Rancangan

Assalamualaikum.
(..kalau korang nak bace, silakan..kalau taknak, korang punye pasal..)


Alhamdulillah,

Sempat jugak aku nak coretkan sesuatu kat Diari aku ni setelah 4 hari tak update. Nak kate aku sibuk sangat, sempat jugak aku online setiap hari. Mungkin hati ini dah terasa bosan untuk menaip atau mungkin mood untuk menaip masih tak timbul. Tapi hari ini aku paksa jugak diri aku untuk menaip. Huhu. Mungkin kali ni aku nak cerite sikit pasal hujung minggu yang lalu yang mane aku rase antara hari-hari yang agak malang bagi aku.

******

Jumaat (19/3)

-Hari ni memang antara hari yang paling sukar untuk aku hadapi kerana pada setiap hari Jumaat aku terpakse buat keputusan gelanggang silat mana yang aku patut turun. Sama ade Gelanggang Gombak Setia (Cikgu Wan), Gelanggang Cheras (Cikgu Jasmi) atau Gelanggang Selayang (Cikgu Rizal).

-Pada petangnye memang telah dirancang untuk pergi ke pejabat gayong pada mulanya disebabkan sahabatku sorang ni, Anep (bukan nama sebenar) yang tak pernah langsung jejakkan kakinye ke pejabat tu. So, bile sampai mase nak pergi pejabat, die message aku kate tak dapat join sebab die nak pergi Book Fair kat PWTC lak. Aduss. Tapi nasib baek aku ni memang tak kesah. Sebab sebelum ni memang rutin mingguan aku selalu pergi pejabat gayong tiap hari Jumaat dengan Raja. Huhu. Kekadang kalau takde sebab pergi sane pun, buat-buat ade sebab. Haha.

-Pada sebelah malamnye pulak aku bingung gile pikirkan nak pergi gelanggang silat Cheras ke tak. Atau better aku pergi gelanggang silat kat Gombak Setia jer. Kebetulan pulak lepas isyak tu aku memang kene ambek adek aku kat UIA, Petaling Jaya. Lepas balek tu aku terase maleh lak nak keluar. Sebab kalau nak pergi gelanggang silat Cheras ni kene datang sane awal. So, aku pun ambek keputusan nak pergi gelanggang Gombak Setia yang boleh datang sane lewat sikit. Disebabkan hati ini masih terasa berat untuk keluar dari rumah, last-last, due-due gelanggang aku tak pergi. Haha. Duk umah mengadap laptop lagi best. Tak ke malang tu tak dapat pergi gelanggang silat langsung malam tu. Woha.

*****

Sabtu (20/3)

-Pagi ni pulak family aku memang dah rancang untuk pergi tempah baju melayu untuk majlis perkahwinan abang aku hujung bulan 5 ni. Mule-mule rancang nak pergi kedai jahit kat Melawati jer, alih-alih kedai die tutup. Pastu kitorang terpakse pergi ke kedai jahit Taman Keramat. Huhu.

-Pada sebelah petangnye pulak, akak dan adek aku tibe-tibe ajak pergi tengok wayang cerite 'Alice in The Wonderland' kat J.J. Kepong (panggung wayang favourite akak aku). Sampai sane jer, dah beratur penat-penat tibe-tibe tengok sit takde (penuh) lak. bengkek tol. Last-last kitorang cancel tengok wayang. Sebagai ganti penat-penat datang sane, kitorang pun pergilah window shopping jer kat J.J tu. Huhu. Sebelum bertolak pulang, kitorang dinner kat Medan Selera. Pastu terus balik sebab nak kejar mase untuk malam tu yang rancangnye nak turun gelanggang silat Desa Petaling (Cikgu Ariffuddin).

-Mule-mule rancangnye yang pergi latihan silat gelanggang Desa Petaling tu ialah Aku, Adek aku, Anep, Ibnu, dan Raja. Tapi last minit lak Raja message aku kate die tak dapat datang malam tu sebab penat sangat. Kalau die tak datang, confirm Ibnu pun tak datang gak. Anep pulak cam biaselah message last minit. Pastu, tinggal aku ngan adek aku jer. Lolz. Last-last aku dah maleh nak pikir, terus cancelkan jer niat nak turun gelanggang Desa Petaling tu. Tak ke malang namanye. Huhu.

*****

Ahad (21/3)

-Hari ni lak memang aku dah allocate untuk rehatkan minda aku. Duk depan laptop online memanjang. Huh~ Tension nye pasal. Satu gelanggang silat pun aku tak turun hujung minggu ni. Takpe lah. Takde rezekilah tu.

*****

p.s: Aku tak salahkan sesape dalam penulisan kali ni. Mungkin kite dah rancang sesuatu benda tu sebaiknya, tapi yang menentukannya adalah Allah swt. Maka benarlah :

"..Wamakaru makarallah wallahu khairulmakirin.."
Kite merancang, Allah pun merancang, dan sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Wallahu'alam.

*Sempat jugak aku online kat Office tempat kerja aku sekarang ni. Alamak!! bos sampai..cau dulu. Hehe..Assalamualaikum.

Comments