Mengimbau Nostalgia Lalu
Assalamualaikum.
(..kembali ke titik permulaan perjuanganku..)
Setelah berkali-kali dipujuk oleh Raja dan ditepek oleh Cikgu Jasmi, akhirnya terdetik juga aku untuk menjejakkan kaki di bumi S.K. Taman Melawati 1 yang penuh dengan nostalgia tika aku menuntut ilmu dari tahun 1 hingga tahun 6 dulu. Hajat dihati hanyalah untuk memenuhi permintaan Cikgu Jasmi untuk turun membantu beliau melatih anak2 gayong S.K. Taman Melawati 1.
Setibanya aku disana, aku mengimbau kenangan lalu dimana disitulah bermulanya perjuangan aku sebagai seorang pelajar sekolah dan disitu jugaklah bermulanya pengembaraan aku sebagai anak gayong. Dan untuk pengetahuan kite bersama, gelanggang S.K. Taman Melawati 1 merupakan gelanggang pertama dalam Malaysia yang memperkenalkan silat di sekolah rendah.
..Selamat Datang pada diriku setelah hampir 8 tahun tak menjejakkan kaki disini..
..sekolahku dahulu..
..latihan telah pun bermula ketika kitorang tiba disana..
..bertemu dengan Cikgu Tarmizi, Ustaz Raja dan Cikgu Ezlie..cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu...(menyibuk pulak budak pakai baju gayong ni..Hehe..)
..Aku dan Raja sebagai pemerhati dari luar setelah mengambil keputusan untuk tidak turun melatih di gelanggang tersebut..
..Aizat dan Ibnu sedang mengajar Silat..
..Surau S.K Taman Melawati 1 yang telah banyak berubah..selepas menunaikan solat Zohor berjemaah dimami oleh Al-fadhil Ustaz Raja Zhafri..Hehe..
..bergambar di pintu masuk utama S.K. Taman Melawati 1..
..banner pengambilan ahli baru untuk gelanggang S.K. Taman Melawati 1..
Selesai jer latihan silat di S.K. Taman Melawati 1, kitorang pun terus bergerak ke SMK Seksyen 5 Wangsa Maju untuk menghadiri latihan silat di sana dan juga merupakan gelanggang di bawah naungan Cikgu Jasmi. Tapi disebabkan hatiku terdetik masih belum bersedia untuk bersilat, aku pun sekali lagi hanya menjadi pemerhati dari luar, tapi kali ni aku seorang diri.
..pembukaan gelanggang diimami oleh Raja..
..latihan dimulakan dengan asas gerakan ketujuh (golongan)..
..disusuli dengan latihan kombat..persediaan untuk menghadapi ujian kenaikan bengkong pada bulan 5 rasenyer..
..penutupan gelanggang..sapekah gerangan manusia yang berpakaian t-shirt bomba disebelah kanan gambar yek??..Hehe..
Latihan tamat pada pukul 645 ptg, dan selepas tu aku terus bergerak pulang ke rumah (Rawang). Selamat tiba di rumah jam 830 mlm. Huh~ hari yang memenatkan. That's all for now.
Comments
Post a Comment