Posts

Showing posts with the label Travel

Trip to China 2019 - Shanghai

Image
Assalamualaikum w.b.t. [ Post tertunda yang sekian lama dalam draft mode. Akhirnya terdetik juga untuk publishkan setelah berjaya mengorek kembali memori lama untuk dicoretkan di sini. Agak panjang berjela. Sekadar simpanan memori untuk rujukan diri sendiri di masa mendatang. ] Alhamdulillah. Seperti yang tertitip diruangan tajuk entri, insyaAllah kali ini aku ingin berkongsi kurang lebih sedikit pengalaman pengembaraanku ke China tahun lepas. Kalau sebelum ini, aku kerap mengembara ke Jepun atas tuntutan kerja untuk projek Perodua. Kali ini pula adalah untuk projek Proton pula. Detail pengembaraan kami : Lokasi lawatan : Chunxiao Geely Manufacturing Plant dan Hwaway Technologies Co. Ltd. Motif lawatan : Diskusi teknikal bersama jurutera Geely dan Hwaway Masa lawatan : 20hb - 24hb Jan 2019 Penerbangan : Malaysia Airlines (MAS) Bersama : Bos bernama Hoh Kim Yong Ok. Disebabkan negara kunjungan kami kali ini berbeza sikit dengan sebelum ini kerana China mewajibkan VISA. Dan...

Perth 2017 - Persediaan Sebelum Bertolak

Image
Assalamualaikum w.b.t. [Post Tertunda] Coretan pertama 2017. Catitan pertama bulan yang ke 8. Masih memujuk diri untuk meneruskan hobi yang tergantung sepi. Menulis. Berkongsi kisah peribadi untuk tatapan diri di masa mendatang. Namun, azam yang masih terkujur layu dek kesibukan dunia dan amanah bermajikan. Pulang dari kerja semakin lewat, kerja bertimbun yang tak pernah berkurang malah makin bertambah, hujung minggu yang penuh dengan aktiviti merehatkan minda dan berukhuwah bersama ahli rumah yang lain juga tak lupa sedikit ruangan masa beberapa jam untuk aku laburkan memenuhi amanah, berkongsi ilmu bersama adik-adik bakal pasukan silat seni SUKMA Selangor 2018. Alhamdulillah. Walau dipenuhi masa yang sentiasa mencemburui diri ini, masih punyai ruang masa untuk aku bahagikan buat familyku, sahabatku, dunia silatku, periuk nasiku dan passionku. Seperti penulisan sebelum-sebelum ini, setiap catatan pengembaraan suka untuk aku kongsikan di ruangan ini. Malah ruangan ini sendiri...

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...

Seoul Trip 206 - Day 3

Image
Assalamualaikum w.b.t. Masuk hari ketiga kami bermusafir di bumi Korea. Alhamdulillah. Untuk hari ini kami semua akan dibawa ke salah satu tempat tarikan utama di Korea. Tempat yang pernah menjadi lokasi penggambaran drama popular korea Winter Sonata. Tour guide yang bertugas untuk hari ketiga ini namanya Imran. Pelajar tahun kedua di Hanyang University. Juga merupakan housemate kepada Hisham iaitu tour guide kami di hari pertama kami tiba di sini. Untuk menuju ke Nami Island, kami telah mengambil train line 5 dan turun di Gunja station seterusnya bertukar ke line 7 menuju ke Sangbong station. Dari Sangbong, kami menaiki train ITX Gyeongchun dan turun di Gapyeong station. Station ini merupakan station utama untuk mereka yang ingin ke Nami Island. Dari station ini, akan ada dua transportasi untuk ke Nami Island iaitu sama ada teksi atau bas. Pada mulanya, perancangan asal kami akan naik teksi untuk ke jeti Nami Island. Tapi disebabkan ada destinasi adhock yang baru dirancang untuk d...