Ragam Kulitku

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menantikannya, akhirnya berpeluang juga untuk aku meluangkan masa menjalani rawatan kulit oleh doktor pakar. Doktor terpilih, juga merupakan doktor yang telah merawat masalah kulit yang dihidapi olek kakakku dan kakak iparku iaitu Dato' Dr. Biduwiah bt Long Bidin. Dengan hanya mengambil masa beberapa minit untuk berunding dengan beliau telah memakan sebanyak RM60. Begitu tingginya taraf doktor pakar ni.

Lokasi terpilih ialah Hospital PUSRAWI. Sebanyak dua appointment di aturkan. Mengikut standard prosedur, doktor akan beri tempoh masa dua minggu untuk melihat kesan daripada ubat yang disuggest semasa appointment pertama. Namun disebabkan jadualku yang terlalu packed, masa terpaksa disingkatkan dengan hanya 5 hari saja. Kesan memang tak berapa nak nampak kerana tempoh yang terlalu singkat.

Hasil Blood Test masa appointment pertama.
My total Cholesterol exceed NORMAL. Warghh. How come? -__-;;

Bila masuk bab bayaran, seriusly Im really shocked!

First Appointment : RM6++
Sec0nd Appointment : RM2++

Kos yang agak mahal. Tapi tak boleh nak salahkan sesiapa. Yang pertamanya sebab hospitalnya ialah hospital SWASTA. Then doktor yang merawatnya pulak adalah doktor PAKAR kulit. Siap ade title Dato' lagi tu. No wonder la kosnya pun mahal.

Borang allergic Test.

Dengan harapan penyakit kulitku tak kembali, doktor telah bekalkan beberapa ubat2an. Dan aku pula merupakan seorang yang sangat benci makan ubat. Tapi bila fikir harga ubat2 ni mencecah ratusan ringgit, terpaksa aku memujuk diriku untuk berjinak2 dengan ubat2 ni. Huhu.

Ubat2an yang harganya mencecah ratusan tinggit.

Tahap allergik ku juga telah jauh melepasi tahap normal iaitu 456. Tahap normalnya pula ialah sekitar 100-200 tak silap aku. Hmm. Tak sangka kulitku sangat sensitif dengan matahari. Tapi disebabkan kehidupanku penuh dengan gayahidup seorang atlit yang tak asing lagi dengan keadaan berpeluh dan terdedah dengan cahaya matahari, aku terpaksa menempuhi saat dimana kulitku bakal meragam kembali. Senjata2 (ubat2an) sentiasa tersedia untuk mengubatinya kembali. Insyallah.

Wallahualam.

Comments