Latihan Pusat
Assalamualaikum.
(...persediaan seorang atlet..tidur cukup, tak layan minuman berais, tak makan sambal, dll...huh~)
Alhamdulillah.
Lega rasenye apabila selesai sudah latihan pusat untuk sesi hujung minggu ni dimana ia merupakan saat yang sudah lame ditunggu-tunggukan oleh kami (aku, anep, usop). Untuk pengetahuan, latihan pusat ni adalah menjurus kepada persediaan menghadapi satu kejohanan pencak silat yang akan diadakan di Melaka pada pertengahan bulan Jun ini. Dan seperti yang sedia maklum, kategori yang kami sertai untuk kejohanan tersebut ialah silat seni regu atau lebih dikenali dengan nama Jurus Wajib. Jari-jemari terasa laju untuk mencoretkan sedikit laporan ringkas mengenai latihan pusat hujung minggu ni.
Jumaat (26/3)
645pm : Bertolak dari Gombak.
800pm : Tiba di Shah Alam terus mencari surau untuk menunaikan Solat Maghrib. Mencari restoran berdekatan (Restoran Syed) untuk makan malam. Menunaikan Solat Isyak di surau yang sama. Bertolak mencari lokasi Latihan Pusat dijalankan.
945pm : Tiba di Dewan Tempur (Lokasi Latihan Pusat dijalankan) Seksyen 6.Kelihatan Latihan telah pun bermula (Streching). Hanya ada kelibat pesilat olahraga saja pada ketika itu oleh kerana kebanyakan pesilat seni mempunyai urusan pada hujung minggu ni. Cuma solo putera, Fitrin a.k.a Adeq yang datang pada malam tersebut tapi malangnya tak dapat berlatih selama dua minggu atas nasihat doktor kerana mengalami kecederaan dibahagian tisu pinggang beliau. Kebetulan pada malam tersebut diadakan friendly match untuk olahraga antara kontinjen Selangor dan kontinjen Politeknik. Kami macam biase menjalankan latihan kategori Jurus Wajib sendiri disebabkan Gurulatih kategori Jurus Wajib, Cikgu Habizan tak dapat hadir pada malam itu.
11.30pm : Latihan berakhir dengan senaman 'cooling down' diketuai oleh E-Boy (Pesilat Olahraga kategori B putera) dan sikit sesi perkenalkan diri. Dan pemberian alaun Latihan Pusat turut disampaikan pada pengakhiran latihan tersebut tetapi malangnya alaun untuk kategori kami (Jurus Wajib) tak sempat disediakan atas masalah teknikal dan mungkin akan diberikan pada minggu berikutnya. Disusuli dengan minum dan makan selepas latihan di Restoran berdekatan. Kami menginap dan tidur di gymnasium dibangunan sebelah tempat kami berlatih (Dewan Tempur) yang lengkap ber'aircond' bersama gurulatih yang lain.
..bergambar di gym..tempat kitorang tidur..kawasan ber'air cond'..sejuk giler..Hehe..
Sabtu (27/3)
800am : Berkumpul dan jogging di tasik yang berdekatan sebanyak 8 pusingan bagi yang tak terlibat dengan fitness test manakala 4 pusingan bagi yang terlibat dengan fitness test pagi itu. Disusuli dengan speed/sprint naek bukit/curam sebanyak tiga kali dan speed/sprint turun bukit dan tanah rata sebanyak dua kali. Dan seterusnya 'cooling down' dan menuju ke restoran untuk menikmati sarapan pagi.
11.00am : Fitness test dijalankan dimulakan dengan pengukuran berat badan dan ketinggian. Seterusnya 1 min sit up, 1 min push up, Sit and Reach, T-Test, Vertical Jump dan Shuttle Run. Manakala yang telah menjalankan fitness test, dilatih oleh Cikgu Sani selaku Ketua Gurulatih Kontinjen Selangor.
..borang fitness test yang perlu diisi ketika ujian dijalankan..
12.30pm : Latihan pada pagi itu tamat dan seterusnya masing-masing ikut hala tuju sendiri. Ada yang pergi ke pekan untuk membeli barangan keperluan dan ade yang pulang ke kediaman masing-masing (rumah sewa / gym) untuk berehat mengumpul tenaga bagi latihan pada sesi petangnya pula.
3.00pm : Untuk latihan sesi petang, latihan Silat Olahraga dibawa oleh Cikgu Sani dan latihan Silat Seni (Jurus Wajib) dibawa oleh Cikgu Habizan. Latihan petang itu berjalan dengan lancar. Jurus Wajib berjaya menghabiskan latihan Jurus yang pertama. Walaupun kami agak kepenatan (pancit) mungkin disebabkan kaedah latihan yang aggresif, namun itulah hakikat latihan Jurus Wajib yang sebenar.
..Cikgu Sani, Cikgu Rafi, Cikgu Habizan dan Cikgu Zul..
..tempat berlatih (kawasan latihan)..
5.30pm : Latihan sesi petang tamat dan diatas kata sepakat, kontinjen kami termasuk dengan gurulatihnya sekali beramai-ramai menuju ke kedai Al-Ikhsan untuk membeli barang. Dan sebelum pulang ke Dewan Tempur (tempat berlatih), kami (Team Jurus Wajib) dan beberapa orang Gurulatih yang lain menikmati makan malam direstoran berhampiran.
..Gurulatih menikmati hidangan makan malam bersama minuman berais..Huh~ memang menguji iman betol..Hekhek..
9.00pm : Latihan pada malamnya pula, bagi Silat Olahraga dibawa oleh Cikgu Rafi manakala Silat Seni (Jurus Wajib) masih dibawa oleh Cikgu Habizan. Tahniah kepada Jurus Wajib kerana
berjaya menghabiskan latihan Jurus kedua malam itu walaupun masih tak mantap. Hehe. Seterusnya latihan bagi kekuatan kaki (tendangan/sepakan), push up 50 kali, sit up 50 kali dan diakhiri dengan 'cooling down'. Latihan Jurus Wajib tamat dengan pemberian tugasan oleh Cikgu Habizan untuk sepanjang seminggu sebelum kedatangan latihan pusat untuk minggu seterusnya.
Antara tugasan yang diamanahkan :-
-Sediakan pemberat kaki dan tangan.
-Jogging sehari paling kurang 20-30 minit tanpa henti.
-Speed naik bukit/tangga.
-Berlatih sepakan layang/juring sambil diikatkan getah dikaki sebanyak 50 kali dan increment 5 kali setiap hari.
-Jangan minum ais dan makan sambal.
11.45pm : Latihan berakhir dengan senaman 'cooling down' beramai-ramai dan sedikit nasihat daripada barisan Gurulatih.
Ahad (28/3)
8.00am : Macam biase berkumpul dan berjogging tapi kali ini di taman yang berlainan. Sebanyak tiga pusingan disusuli dengan sprint, sit up, push up, back push up, dll. Dan ade sikit permainan/game dijalankan sebelum beransur pulang untuk menguji kepekaan seseorang menerima arahan. Seperti biase, selesai jogging terus menuju ke restoran untuk menikmati sarapan.
..bergambar selepas main game..
..takde kerje bergambar mase on the way balik dewan latihan...orang lain tengok pelik jer..haha..
11.00am : Untuk pagi itu takde latihan tetapi digantikan dengan beberapa permainan/game yang dibawa oleh Cikgu Sani bagi membentuk motivasi diri disamping kata-kata yang banyak membakar semangat pesilat-pesilat sehingga menyentuh isu-isu sensitif sekali pun melibatkan gender. Antara permainannya ialah :
Game 1 - Semua pesilat dikehendaki tutup mata dengan menggunakan kain dan diminta untuk mencari satu botol yang dililitkan bersamanya wisel yang diletakkan dalam kawasan gelanggang.
Game 2 - Semua pesilat dikehendaki tutup mata dengan menggunakan kain dan mereka dikehendaki mendengar arahan ketua/leader (tak tutup mata) untuk bergerak kemana-mana yang diarahkan.
Game 3 - Leader/ketua pula dikehendaki tutup mata dan dikehendaki mendengar arahan dari semua pesilat-pesilat (tak tutup mata) untuk bergerak kemana-mana yang diarahkan.
Game 4 - Dibahagikan kepada dua kumpulan. Dikehendaki untuk menyampaikan message melalui komunikasi dua hala dari orang pertama ke orang kedua dan seterusnya sehingga orang terakhir dan diminta untuk menuliskan kembali messagenya diatas sehelai kertas.
Alhamdulillah, motif permainan tercapai. Banyak jugak 'Cerita Rakyat' diselitkan sepanjang permainan/game tersebut dijalankan. Huhu. Sesi pagi itu tamat sebaik sahaja azan zuhur berkumandang. Selesai jer latihan, kemas dewan (tempat latihan) dan siap sedia untuk pulang kerumah masing-masing.
..sesi mengurut kaki E-Boy oleh Cikgu Sani..Siksa Giler!!..
4.00pm : Alhamdulillah, selamat sampai kerumah.
p/s: begitulah serba serbi tentang latihan pusat selama dua hari dua malam yang telah aku sertai pada hujung minggu ni. Semoga aku dapat konsisten dalam berlatih setiap hari. Wallahu'alam.
Bes gak cter nih...haha...complete,lgkap,padat dan jitu....hahahaha...
ReplyDeleteLorh...amik gmbr wak2 org x redy...
jap,,eboy klas B ek?????
Bes gak cter nih...haha...complete,lgkap,padat dan jitu....hahahaha...
ReplyDeleteLorh...amik gmbr wak2 org x redy...
jap,,eboy klas B ek?????