau tak ingat semuanya, tapi apabila Ahmad membacenya, Ahmad boleh berubah dalam dan luar." kata Atuk.

Itulah kerja Allah dalam kehidupan kite.

**********



p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...