Kenali Keris

Assalamualaikum.
(..Keris Senjata Warisan Bangsa Melayu..)


Seperti rutin mingguan aku, hadiri latihan di gelanggang Gombak Setia tapi kali ni bersama sahabatku/juniorku, Hanif. Untuk latihan kali ini telah dirancang untuk mengadakan sesi "Mengenal Jenis Keris & Ceritera Mengenainya". Latihan tersebut juga telah dihadiri oleh ramai senior-senior antaranya Raafi, Hafiz, Abg Fairuz, Anwar, Abg Saiful, Cikgu Yaseer, Irfan, Saufi, Raja, dan lain-lain. Penjelasan mengenai Jenis Keris dan Cara mengenalnya telah disampaikan oleh Cikgu Wan, Cikgu Yaseer dan Abg Saiful.

..masing-masing berusaha untuk mendirikan keris..

..tiga bilah keris berjaya didirikan manakala lagi tiga sedang diusahakan..

..cuba teka berapa bilah keris semuanya??..

..saje2..takde keje..hehe..

..sesi "Mengenal Jenis Keris" bermula..

..Abg Saiful sedang menjelaskan mengenai jenis-jenis keris dan cara mengenalnya..

..Penerangan yang lebih terperinci disampaikan oleh Cikgu Yaseer..

Alhamdulillah, banyak input yang aku dapat pada malam tu walaupun diri ini tak pernah mempelajari ape-ape senjata secara rasmi. Ape yang aku suke dengan dorang ni, walaupun dorang tak mempunyai ilmu yang mendalam mahupun mempelajari seni keris ni secara rasmi yakni berguru, tapi sikap dorang yang suke mengkaji tentang senjata dan berkongsi ilmu serta pengalaman bersama kitorang patut dicontohi. Untuk menerangkan segala ape yang aku dapat dan pelajari pada malam tersebut rasenye memerlukan satu post khas kerana mungkin agak panjang. Insyallah aku akan cube usahakan. Wallahu'alam.

p/s: malam tu jugak sebenarnye ade satu kes yang hampir mencetuskan pergaduhan antara abg kepada 'pesilat GTM' dengan sahabat kepada 'pesilat GTM' atas sebab yang agak remeh tapi mungkin sebab melibatkan maruah. Alhamdulillah, hasil gandingan Cikgu Wan, Kak Shiela dan Cikgu Yaseer berjaya meleraikan pertelagahan yang berlaku. Sesungguhnya, segalanya atas pertolongan Allah swt. Tapi...APA YANG TERJADI PADA BANGSA MELAYU SEKARANG NI!! Sekian..

Comments