RumahKu SyurgaKu

Assalamualaikum.
(..ketandusan idea..tapi hati ini masih ingin mencoretkan sesuatu..maka terlintaslah RUMAH dalam kepale otak aku..Haha..)

Huh~ malam yang membosankan.(-_-) Takde idea langsung nak tulis post ape untuk malam. Tetibe jer terpikir nak tulis satu post khas pasal rumah aku. Hehe. Tak silap aku, aku pernah tulis pasal rumah aku dalam blog sebelum nie. Tapi bile belek-belek balik post terdahulu, takde pulak pasal rumah aku. Mungkin kat mantan blog aku agaknye. Haha.

Tetibe jer teringat rumah lame aku kat Taman Melawati. Rindu rasenye bile teringat banyak kenangan pahit, manis, masam, payau dan macam-macam lagi kat sane. Ape taknya, dari aku lahir lagi dah memang tinggal kat rumah tu. Senang cerite rumah tu family aku mule duduk tahun 1988. Mase tahun tu kakak aku lahir. Sekarang ni kakak aku dah berumur 22 tahun. Lame jugaklah aku dan family tinggal kat sane. Huhu.

Dulu mase aku tinggal kat sane, ramai sahabat-sahabat aku kate rumah-rumah kat Taman Melawati tu semuanya kaya-kaya belaka. So, dorang pun dengan senang hatinye kate family aku kaye. Lolz. Padahal rumah akulah yang paling antik sekali kat taman tu. Sebab langsung tak pernah renovate dari mule pindah kat situ. Huhu. Kalau tengok kat rumah jiran-jiran aku mase tu, memang majoritinya semua besar-besar belaka. Macam istana pun ade. Haha. Rezeki dorang. Tak perlu dipersoalkan. :)

..rumah yang berusia lebih 20 tahun. 3 tingkat, 5 bilik tidur, 3 tandas dan 2 ruang tamu. halaman yang agak luas. mase mule-mule beli kalau tak silap aku RM195k dan sekarang ni nilainye cecah setengah JUTA!!!..

Gambar-gambar yang sempat ditangkap mase tengah sibuk kemas barang untuk pindah :-

..kawasan ruang tamu..

..kawasan dapur..

..bilik abang aku..

..master bedroom..

..bilik kongsi aku dengan adek aku..

..halaman rumah yang agak luas..

..kawasan sidai baju..eee~ kotornye..maklumlah tengah sibuk nak pindah..hehe..

Namun, semuanya telah menjadi kenangan dan memori buat keluargaku. Sekarang, aku and my siblings tinggal kat rumah abang aku kat ukay perdana. Actually bukan rumah pun, apartment jer. Huhu. And my parent, both my dad and my mom tinggal kat rumah rawang dalam kawasan Bandar Tasik Puteri. Kirenye rumah kat rawang tu dah jadik macam kampung akulah. Hehe:P

Apartment abang aku kat Ukay Perdana, Ampang ni boleh kate ok jugaklah. Dapat tingkat 2 dan ade guard, hopefully selamat lah. Name kawasan tu Pangsapuri Sri Baiduri. Ade surau nearby but still in that area. Surau die hidup dan selalu ade kuliah maghrib, ceramah and everything.

..tinggi tak?? tinggi tak?? Hehe..Lolz..

..apartment yang aku maksudkan bernilai kalau tak silap aku RM120k. 4 bilik dan 2 tandas..

Last but not least rumah aku kat Bandar Tasik Puteri, Rawang, yang parent aku tengah duduk sekarang ni. Rumah tu corner lot. Kawasan kat sana best jugak lah. Tanah rata dan tak banyak lagi orang tinggal kat sana. So, memang nampak kosong jer kat sana. Kalau nak release tension memang sedap lepak kat sana. Hehe. Tapi yang kurengnye, kat dalam bandar tasik puteri ni langsung takde kelibat pasaraya, bank dan stesen minyak. So, kalau nak pergi kat tempat-tempat tadi tu kenelah keluar dari kawasan bandar tasik puteri ni. Dari pintu masuk bandar tasik puteri nak sampai ke rumah aku ambek mase 10 minit. Memang agak jauh. Tu yang leceh sikit tu. Tapi overall ok lah.:)

jangan salah sangka. rumah tu bukan rumah aku, tapi rumah jiran aku. Hehe. pe yang aku nak tunjukkan kat sini ialah keluasan halaman rumah aku. :P

yang ni barulah rumah baru aku. 5 bilik dan 3 tandas. dapatlah aku bilik sendiri walaupun bilik aku yang paling kecik. Huhu. (T_T)

Mungkin setakat ni jer untuk penulisan kali ini. Di lain hari kite bersua dengan satu topik yang suka hati aku nak tulis pasal ape. Hakhak. Akhir kalam, "segala-galanya bermula dari rumah". Renung-renungkan dan selamat beramal. Hehe.

p/s: aku ni memang pelik sikit sejak due menjak ni. Asal terpikir pasal sesuatu jer terus tulis dalam blog. Maklumlah, otak aku sekarang ni dah bebas dari unsur-unsur akademik. Haha. Maaf kepada sesape yang pernah membace post ni sebelum ni. Hehe. Ape pun aku masih ade satu perjuangan yang masih belum selesai. Satu hari akan aku postkan satu tajuk khas pasal perjuangan aku tu. Nantikannya. Wallahu'alam.

Comments