Tension Gilerz !!!
Assalamualaikum.
(...Arrgghhhh!!!...)
Tension gile malam ni. Tiga benda yang bermain kat pikiran aku sekarang ni. Dahlah memang penat gile baru balek kerja tambah lagi pikir pasal bende ni.
Yang pertama
Pre-Registration of Courses for Semester 3,2009/2010 And/Or Semester 1, 2010/2011
Pasal pre-registration untuk masuk sem 1 2010/2011 kat Uia Gombak nanti. Pening gile kepale otak aku tengok list semua subjek beserta dengan group/section dan mase die sekali. Macam mane aku nak pilih ni !!! Dah lah kepale otak dah memang serabut gile. Tambah lagi kene pikir camne nak susun jadual kelas-kelas mase first sem nanti. Aduih !!! Tension gile. Nak termuntah ade gaklah bile nak pikir pasal bende ni. Yelah, memang dah pening tahap gaban ni. Huhu. Dahlah dorang bagi due hari jer nak buat mende ni iaitu hari ni ngan esok. Harap-harap esok aku dapat petunjuk nak susun jadual aku nanti. Huhu.
..Antare list subjek-subjek yang aku kene pilih..
Yang kedua
Pasal kem latihan pusat yang aku, anep ngan usop kene pergi hujung minggu ni (esok). Camne nak pergi sane ??? Kenderaan takde !!! Takkan nak naek moto jer kot pergi Shah Alam. Jauh tu. Mule-mule ingat nak gune keta mak anep, tapi end up mak die nak gune ujung minggu ni. Aduih. Camne ni !!! Keta satria aku lak, adek aku pakai. Adusss. Tension gile pikirkan pasal mende ni. Last option naek moto jer kot. Huhu.
Yang ketiga
Pasal kerja aku lak. Tapi rasenye ni tak pening sangat kot. Sebab mule-mule aku dah mintak cuti esok (Jumaat) sebab latihan pusat mule hari Jumaat sampai Ahad. Kebetulan pulak anep pun bekerja jugak. So, kalau ikut perancangan kitorang nak ambek cuti tiap hari Jumaat kirenye macam pelepasan sebab hadiri kem latihan pusat tu. Alih-alih, anep kate esok die kene kerja jugak. Maklumlah, baru mule kerja takkan dah nak mintak cuti kot. Pastu, kitorang bertiga pulak memang bertolak pergi Shah Alam tu sekali. Kirenya kalau anep kerja esok dan habis petang, aku kene tunggu die sampai petang untuk bertolak sekali lar. Huhu. Ke baek aku kerja esok pastu habis awal sikit. Huh~ pening gak kepale aku pikir, Kalau tak pergi kerja, confirm kene tolak gaji. Kalau pergi pulak, takot penat nak latih silat petang tu. Aduss. Camne ni !!! Nak pergi kerja ke tak ???
p/s: Sape leh tolong settlekan masalah aku? Kalau korang tak paham penulisan aku kali ni, baek tak yah pahamkan. Buat pening kepale korang jer. Huhu. Juz nak release tension sikit.
Comments
Post a Comment