Monday, 8 March 2010

Result Dah Keluar !!

Assalamualaikum.
(..Alhamdulillah, aku bersyukur~..)

Dalam kepenatan aku mengharungi hari pertama bekerja, sesampai jer aku kat rumah tetibe mendapat tahu result final sem aku dah keluar. Aku pun tanpa segan silu terus melayari student portal untuk check result aku. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat walaupun CGPA aku tak cecah 3.5 ke atas tapi sekurang-kurangnye aku tak repeat ape-ape subjek.

..kalau nak tahu CGPA aku, pandai-pandai kire sendiri..Hehe..:P

Mungkin result aku takde lah sebagus sahabat-sahabat yang lain, namun, aku harap ia tak menjadi penghalang untuk aku apply dan perolehi biasiswa bagi menampung pengajian aku untuk ijazah pertama di uia gombak nanti, insyallah. Sahabat-sahabat, doakan aku berjaya dalam mengecapi impian dan cita-cita aku selama ini. Wallahu'alam.

p/s: aku nak ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat uia yang telah berjaya memperoleh result yang cemerlang untuk sem lepas. Semoga ia menjadi batu lonjakan untuk kite same-same maju bertapak-tapak kehadapan. Kepada yang kurang bernasib baik, aku harap korang redha dan terima dengan hati yang terbuka. Setiap ape yang berlaku mesti ade hikmahnye. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...