Transformasi Bi'ah Ramadhan
Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa sehingga Ramadhan kedua ni. Puasaku kali ini penuh dengan latihan dan study. Selection yang bakal diadakan pada minggu ketiga puasa. Midterm yang akan diadakan pada hari Khamis depan.
Terkenang aku saat berpuasa di bumi UIA PJ satu ketika dulu. Biah yang terpelihara dan sentiasa bersama sahabat2 yang kerap mendekatkan diri dengan masjid. Bersama2 mereka menjalani aktiviti2 ibadah. Solat fardhu berjemaah di awal waktu di masjid. Bersama2 mendengar kuliah dan tazkirah yan disampaikan oleh ustaz jemputan. Dan macam2 lagi. Hatiku ketika itu sangat2 tenang. Seolah2 tiada langsung permasalahan yang menghantui jiwa ini. Mungkin itu yang telah dijanjikan Allah SWT. Dikala kita mendekatkan diri kepadanya dan sentiasa mengingatinya, Dia akan sentiasa menjaga kita.
Namun, musafirnya aku ke bumi UIA Gombak, keadaan sekeliling dan biahnya telah berubah. Ikatan dan ukhuwah antara kami tak serapat dulu. Mungkin itu berbalik pada diriku juga. Jejaknya kakiku di bumi Gombak ini seolah2 telah terlakar segala komitmen2 yang bertali arus. Menyebabkan diri ini sentiasa rasa bersalah kerana jarang bersama mereka. Namun, hati ini sentiasa percaya setiap perubahan datang dari diri sendiri. Jika hati ini ingin berubah, tak mustahil ianya terlaksana.
Kini aku melangkah ke tapak terakhir untuk aku mencapai impian hidupku untuk mewakili Malaysia. Dan aku sedar, selangkah aku kehadapan, banyak yang perlu aku korbankan dan tinggalkan dibelakang. Tapi itulah pilihan yang telah ku buat. Apa yang aku perlukan hanyalah sokongan dan bimbingan dari family, sahabat2, rakan2 dan semua yang mengenali diri ini. Sehinggakan dalam keadaan sekarang yang sepatutnya aku mendedikasikan masa terluang ini menelaah untuk midterm lagi 3 hari, tapi hati ini sentiasa rasa tak tenang kerana masih banyak persiapan yang perlu ku buat sebelum tiba hari selection tersebut.
Dilemma. Itulah yang aku hadapi sekarang. Ya Allah, Engkau tabahkanlah hatiku yang makin jatuh ini. Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menempuhi detik2 ini dengan baik. Amiin. Moga kesudahannya kelak memberi impak yang besar dalam hidupku.
Sekian luahan hati di petang Ramadhan ke-2. Selamat berbuka. Wallahualam.
Comments
Post a Comment