Bekerja Lagi

Assalamualaikum.
(..kerja Oh kerja!!..)

Hari ni sebenarnya aku nak membicarakan mengenai kerjaya aku. Mungkin sebelum ni aku pernah bekerja di satu "kedai runcit" tapi malangnye aku terpakse berhenti atas sebab yang tak dapat dielakkan. So, kali ni pulak aku dapat bekerja dibawah naungan satu syarikat maintainance bernama Empayar KTE Resources. Syarikat ni lebih kepada menguruskan hal ehwal penghawa dingin dan seangkatannya. Syarikat ni telah mendapat kontrak dengan International Islamic School kat Gombak. So dengan kata lainnya, office aku sekarang ni kat sekolah tu. Ape pulak post aku dalam syarikat ni?


Post aku..hmm..boleh kata sebagai kerani atau admin jugak lah. Sebab kerja aku memang 8 jam dalam office yang ber air cond. Huh~ best giler! Hehe. Takde lah. Walaupun nampak macam best tapi kerja aku berlambak gile sebab sebelum ni tak pernah ade kerani yang menguruskan hal ehwal laporan dan database. So, aku lah yang kene kemas kini balek semua data dari bulan november tahun lepas sampai sekarang. Banyak tuh~ Haha. Standard lah tu. Name pun bekerja. Hehe.

..meja kerja aku..

..zon bekerja & online.."sambil menyelam minum air"..hekhek..

..zon melepak, rehat, tidur dsb..Hehe..:P

..zon bersepah..Haha..tempat alatan-alatan maintainance dilambakkan..

Pasal gaji? Aku ni bukan sorang mata duitan. Hehe. So, bagi aku pengalaman bekerja tu lagi penting. Pasal gaji aku setiap bulan, aku rahsiakan dulu setakat ni. Siapa yang dah tahu, senyap-senyap sudah~. Haha. Tapi takdelah banyak sangat sampai boleh beli kereta sebijik, atau beli rumah sebuah. Sekadar cukup untuk tampung makan minum anak isteri sudah. Haha. Terover pulak. :P.

Cukuplah setakat ni untuk coretan kali ini, harap-harap takdelah faktor yang boleh menyebabkan aku berhenti lagi sekali. Semoga sejarah tak berulang kembali. Wallahu'alam.

p/s: prinsip aku "BEKERJA UNTUK HIDUP, BUKAN HIDUP UNTUK BEKERJA"..Fikir-fikirkan. sekian.

Comments