Posts

Showing posts from July, 2012

Iftar di Bora Asmara | Silat Seni Team

Image
Assalamualaikum. Restoran 'Bora Asmara' telah menjadi lokasi pilihan 'Team Silat Seni UHBO' bagi mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 28 Julai yang lalu. Menghimpunkan pesilat2 seni dibawah didikan Coach Habizan iaitu dari UPNM, UiTM, UIAM dan Selangor. Menelan kos mencecah 3 angka. Agak mahal, namun berbaloi dengan hidangan dan juadah yang disediakan. Berkonsepkan buffet dan sekali bayar boleh makan seberapa banyak yang kita mahu. p/s : Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menghulurkan sponsor atau yang bayar lebih untuk menampung semua kos. Moga di Ramadhan akan datang kita buat lagi. Dan moga dapat sambutan dari senior2 dan veteren2. Insyallah. Wallahualam.

Transformasi Bi'ah Ramadhan

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa sehingga Ramadhan kedua ni. Puasaku kali ini penuh dengan latihan dan study. Selection yang bakal diadakan pada minggu ketiga puasa. Midterm yang akan diadakan pada hari Khamis depan. Terkenang aku saat berpuasa di bumi UIA PJ satu ketika dulu. Biah yang terpelihara dan sentiasa bersama sahabat2 yang kerap mendekatkan diri dengan masjid. Bersama2 mereka menjalani aktiviti2 ibadah. Solat fardhu berjemaah di awal waktu di masjid. Bersama2 mendengar kuliah dan tazkirah yan disampaikan oleh ustaz jemputan. Dan macam2 lagi. Hatiku ketika itu sangat2 tenang. Seolah2 tiada langsung permasalahan yang menghantui jiwa ini. Mungkin itu yang telah dijanjikan Allah SWT. Dikala kita mendekatkan diri kepadanya dan sentiasa mengingatinya, Dia akan sentiasa menjaga kita. Namun, musafirnya aku ke bumi UIA Gombak, keadaan sekeliling dan biahnya telah berubah. Ikatan dan ukhuwah antara kami tak serapat dulu. Mungkin it

Salam Ramadhan

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, berjaya ku tempuhi Ramadhan yang pertama dengan baik. Begitu nikmatnya bila berbuka puasa hari pertama Ramadhan bersama family. Full house bak kata Mat Salleh. My Favourite Ramadhan's Meal Tapi untuk puasa tahun ni, aku tak dapat nak berseronok sangat kerana ade MISI yang perlu ku kecapi. Dan aku harap ianya berjaya. Amiin. Dikesempatan ini, suka untuk aku ucapkan : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK PERBANYAKKAN IBADAH DAN SEDEKAH SEPANJANG BULAN INI BAGI MELENGKAPKAN BEKALAN UNTUK DUNIA SELEPAS INI. Ikhlas dari Penulis BLOG JEJAK MUSAFIR

SUKMA dan MASUM 2012. Done!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Marhaban ya Ramadhan Kareem. Insyallah. Pabila detik azan Maghrib 20 Julai 2012 berkumandang, secara rasminya kedatangan bulan mulia menjelma. Bulan untuk kita berpuasa penuh sebulan, bulan untuk kita meningkatkan ibadah dan bekalan sebelum menempuhi dunia selepasnya, bulan untuk kita mendidik nafsu kita ke arah kebaikan dan seumpamanya. Namun kehadiran bulan Ramadhan juga telah menjadi sempadan terakhir buat penglibatan ku dalam dua kejohanan besar tempoh hari. Selesai sudah dua kejohanan berprestij peringkat Malaysia dan peringkat Universiti yakni SUKMA dan MASUM. Alhamdulillah, kedua2 pasukanku berjaya. Berikut adalah pungutan pingat untuk kedua2 kejohanan tersebut : Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang 2012 Team : Selangor 3 Emas 7 Perak 6 Gangsa Sukan Universiti (MASUM) UTHM 2012 Team : UIAM 2 Emas 1 Perak 2 Gangsa (merupakan satu2nya sukan yang menyumbang EMAS dalam kejohanan MASUM fasa II) Syukur walaupun hakikatnya diri ini bukan dalam kalangan mereka2

Demo Silat Sukan Sekolah 2012

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Satu per satu tugasanku telah selesai. Kini hanya menunggu saat permergianku ke tanah UTHM Batu Pahat Johor untuk Kejohanan Pencak Silat MASUM 2012. Di kesempatan dan masa terluang ini suka untuk aku kongsikan serba serbi pengalaman pertamaku membawa demo silat peringkat sekolah. Sebelum ni asyik mengamanahkan junior2 untuk tolong handle tetapi kali ini segala persiapan awal dan ketika demo tersebut aku ada bersama. DEMONSTRASI SILAT SEMPENA KEJOHANAN SUKAN BALAPAN DAN PADANG SMK SUNGAI PUSU KALI KE-13 Demo yang tak seberapa namun ada sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Iaitu penambahan slot pemecahan. Lets the pictures describe everything. Gerakan Kombat Regu Tunggal Lompatan Pemecahan Golongan 31 Gambar setelah selesai demo Alhamdulillah, perjalanan demo berjalan dengan lancar. Next program will be Jamuan Berbuka Puasa dan Kem Gayong. Harap ianya berjalan mengikut perancangan. Insyallah. Wallahualam.

SUKMA Pahang Tiba!

Image
Assalamualaikum. Tibalah masa HELANG PUTIH menggempurkan tanah Pahang menumbangkan TENTERA BERGAJAH. Setelah hampir setahun berhempas pulas menjalani latihan secara intensif, kini telah tiba masa untuk mereka beraksi. Ayuh buktikan kalian dapat buat yang terbaik dari batch2 sebelum ni. Iringi usaha kalian dengan doa dan tawakal dengan keyakinan dalam hati yang kalian mampu menjadi JUARA. Pastikan kalian pulang dengan pingat dikalungkan di leher masing2. Wish you all the best. Fight for the GOLD! Team Pencak Silat SUKMA Selangor 2012 ( Sedih T_T. Takde dalam gambar sebab telah diamanahkan untuk mengendalikan training pencak silat UIAM untuk persediaan MASUM ) Kata2 semangat dari Senior2 dan Bekas2 Atlit SUKMA Selangor : Mohd Fawwaz b. Mohd Yunos "Beza orang berjaya dan gagal trletak pada usahanya,doanya dan tawakal..beza orang berjaya dan cemerlang adalah focus..so extra focus to beat ur target to score ur gold..dont stop until u finish...gudluck selangor fighter.." Mohamad S

Ragam Kulitku

Image
Assalamualaikum. Setelah sekian lama menantikannya, akhirnya berpeluang juga untuk aku meluangkan masa menjalani rawatan kulit oleh doktor pakar. Doktor terpilih, juga merupakan doktor yang telah merawat masalah kulit yang dihidapi olek kakakku dan kakak iparku iaitu Dato' Dr. Biduwiah bt Long Bidin. Dengan hanya mengambil masa beberapa minit untuk berunding dengan beliau telah memakan sebanyak RM60. Begitu tingginya taraf doktor pakar ni. Lokasi terpilih ialah Hospital PUSRAWI. Sebanyak dua appointment di aturkan. Mengikut standard prosedur, doktor akan beri tempoh masa dua minggu untuk melihat kesan daripada ubat yang disuggest semasa appointment pertama. Namun disebabkan jadualku yang terlalu packed, masa terpaksa disingkatkan dengan hanya 5 hari saja. Kesan memang tak berapa nak nampak kerana tempoh yang terlalu singkat. Hasil Blood Test masa appointment pertama. My total Cholesterol exceed NORMAL. Warghh. How come? -__-;; Bila masuk bab bayaran, seriusly Im really shocked! Fir

Nisfu Syaaban Kembali

Image
Assalamualaikum. Salam NISFU SYAABAN buat semua umat Islam seluruh dunia. Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib pada 15 Syaaban. "Ya Allah, Engkau temukanlah aku dengan Ramadhan tahun ini. Amiin." Wallahualam.

Semangat kian PUDAR

Image
Assalamualaikum. Tak pernah aku alami perasaan sebegini. Mungkin sebab keadaan dan situasi yang kuhadapi sekarang sangat berlainan dari sebelum2 ini. Impian dan cita2ku selama ini terpaksa ku kuburkan dan pada masa yang sama membantu mereka2 untuk mengecapi impianku. Perasaan sedih. Pernah rasa diri ini dipergunakan. Pernah rasa diri ini sentiasa berfikiran negatif. Mungkin itu akibatnya bila terlalu banyak berfikir sehingga majoriti yang difikirkan lebih menjurus ke arah negatif. Namun, hatiku dan fikiran sentiasa kucuba untuk memandunya ke arus positif. Mungkin ade hikmah di setiap apa yang menimpaku sekarang. Mungkin di hari dan tika ini ku bantu mereka, akan datang Allah akan membantuku untuk mengecapi impian yang kuharapkan. Seringkali ku berfikir, adakah ku ditakdirkan untuk mengakhiri karier ku sebegini atau mungkin satu hari bila sampai detik untuk ku akhiri karierku, Allah membantuku untuk mencipta nama di peringkat tertinggi melangkaui impian dan cita2 yang telah ku tanam dar