Rezeki Hampeh
Assalamulaikum.
(..Ya Allah!! ape yang aku telah lakukan??? ..)
Seperti yang dikatakan sebelum ni, aku sudah mula berkecimpung dalam dunia perniagaan dan termasuk hari ni dah due hari aku bekerja.
Suasana yang agak best, pendapatan yang bagi aku sudah cukup untuk menampung kos aku belajar sekiranya duit tersebut tak digunakan untuk ape-ape tujuan lain, sahabat-sahabat sekerja yang tak jemu menunjuk ajar aku dalam membiasekan diri dalam setiap skop tugas dalam perniagaan tersebut dan yang paling penting pengalaman bekerja yang kian lama aku mencari-cari bagi memberi peluang pada diriku untuk mencorak peribadi dan disiplin diri dalam menghadapi setiap kerenah pelanggan dan kaedah komunikasi due hala yang berkesan.
Namun mungkin disebabkan keadaan aku yang didorong oleh rase ingin bekerja dan menuntut pengalamannya sementara mempunyai masa 4 bulan cuti ini, aku telah melakukan kesilapan yang agak besar dan telah membuatkan aku menyesal sampai sekarang.
Mungkin korang pelik apelah yang aku tengah merepek ni kan??
Sebenarnye aku hanya bekerja dibawah naungan syarikat 7 Eleven Malaysia Sdn. Bhd. dibawah cawangan Ukay Perdana, Ampang. Hajat pertama aku melangkahkan kaki ke dalam pada mule-mule ingin mencari kerja dulu memang langsung tak terpikir yang satu ketika dulu aku pernah memboikot untuk bekerja di 7 Eleven kerana kedai tersebut ade terlibat dalam penjualan arak.
Mana tak nye, baru hari kedua bekerja, aku sudah mendapat kepercayaan untuk menjaga cashier dan melakukan stock up, iaitu 'refill' semua barangan yang laris jualannye. Dan boleh kata banyak jugak skop tugas yang aku dah mule laksanakan antaranye :
-Menyapu, Mengemop dan Mengelap. (Sebagai rutin harian setiap kali mule shift baru)
-Melakukan pemeriksaan expire date untuk semua barangan yang dijual.
-Menyusun atur barang-barang.
-Melakukan checklist untuk bilangan semua rokok-rokok yang masuk dan berape yang berjaya dijual.
-Menjaga Kaunter Cashier.
-Menguruskan perihal Topup.
-Menguruskan perihal barangan yang baru sampai dari supplier luar dan mengendalikan perihal resit-resit pembelian.
..gambar aku berpakaian 7 Eleven Crew..Hehe..
..Cashier Kaunter..
..Slurpee Time!!..
..tersusun tak?? aku yang aturkan..haha..
..checklist bilangan rokok masuk dan keluar (my last tugas)..
..tempat bos perhatikan kitorang bekerja..hehek..
Dan jujur aku kata, Store manager sampai dah mule memberi kepercayan kat aku untuk kendalikan tugasan seorang diri.
Akan tetapi pada pagi ni jugak, aku tersentak apabila semasa aku menjaga cashier, aku telah didatangi dengan pelanggan yang ingin membeli arak. Kebetulan pada masa berkenaan hanya aku sorang saje yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga cashier dengan kata lain yang menjalankan akad jual beli melibatkan arak pada ketika itu adalah aku. Hampeh betol!! Untuk pengetahuan yang membeli arak tersebut adalah lelaki dalam linkungan 30-40 tahun berbangsa bangla. Semasa aku scan bar code harga yang ade pada arak tersebut, tangan aku dah mule menggeletar dan hatiku mule tak senang dan satu hadis nabi sentiase berulangkali berlegar-legar di dalam kepala otak aku pada ketika itu iaitu mengenai 10 golongan yang terlibat dalam arak.
" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "
-riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi -
YA ALLAH!! APE YANG AKU TELAH LAKUKAN?? aku telah melibatkan diri dalam gejala arak yang mane aku tahu benda tersebut adalah salah dan sama sekali dilarang tegas dalam agamaMu Ya Allah.
Ya Allah ampunilah dosaku!! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa yang besar dan memang jelas aku mungkin akan dicampak ke NERAKA sekiranya aku tak bertaubat. AKU BERTAUBAT YA ALLAH!! (T_T)
******************
Wahai sahabat-sahabiah sekalian, sekalipun korang semua terdesak ingin mencari rezeki di muka bumi ni, jangan sesekali lupe yang memberi keberkatan korang duduk kat atas muka bumi dan yang memberi korang rezeki ialah Yang Maha Esa. Janganlah kite sanggup melakukan perkara-perkara terlarang hanya kerana ingin menikmati hidup yang mewah didunia ini. Sesungguhnya dunia ni hanyalah tempat persinggahan untuk kite same-same mengumpul bekalan-bekalan (ibadah) bagi menempuhi satu alam yang fana yakni alam akhirat.
Mungkin kali ni aku telah melakukan satu kesilapan yang besar, tapi jadikanlah coretan kali ni satu pengajaran untuk kite same-same belajar dan jauhi.
Sejurus selepas aku menyedari tentang penjualan arak, dengan serta merta aku berhenti bekerja dan terpakse bersemuka dengan Store Manager untuk menerangkan keadaan yang aku hadapi pada ketika itu. Huhu.
Walaupun hanya due hari aku bekerja, tapi aku rase terlalu banyak yang aku pelajari dari semua sahabat-sahabat sekerja yang tak jemu berkongsi ilmu dengan aku seperti Abg Bazri, Kak Linda, Abg Ashiq dan terutamanya Kak Ina (Store Manager).
Sekian sahaja coretan untuk kali ini. Semoga ia mampu memberi pengajaran pada korang semua dalam mengharungi liku-liku kehidupan (Ujian dan Cabaran) yang tak henti Allah turunkan bagi menguji tahap keimanan hambaNya. Wallahu'alam.
p/s: Kepada sesiape yang ade kerja kosong dimana-mana kawasan area Kuala Lumpur (Gombak-Wangsa Maju-Ampang), Silalah postkan komen anda disini. Aku sentiase menanti. Hehe.:)
bgus la abg naz post ni...
ReplyDeletekasi sdar skit kat mane2 bdk yg mgkuk ayun
x sdar2 lg...
arak mmg haram...-ha_if-
bgus la abg naz post ni...
ReplyDeletekasi sdar skit kat mane2 bdk yg mgkuk ayun
x sdar2 lg...
arak mmg haram...-ha_if-
tu lah anep,
ReplyDeleteaku sebenarnye kesian tengok anak-anak muda bangsa kite yang sanggup bekerja 'dengan arak' semata-mata untuk hidup,
padahal aku rase banyak lagi kerja lain yang dorang boleh cari,
"Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka-mereka ini supaya tak terjebak dengan benda yang diharamkan dalam islam". Amin~
tu lah anep,
ReplyDeleteaku sebenarnye kesian tengok anak-anak muda bangsa kite yang sanggup bekerja 'dengan arak' semata-mata untuk hidup,
padahal aku rase banyak lagi kerja lain yang dorang boleh cari,
"Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka-mereka ini supaya tak terjebak dengan benda yang diharamkan dalam islam". Amin~